MEMOHON MAAF :
Memohon kemaafan merupakan sesuatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, namun ia akan menjadi lebih mudah dengan rela hati dan disertai dengan pemberian hadiah..inss
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMOHON MAAF :
Fikirkanlah apa yang telah berlaku dan kita perlu mengatur idea dan merendahkan diri kita serta kita perlu berada dalam keadaan yang tenang..inss
JELASKAN PENGAKUAN UNTUK MEMOHON KEMAAFAN :
Sesungguhnya kita perlu menjelaskan perbuatan yang kita mahukan kemaafan dan mengakui bahawa perbuatan kita itu tidak sengaja serta tanpa mengemukakan sebarang alasan..inss
BERKONGSI PERASAAN DAN MINTALAH PENDAPATNYA :
Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi dan elakkan daripada menyalahkan orang lain dan rahsiakan perkara-perkara yang boleh mengundangkan kemarahan..inss
BERIKAN KOMITMEN YANG TERBAIK :
Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri..inss
IKHLASLAH BILA KITA MEMINTA MAAF :
Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya, jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana..inss
PILIHLAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK MEMOHON MAAF :
Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya dan jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf..inss
1 comment:
rindu juga noo
Post a Comment