Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahui kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang akan gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tiada jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tiada sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan yang tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan DIA MENGETAHUI apa yang kamu kerjakan pada siang hari untuk sempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian KEPADA ALLAH-lah KAMU KEMBALI, lalu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan..kakchik
Hadis Hakim bin Hizam r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekah yang paling utama atau sedekah yang paling baik ialah sedekah dari orang kaya dan tangan yang berada di atas itu lebih baik daripada tangan yang berada di bawah serta mulakanlah dengan orang yang berada di bawah tanggunganmu
Sesungguhnya mati jasad kerana roh,mati roh kerana tiada ilmu,mati ilmu kerana tiada amal,dan mati amal kerana tiada istiqomah.Menuntut ilmu adalah takwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang-ngulang ilmu adalah zikir,mencari ilmu adalah jihad".(Al-Ghazali)..puteriammy
4 golongan yg berjaya di sisi allah: 1] seseorang yang mencari teman hidupnya yang soleh dan solehah. 2] mendapat zuriat yang soleh dan solehah 3] mencari teman-teman yang bijak serta baik .4] mencari sumber rezeki yang halal..sasuziana
Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bereti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta... .. tapi... .. cinta itu adalah cinta..
Kenali sebuah pertemuan, Kerana disitu tercipta kemesraan, Hargailah sebuah persahabatan, Kerana disitu tercipta kerinduan, Sayangilah sebuah perkenalan, Kerana disitu terciptanya sebuah kedamaian..
Hadis Abdullah bin Amru r.a:
Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun sebaliknye.
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokkan paras boleh menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaanya, kerna kekayaan boleh musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..kakchik
Hadis Abu Musa r.a:)
Rasulullah s.a.w bersabda: Ada tiga orang manusia yang diberi pahala dua kali: Pertama ialah seorang lelaki Ahli Kitab yang beriman kepada nabinya dan sempat hidup pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, lalu beriman kepadanya, mengikuti dan membenarkannya, nescaya dia mendapat dua pahala. Kedua ialah seorang hamba yang menunaikan kewajipannya terhadap Allah s.w.t dan kewajipannya terhadap tuannya, nescaya dia juga mendapat dua pahala. Ketiga ialah seseorang yang mempunyai hamba perempuan, dia memberinya makan dengan baik, mendidiknya dengan baik, lalu memerdekakannya serta mengahwininya, maka dia juga mendapat dua pahala..inss
No comments:
Post a Comment