Tuesday, May 24, 2011

RINDU**76

IKATAN PERNIKAHAN BILA BERJAUHAN :

Kata hati nurani yang memberontak, bertanya, mungkin berkeluh kesah, mungkin mengadu pada Ilahi dan tulisan ini menjadi lemparan kegelisahan , ketakutan lebih tepatnya, “perasaan “ kerana kehidupan setelah berkahwin lebih sempurna ia membawa penuh makna dan senyuman yang berharga..inss

ANDAIKU TAHU RINDU ITU BILA BERJAUHAN :

Andai ku tahu ,pasti aku tidak membuangkan masa yang lalu terbiar kosong.Andai ku tahu ,rindu itu datang tanpa ku jemput atau ku seru namamu.Andai ku tahu ,bila ku rindu ku sentiasa zikir namamu tanpa pengetahuanku..inss

RINDU BOLEH TERSEBAK :

Perasaan rindu mungkin akan sesak di dada .Sesunguhnya tiadalah kemampuan untuk membendung ,menyimpan rahsia rindu itu.Kesempatan itu telah diberi akan tetapi sementara sahaja.Bila rindu sesak di dada ia akan melagukan bunyi sendu..inss

RINDU ITU CINTA ,KASIH DAN SAYANG :

Rindu itu ialah cinta yang berlebihan.Rindu juga yang diikuti dengan keredaan . Maka rindu tersebut bukanlah hal yang dikeji. Akan tetapi rindu itu boleh menjadikan wasilah doa yang berpanjangan dan berterusan..inss

JANGAN MERINDUI SESUATU YANG MUSTAHIL :

Makna rindu yang sebenarnya ialah perasaan kita terhadap si dia dan si dia juga pun seperti kita .Sesungguhnya kedua-dua insan itu seperti roh dan jasad . Jangan merindui seperti pungguk rindukan bulan..inss

No comments: