KASIH SAYANG SUAMI ISTERI :
Rasulullah SAW bersabda:” Apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka”..Hadith Shahih..Inss
HUBUNGAN KELUARGA :
Rasulullah SAW bersabda : “Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan..” Hadith Riyawat Ibnu Majah..Inss
ANAK IBARAT PERMATA HATI :
Anak ibarat permata hati dalam sebuah ikatan perkahwinan,anak juga mampu mengeratkan ikatan kasih sayang antara suami isteri,bahkan kehadiran anak juga merupakan khabar gembira yang sentiasa dinanti oleh kebanyakan pasangan yang telah mendirikan rumah tangga..inss
ANAK IBARAT HARTA :
Anak ibarat harta bagi sesebuah keluarga .Dengan anak kita boleh menjadi kaya raya. Bahkan kehadiran anak menjadi permainan orang tua. Anak juga dapat menyembuh hati dan perasaan kita dimasa tua..inss
ANAK PENGHIBUR KITA :
Sesungguhnya mereka yang berkeluarga yang mempunyai anak, lebih ceria ,gembira dan meriah suasana.Kepulangan anak membawa penawar duka,Dengan anak kita bertakhta menjadi raja..inss
ANAK MERUPAKAN CAHAYA MATA :
Sesungguhnya anak merupakan cahaya mata bagi setiap pasangan rumah tangga bahagia.Anak juga mampu menyembuh perasaan orang tua.Dengan kehadiran anak ,sebuah keluarga lebih lengkap untuk membina masyarakat yang harmoni..inss
ANAK ANUGERAH ALLAH SWT :
Sesungguhnya anak merupakan anugrah Allah SWT .Anak juga menjadikan kita sebagai penyambung warisan agama,bahkan anak yang soleh dan solehah boleh meberikan syafaat untuk kita masuk syurga..inss
No comments:
Post a Comment