Monday, May 16, 2011

MOTIVASI DIRI DENGAN JIHAD**65

MOTIVASI DIRI DENGAN JIHAD :

Jihad merupakan satu mujahadah yang besar dalam Islam. Maka para mujahidin berani turun ke medan peperangan ,tidak takut mati,tidak takut dengan dugaan ,tiada yang meragukan melainkan janji Allah dengan penuh keyakinan..inss

MOTIVASI DIRI DENGAN IMAN :

Sesungguhnya motivasi diri dengan iman boleh meningkatkan keyakinan diri kita kepada Allah SWT. Apabila iman kita semakin tinggi,semakin mantap maka semua gerak kerja kita menjadi ringan iaitu terlaksana..inss

PERCAYALAH BAHAWA KITA BOLEH BERJAYA :

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya mereka itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga dan kita sama juga..inss

PENCAPAIAN ADALAH KEJAYAAN:

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri...inss

MATLAMAT ADALAH TANGGA KEJAYAAN :

Apabila satu matlamat telah dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi daripada sebelumnya. Misalnya, dulunya sebagai seorang penuntut kita sering dapat nombor yang terbelakang dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam sepuluh pelajar terbaik..inss

No comments: