Sunday, July 13, 2008

MY KALAM HIKMAH KAB 07 2008 PEDOMAN HIDUP

Ibnu Mas’ud pula berkata: “Hendaklah kamu semua berusaha mencari ilmu sebelum ia lenyap. Lenyapnya ilmu pengetahuan apabila matinya orang-orang yang berilmu, kerana seseorang itu tidak dilahirkan menjadi pandai. Jadi ilmu mesti dicari dan diusahakan dengan belajar..inss

PEMBENTUKAN MANUSIA:
pembentukan manusia...daripada rahim....kepada tindak janing ddalam perut...menurusi penjagaan...di atas asas kehidupan kemudian terhenti,seterusnya kembali kehati + sebelum mati..inss

Demikian pula hati, apabila enggan kepada hikmah dan ilmu selama tiga hari, pasti ia akan mati.Sebabnya, makanan hati adalah hikmah dan ilmu pengetahuan. Dengan kedua benda itulah hati seseorang insan itu hidup sebagaimana hidupnya tubuh kerana makan dan minum. Jadi, seseorang yang sunyi dan culas dari ilmu, maka hatinya pada hakikat adalah sakit dan kematian sudah boleh dipastikan..inss

Hari-hari terakhir manusia yang akan berhijrah ke alam arwah...(ROH)
seseorang yang sakit itu apabila sudah enggan makan dan minum serta enggan menelan ubat, akhirnya tentu mati. (syarah Ihya Ulummuddin Imam Al-Ghazali) berkata)..inss

Insan yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah insan yang lalai. Oleh itu, berilah mereka peringatan. Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu; itulah insan yang bodoh dan degil. Oleh itu, tinggalkan mereka. Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu; itulah insan yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka. Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu; itulah insan yang berilmu. Oleh itu, ikutlah mereka." - Al-Khalil bin Ahmad Al-Farahidi..nizam keon : kalam hikmah

HIDUP MEMERLUKAN PENGORBANAN. PENGORBANAN MEMERLUKAN PERJUANGAN. PERJUANGAN MEMERLUKAN KETABAHAN. KETABAHAN MEMERLUKAN KEYAKINAN. KEYAKINAN PULA MENENTUKAN KEJAYAAN. KEJAYAAN PULA MENENTUKAN KEBAHAGIAAN..kalam hikmah

kegelapan tidak boleh dihalau melalui kata-kata. Kegelapan hanya boleh diusir melalui usaha membawa api yang dengan sendirinya nanti akan menerangi sekali gus mengusir kegelapan itu..dikna

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna..pitt one

Nabi Daud berkata:takwa orang mukmin ade tiga yang pertama tawakalnya pada apa yang tidak dapat di capainya dan kedua redhanya pada apa yang di miliki dan yan ketiga sabarnya pada apa yang hilang darinya..inss

Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan..inss

Sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang berpuasa pd bulan ramadhan dgn penuh keimanan & mengharapjan pahala drpd ALLAH, dosanya yang telah lalu daimpuni (oleh ALLAH swt).... Hadis Riwayat Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Al-Iman, Hadis:38 ..... Selamat Bersahur, Bersama-sama Kita Hayati Erti Sebuah Keimanan, insyaALLAH... (^_^)..are yush

No comments: