Sunday, July 13, 2008

MY KALAM HIKMAH KAB 08 PERSAHABATAN

pesahabatan..
Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini jika ada menghargai persahabatannya. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa untuk mengingati kawan-kawan yg sentiasa memberi sokongan untuk anda..ikatan membe f/s

DARIPADA Zaid bin Khalid (ra.)katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) adalah pahalanya seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahalanya sedikitpun. RiwayatTarmizi..inss

Beliau adalah dari kalangan ahli perubatan antarabangsa yang mengambil berat dalam kajian puasa dan kesan-kesannya berkata: Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit; kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurangan. Apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu..Dr. Mac Fedan


Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi..inss

Daripada Sahl bin Said r.a, bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud): Sesungguhnya dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan al-Rayyan, orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini. (riwayat al-Bukhari & Muslim)..inss

Nabi Daud berkata:takwa org mukmin ade 3-tawakalnya pd ape yg x dpt d capainya. 2)redhanya pd ape yg di miliki. 3)sabarnye pd ape yg hlg darinya..inss

Nabi Daud
Daud ialah nabi dan raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Malahan Nabi Daud yang membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud menggantikannya sebagai raja. Allah SWT mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya. Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Beliau memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu, kecerdasan akal, mengerti bahasa burung, dan melembutkan besi..inss

Nabi Daud meninggal dalam usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis. Beliau digantikan puteranya Nabi Sulaiman yang kemudiannya menjadi nabi..inss

Sepuluh hari ini lebih-lebih lagi pada hari Arafah. Ganjaran puasa hari Arafah dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya. 3: Memperbanyakkan zikir – Takbir – Tasbih – Tahmid – dan zikir yang lain. 4: Bertaubat Nasuha dan meninggalkan segala dosa. 5: Memperbanyakkan amalan soleh daripada perkara2 sunnat seperti solat , sedekah,membaca al-Quran. Amalan2 ini akan digandakan oleh Allah apabila dilakukan dalam 10 hari ini dan ia(amalan itu) lebih baik daripada jihad kecuali lelaki yang syahid di jalan Allah. 6: Disyariatkan Takbir Mutlak pada bila-bila masa hingga solat raya. Takbir Muqayyad dimulakan pada fajar hari arafah hingga solat asar hari terakhir Tasyrik..torfatul ain

SeTiap YaNG kITA iMPIKAn TAK sELaLunYE iNDAH...KEsUnyiaN mENGaJAr kITA hIDUP bERDIKARI...tAngISAN ADaLaH kASIh SayAng NamUN sATU yANG kITA aKAN Ingat SeuMur HidUP IaItu KeNANgAn TerInDAH..inss

Jangan sesekali anda putus asa daripada pertolongan Allah.Dan jangan putus harapan daripada rahmat Allah.Jangan lupa akan pertolongan Allah sebab petolongan Allah akan turun sesuai dengan derita yg anda alami..inss

Hidup ini terlalu indah bila ada tangan yg menggenggam erat, hidup ini terlalu bermakna bila ada seseorang yg merangkul erat,TAPI hidup ini perlu diteruskan walaupun dia telah terlepas dari pandangan"..inss

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.

jika engkau tidak boleh menjadi seperti garam yang menjadi penyedap di dalam sesuatu makanan, jgnlah pula engkau menjadi seperti lalat yang terus merosakkan makanan itu..








No comments: