Friday, July 11, 2008

MY KALAM HIKMAH KAB 01

PeLiHaRaLaH
Kata-kata yang di lontarkan kadang kala menterjemahkan kelakuan dalam kehidupan,tetapi bila perasaan menguasai keadaan maka seseorang itu boleh menterjemahkan seribu bahasa dan boleh menyusun seribu kata dan boleh terbongkar seribu rasia..inss

Satu hari...Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit ;Duit seringgit bertanya: "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm... biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"Utk duniawi byk yg kita gunakan RM byk tp utk akhirat pulak hanya sedikit shj..fathi montalib : kalam hikmah

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian..: mohsen: wan cik my

Ma'rifat itu lebih dekat kepada diam daripada bicara. Maka hanyalah engkau berbicara yang manfaat yang baik-baik, jika tidak maka kamu berbicara atas dorongan ketamakan nafsu...Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka berkatalah baik atau diam..budak mas

Tika aku minta bantuan, Tuhan beriku peluang kerana melaluinya aku mula mencuba. Tika aku minta kejayaan, aku diberi kegagalan.Kerana melaluinya aku membaiki kesilapan.Tika aku minta kekuatan, Tuhan berikan kesukaran.Kerana melaluinya ,aku membina kekentalan diri dan tika ku minta ketabahan, Tuhan beriku rintangan, kerana melaluinya aku teruji. Betapa berharga segala yang ku alami, kerana Tuhan tak memberi apa yang ku minta tapi aku menerima segala yang ku perlukan. Itulah bahasa Yang Maha Esa...budak mas

Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa" "Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan" "Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku" "Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada" "Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan" "Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak" "Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa..kak su

Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang.. tuan sape : bgwankakbah

Betapa kasihnya aku pada kau teman bukan kerana anugerah rupamu yang cantik..keranaku tahu itu akan hilang darimu, sayangnya aku padamu teman bukan kerana harta yang kau miliki..keranaku tahu suatu masa nanti harta tiada erti buatmu.. tapi sayang dan kasihnya aku padamu adalah kerana HATIMU..hati yang sentiasa takutkan TUHANNYA, hati yang sentiasa mendamba kasihNYA, hati yang merindui TUHAN sebagai kekasih hatinya.. Aku mahu kau menjadi temanku dunia akhirat.. yang sentiasa mengingatkanku..yang bisa mencambahkan cinta aku pada DIA RABBUL IZZATI.. ... itulah teman yang dicari..budak mas

sesungguhnya mati jasad krn roh,mati roh krn tiada ilmu,mati ilmu krn tiada amal,dan mati amal krn tiada istiqomah. menuntut ilmu adlh taqwa,m'yampaikan ilmu adlh ibadah,m'ulang2 ilmu adalah zikir,mencri ilmu adlh jihad" (al-Ghazali)..tuan sape:bgwankakbah

Nilai kehidupan
Nilai kehidupan amat berharga pada jiwa seseorang yang bening dan tenang ketika melihat keadaan-keadaan yang berbeza dalam satu masa dan pengalaman juga membuatkan diri kita semakin berharga.maka nilai e2 akan terserlah bila memikul tanggungjawab dan bebanan dalam menghadapi sesuatu pekerjaan..inss

PENYAIR
Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata.
Penyair adalah adunan kegembiraan dan kepedihan dan ketakjuban, dengan sedikit kamus.
Penyair adalah raja yang tak bertakhta, yang duduk di dalam abu istananya dan cuba membangun khayalan daripada abu itu.
Penyair adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar. Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..sitiaishah bulat

Ya Allah panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat Ya Muhaimin jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..budak mas

Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT..Dikna

wahai manusia menangislahmu dimalam hari merendah diri meminta keampunan dari Tuhanmu kerana kesalahanmu padaNya adalah sesuatu kepastian tetapi keampunan dari Tuhanmu itu tidak pernah diketahui..badaimalam

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi..budak mas

MODAL INSAN
Berceritalah selalu di atas keilmuan yang kita miliki , Sentiasalah berfikiran terbuka dan menyampaikan ungkapan yang lebih bernakna untuk menceriakan suasana dan biarlah nilai-nilai murni kita terselah dengan sendirinya serta sentiasa menghormati orang lain dlm apa jua keadaan..INss

No comments: