Tuesday, May 17, 2011

SENTIASA MEMBUAT PERUBAHAN SETELAH ILMUNYA MATANG**68

SENTIASA MEMBUAT PERUBAHAN SETELAH ILMUNYA MATANG :

Sekiranya kita sebagai seorang pelajar .Maka hendaklah kita mengubah tempat atau tahap pembelajaran kita setelah kita sampai pada satu peringkat yang kita tempuhi. Contohnya apabila kita sudah selesai ijazah barulah kita mengubah tempat kepada M.A kemudian PHD.

BERMULA DARIPADA ASAS :

Sesungguhnya jika kita ingin mendalami ilmu agama haruslah kita mula daripada asas kemudian barulah naik kepada satu tahap kesatu tahap yang lain setelah kita habis bertalaqi.Bermula dengan kitab yang kecil hinggalah kitab-kitab yang besar..inss

MENUNTUT ILMU AGAMA JANGAN TERLALU CEPAT :

Sesungguhnya sangat ramailah mereka yang menuntut ilmu agama , mengambil masa yang singkat pada akhir-akhir ini. Kesemuanya ini amat bahaya kepada masyarakat kita kerama ilmu yang tidak matang dan kefahaman yang cetek boleh menjejaskan umat..inss

PENTINGNYA BERTALAQI DAN MEMBACA :

Sesungguhnya apabila kita bertalaqi, ia merupakan satu kesinambungan iaitu ilmu yang diwarisi satu generasi ke satu generasi yang lain tidak mempunyai tokok tambah atau pendustaan ,akan tetapi ilmu yang di bawa atau ilmu yang di sampaikan terpelihara dengan sanad-sanad khussusiat ummah..inss


AMBILLAH MASA UNTUK MEMBACA TANPA WAKTU :

Sesungguhnya jika kita banyak membaca tanpa sekatan waktu ,kita diibaratkan seperti meredah hutan belukar yang penuh dengan binatang buas yang merbahaya ,meredah paya yang penuh dengan buaya dan ular berbisa, meredah gunung-ganang bukit-bukau, banjaran,sahrawi dan sebagainya.Kesemuanya ini akan menjadikan ilmu kita lebih menunjang dan tidak mudah tumbang..Al Hajman

No comments: