MOTIVASI DIRI DENGAN MENCARI MAKNA HIDUP KITA :
Sebagai penuntut ilmu agama, haruslah kita terus-menerus mencari makna hidup dalam kehidupan seharian atau kehidupan yang akan datang. Mereka yang berhasil menilai makna hidup ini dengan spiritualiti akan memotivasi dirinya untuk mengambil aktiviti yang terbaik..inss
SEMANGAT KITA AKAN SENTIASA BERKURANGAN :
Semangat motivasi kita akan sentiasa berkurangan walaupun kita sering mengikuti seminar motivasi, Sesungguhnya motivasi tidak akan bertahan lama kerana kita sendiri yang membuatkan motivasi itu sebagai permainan kita atau kita hanya mengharap motivasi dari luar,bukan daripada hati kita..inss
MOTIVASI DIRI DENGAN PERKARA YANG KITA SUKA :
Setiap faktor yang kita suka boleh memotivasikan diri kita sendiri kerana kita akan melakukan dengan rela hati iaitu ikhlas .Setiap perkara yang kita suka atau cinta ia akan memberikan nikmat keceriaan hidup kita..inss
TINGKATKAN SATU TAHAP KE SATU TAHAP YANG LAIN:
Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk kita jadi diri kita sebagai pelajar nombor sepuluh terbaik kepada nombor satu terbaik pula.Jika kita seorang usahawan atau perniagaan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja..inss
KEMBANGKAN KEMAMPUAN ANDA UNTUK SAMPAI KEPERINGKAT ANTARABANGSA :
Jika sasaran itu telah dicapai, Maka cabarlah diri anda dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan..inss
No comments:
Post a Comment