Saturday, May 21, 2011

HATI DIIBARATKAN SEPERTI BINATANG BUAS**72

HATI DIIBARATKAN SEPERTI BINATANG BUAS :

Hati manusia diibaratkan seperti binatang buas jika kita tidak membendung , merawat dan membimbing kepada nilai-nilai murni.Jika hati kita sentiasa disirami dengan sifat-sifat mahmudah maka hati kita akan menuju kepada Allah SWT..inss

RIAK MERUPAKAN RACUN DAN ISTIGHFAR MERUPAKAN PENAWAR :

Senjata yang akan membunuh segala amalan perbuatan kita ialah riak dan takabur.Sekiranya senjata itu telah tersusuk di sebahagian amalan pekerjaan kita maka pengubatnya ialah istighfar iaitu cepat-cepat memohon keampunan daripada Allah SWT..inss

NATIJAH BUKAN NILAI KITA :

Natijah atau keputusan peperiksaan bukan nilai bagi seseorang , akan tetapi yang menjadi nilai bagi seseorang ialah ilmu yang berkat..inss

SESUAIKAN DIRI KITA DENGAN KEADAAN :

Sesungguhnya kita perlu menyesuaikan diri kita dengan keadaan .Jika kita mengambil keadaan untuk menyesuaikan diri kita maka pasti kita akan kecewa..inss

No comments: