Sunday, May 1, 2011

1 MAY 2011 **60

KEGAGALAN MASA LALU :

Kegagalan masa lalu dalam menuntut ilmu merupakan satu titik tolak untuk kita membangun dan mula melangkah untuk membina mahligai ilmuwan yang baru dan hendaklah kita berwaspada dengan perkara yang telah terjadi supaya kita berhati-hati dan tidak gagal kali ke dua..inss

KEGAGALAN TAHUN PERTAMA :

Kegagalan tahun pertama bukanlah tempat kita patah hati buat selama-lamanya,akan tetapi sebagai peringatan dan pengajaran supaya kita akan lebih berusaha dengan bersungguh-sungguh..inss

KEGAGALAN KALI KE DUA :

Kegagalan kali ke dua ini menyebabkan kita terlalu yakin atau pun yakin dengan diri atau nafsu kita sendiri ,Sesungguhnya kegagalan kali ke dua ini kita lebih berhati –hati dan lebih tekun dalam menuntut ilmu serta hendaklah banyak menganalisis soalan dan cara menjawab soalan..inss

KEGAGALAN TAHUN KETIGA :

Kegagalan kali ke tiga hanya takdir daripada Allah SWT, setelah kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.Sesungguhnya Allah SWT menghendaki diri kita lebih tawaduk dan mendalami ilmu agama dengan lebih teliti dan mendalam supaya dapat membawa agama Allah dengan sempurna..inss

MUSTAJID / MUSTAJIDAH :

Mereka yang Mustajid/Mustajidah merupakan tahun pertama untuk melangkah satu tahap ke satu tahap yang lain dengan aura yang baru dalam kehidupan mereka ,mereka akan sentiasa bersemangat , bertenaga, bergembira, ceria ,selesa ,tenang dan ringan badan untuk ke kuliah dan sebagainya..inss

CARA UNTUK NAIK TAHUN :

Setiap hari kita mempunyai 24 jam .Daripada kesemua waktu yang ada, maka hendaklah kita ambil waktu untuk membaca 2/3 jam.Bawalah kitab kemana kita pergi dan gunakanlah waktu untuk membaca walaupun kita sedang makan ,minum, bejalan dan sebagainya.Sesungguhnya bacalah dengan nama Allah supaya kita akan mendapat keberkatan..inss

PEPATAH SIAM MENGENAI ORANG YANG BERILMU :

Mereka yang mempunyai ilmu yang banyak seperti mempunyai duit atau wang yang banyak ,bila mereka itu pergi ke mana-mana pun mereka boleh hidup..Baba adnan..inss

TALAQI KULIAH :

Sesungguhnya Universiti Al-Azhar telah memberi tumpuan kepada mereka yang bersungguh-sungguh menghadiri kuliah dan berhidmat untuk ilmu Allah SWT.Ikatan Azhar melalui tiga pekara iaitu guru,penuntut dan kitab.Kesemuanya ini menjadikan jalinan yang kuat serta bersanad supaya kita bertanggungjawab..Pewaris Malaya

SEMUA DOA AKAN DITERIMA OLEH ALLAH :

Semua doa permintaan kita pasti Allah akan tunaikan ,akan tetapi Allah SWT akan beri pada masa Allah SWT kehendaki .Kadang-kadang Allah SWT berkehendak pada masa kita tua,kadang-kadang pada masa kita minta,kadang-kadang Allah SWT bagi pada hari akhirat..inss

ORANG YANG PEMALAS :

Sesungguhnya orang yang pemalas mereka sering ketiduran ,jika mereka tidur pasti mereka ingin tidur lagi . Mereka tidak akan mengambil penting dengan iman dan amalan mereka..Sheikh Yusri Almukattam..Hajman

CARA UNTUK MENJADI RAJIN :

Sesungguhnya setiap gerak kerja kita ,ibadah kita ,amalan kita,hidup kita kerana Allah SWT.Jika kita sentiasa ikhlas kepada Allah SWT semua hal yang susah akan menjadi senang.Maka hendaklah kita rujuk kepada Allah SWT siang dan malam..Tembaga

JIKA INGIN BERJAYA :

Jika ingin berjaya maka hendaklah berusaha ,banyak berdoa .Selepas berdoa, berdoa lagi dan berdoa lagi,seperti orang yang hendak makan,selepas makan ,hendak makan lagi ,begitu juga membaca jika lepas membaca rasa ingin membaca lagi.Jika menghafal maka dan hendaklah tambah lagi hafalan..inss

ORANG YANG SUKA MENUNTUT ILMU :

Orang yang suka belajar adalah orang yang sentiasa mengaku dirinya tidak tahu dan berperasaan untuk menuntut ilmu Allah sehingga mati serta agar dirinya hampir dengan Allah SWT..Hajman

KESALAHAN MEMBACA :

Kesalahan membaca akan membawa kepada kesalahan pemahaman .Kefahaman yang soheh tidak dapat tidak melainkan pembacaan yang tepat kerana kesempurnaan harakah atau baris akan membawa kepada kesempurnaan makna..inss

HATI –HATI WAHAI PENUNTUT ILMU :

Mereka yang tidak bertambah daripada ilmu mereka ,melainkan mereka akan menghadapi kejahilan ,jika mereka tidak berhasil untuk mendapat pertunjuk, maka mereka akan menempuh kekeliruan dan kejahilan serta kesesatan .Sesungguhnya kebingungan itu akan tersimpul mati..inss

MENGEJAR WAKTU :

Perupamaan orang yang sentiasa berzikir kepada Allah dan berjuang di jalan Allah ,seolah –olah mereka ketiadaan waktu bahkan mereka mengejar waktu..inss

PERUPAMAAN KAWAN KARIB :

Perupamaan kawan karib seperti kasih sayang isi dengan kuku ,aur dengan tebing,gula dan garam,ilmu dengan ibadah,tahajud dengan jihad dan kilat dengan guruh.Sesungguhnya kedua-duanya tidak boleh dipisahkan..Tuanku Sultan

No comments: