Friday, May 13, 2011

PERINGATAN**64

PERINGATAN O1 :

Sesuatu yang datang daripada orang muslim yang salah, jangan kita perlekehkan ,akan tetapi hendaklah kita doakan kepadanya iaitu semoga Allah ampuninya dan semoga Allah merahmatinya serta semoga mendapat tempat disyurga Allah SWT..Dr Said Sowabi Kuliah Usuluddin Kaherah..Al Haj

PERINGATAN O2 :

Perubatan Nabawi adalah perubatan yang sempurna dan perubatan yang sempurna itu adalah Al Quran.Sesungguhnya banyak riwayat daripada hadis nabi tentang kelebihan habbatul saudak dan madu lebah .Sesungguhnya setiap diri orang mukmin itu merupakan sebahagian daripada keberkatan dan kelebihan yang dijadikan Allah sebagai penawar..Dr Athiyaah kuliah Usuludin Kaherah..Al Haj

PERINGATAN O3 :

Seramai mana pun yang datang kepada kita atau pernah meminta doa dengan kita ,kita doakanlah walaupun dengan lafaz Jamak atau umum.sesungguhnya sudah memadailah..Sheikh Nuruddin Al Makki Al Banjari..Al Haj

PERINGATAN O4 :

Semua orang yang mengambil pengajian islam lebih-lebih lagi mereka yang Azhari, wajib mengingati Al Quran kerana AlQuran merupakan sumber pertama dalam agama islam..inss

PERINGATAN O5 :

Agama islam ada ada rasul ,ada kitab suci,ada hadis nabawi ,ada kiblat tersendiri,ada makam nabi,ada imam mazhab,ada torikat ,ada sanad ,ada jamiah azhar ,ada ulama’ pewaris nabi SAW..inss

PERINGATAN O6 :

Bacalah kitab –kitab asyairah dan janganlah menjadi seorang lelaki yang syubhah iaitu keraguan,jangan menjadi seorang lelaki yang akalnya was was .Sesungguhnya kita hendaklah duduk bersama kibar ulama’ supaya kita mendapat kefahaman yang soheh dalam Aqidah ,syariah dan Akhlak .Jagalah roh dan darah Azhari.**ttihat syabab wa ansor AL Azhar..inss

PERINGATAN O7:

Sembahyang adalah tiang agama .Oleh itu Jagalah sembahyang anda sehari semalam lima waktu kerana ia menjadi modal dan sunat pula akan menjadi keuntunga kepada kita . Sesungguhnya nabi Muhammad SAW telah menerima perintah untuk sembahyang ini di tempat yang tinggi tanpa perantaraan malaikat.**israk mikraj..inss

No comments: