Friday, May 6, 2011

INGATAN**61

INGATAN :

Ingatan merupakan hakim dalam dustur kehidupan kita,kerana ingatanlah yang akan mengadili setiap tingkah laku kita. Ingatan juga terhasil daripada pengalaman kita sendiri..inss

INGATAN YANG PALING BESAR:

Ingatan yang paling mulia atau paling besar ialah mengingati Allah SWT.Maka mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT ,Alah SWT akan mengingati mereka ,Sesungguhnya doa dan permintaan mereka Allah akan terima..inss

INGATAN DIHATI :

Ingatan yang baik datangnya dari hati yang baik ,jika hati kita suci murni ,maka ingatan lebih kuat ,kerana ingatan yang baik dan kuat datang daripada hati elok.jika hati yang rosak maka ingatan akan hilang..inss

INGATAN YANG BERMANFAAT :

Otak dan minda merupakan anugerah Allah yang paling besar dan menakjubkan kepada manusia. Tiada sesiapa pun boleh menafikan peranan otak dan minda apatah lagi sekiranya minda dapat diperteguhkan dengan ingatan yang kuat dan segala maklumat yang tersimpan dapat dimanfaatkan ketika diperlukan..inss


INGATAN JANGKA PENDEK :

ingatan jangka pendek merujuk kepada berapa banyak item atau data disimpan dalam satu masa. Setakat mana seseorang dapat memberi penumpuan secara sedar dalam masa pendek. Ia mempunyai kadar lupaan yang cepat tanpa latihan. Biasanya, maklumat-maklumat yang disimpan di dalamnya boleh hilang dalam masa kurang daripada 30 saat, malah kadang-kala lebih cepat lagi..inss


INGATAN JANGKA MASA PANJANG :

Ingatan jangka masa panjang ialah melalui sistem latihan dengan mengulangi maklumat yang diterima beberapa kali. Dua fungsi utamanya ialah untuk mengekalkan maklumat dalam ingatan jangka pendek dan membantu manusia memindahkan maklumat daripada ingatan jangka pendek ke ingatan jangka panjang..inss

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT :

Ingatan manusia adalah satu konstruk yang kompleks dengan pengalaman-pengalaman peribadi individu disimpan kerana menumpukan perhatian yang khusus berdasarkan kepentingan dan kebolehterimaannya..inss

No comments: