Sunday, July 13, 2008

MY KALAM HIKMAH KAB 10


TIANG AGAMA
Rasul SAW sentiasa memperingati umatnya, bahawa amat penting kewajipan menunaikan rukun islam yang kedua iaitu sembahyang lima waktu.Sembahyang adalah asas bagi keislaman seseorang itu dan jikalau asas ini tidak diperkukuhkan maka amalan-amalan lain akan menjadi longgar..inss


PENGHORMATAN
Kita perlu menghormati seseorang dan mengasihi seseorang seperti kita mengasihi diri kita sendiri.maka diri kita perlu diisi dengan adab-adab dan tarbiah nabawi.Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?".setelah etika itu dikuasai maka Allah akan mangakat kehormatan kita di kemudian hari .sekian..inss


Wasiat Nabi Yaakub kepada anaknya Bunyamin : Wahai anakku, Janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan memisahkan kamu dengan iman, Janganlah kamu berburuk sangka dengan Allah kerana ia akan memahjubkan doamu dari di makbulkan Allah, Janganlah kamu bercakap tentang perkara yang tidak memberi faedah kerana ia akan menjadikan kamu hina pada pandangan Allah, Janganlah kamu melakukan kezaliman terhadap satu pun dari makhluk Allah kerana syurga tidak dicipta buat orang-orang yang zalim. -Tidak kulakarkan wasiat ini buat orang lain kecuali mata yang paling dekat untuk menatap wasiat ini..Raja MuDa: Abd Halim

Ya Allah Ya Tuhanku,engkau berilah kekuatn kpd Sahabatku ini utk menmph Imthan,sesngghnya engkau lah Tuhan yg d sembah selayaknya dn tiada Tuhan melainkan engkau..Engkau lpngkn lh Jiwanya spt mana engkau lapngkn Jiwa Nabi musa utk mnghdp firaun,engkau lancarknlh lidahnya utk menuturkan Kalam2mu Yang Maha Agung spt Engkau kurniakn keatas Lidah para Rasul d dlm menympaikn Dakwah..Amin..torfatul_ain



Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa" "Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan" "Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku" "Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada" "Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan" "Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak" "Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa..torfatul ain

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dibulan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam)..inss

Kelebihan berpuasa di bulan Rejab Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah..Abd Halim

Allah sygkn ssorg Allah bg iman, Allah lbh sygkn ssorg Allah bg kkuatn dlm mngamlkn syariatNYA, Allah trsngt sygkn ssorg Allah bg ujian dlm mnegakkn urusn agamaNYA..nu itqan

setiap knikmtn & klpngn yg dbrikn itu bukn brmkna Allah tlh mmbrikn kmuliaan. Dan stiap org yg dbrikn ujian & cubaan itu bukn brerti Allah tlh mghinaknny.. nur itqan

PERSAUDARAAN
Sesungguhnya orang-orang islam adalah bersaudara diantara satu sama lain. Persaudaraan ini bukanlah salah satu diantara amalan-amalan sunat didalam agama bahkan ianya menjadi kewajipan yang telah ditetapkan oleh islam sebagaimana yang telah dinukilkan didalam Al-quran dan hadith-hadith nabi SAW. Persaudaraan diatas nama islam ini mempunyai hak-hak meliputi beberapa perkara iae2 Menutup aib saudara seislamnya dan Menolak umpatan terhadap saudara seislamnya..inss


No comments: