Friday, July 11, 2008

MY KALAM HIKMAH KAB 05

Jangan sekali-kali berdusta
Wahai Syaidina Ali karamahlahuwajhah, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan ditakrifkan oleh Allah sebagai kazzab(pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan ditakrifkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq(benar) itu berkat dan kazzab(dusta) itu celaka..inss

Pemikiran dan pandangan yg baik-baik
Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup.Bediuzzaman Said Nursi..inss

Cermin-cermin Kehidupan Kita
Marilah kita mendengar peringatan Allah SWT di dalam al-Quran yang penuh didalamnya pengajaran dan kebaikan di dunia dan di akhirat:Wahai manusia, makanlah kamu daripada apa yang ada di bumi daripada yang halal dan yang baik, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia menjadi musuh kamu yang nyata. (Al- Baqarah: 168).
Kegembiraan bukanlah atas apa yang anda ada atau apa yang anda telah lakukan. Tapi kegembiraan adalah atas apa yang anda fikirkan.Oleh e2 , jika anda bertemu rakan-rakan anda carilah tentang kebaikannya untuk menjadi pedoman..inss

Sifat Sifat Syurga
Allah menyebutkan dalam AlQuran gambaran syurga yang penuh dengan kenikmatan dari segi minuman dan makanan.Dalam syurga, Allah menggambarkan ahli syurga terdapat empat jenis minuman iaitu air minum yang bersih, tidak bertukar warna dan bau, minuman susu, minuman arak yang tidak memabukkan dan minuman madu yang di hidangkan dan keempat empat munuman ini mengalir seperti sungai..inss

Persahabatan itu indah.Lebih indah jika persahabatan itu diredhai oleh Allah s.w.t.Persahabatan akan menjadikan seseorang itu bermakna dalam kehidupannya.Hidup tanpa kawan,ibarat seperti katak dibawah tempurung.Ya,tempurung yang didalamnya gelap gelita,lemas,dan sempit.Itulah hakikatnya,jika kita tidak mempunyai sahabat.Sahabat sejati sukar dicari.Sahabat sejati ibarat sebutir bintang gemerlap diantara jutaan bintang dilangit kelam.Sebutir bintang yang memberikan sinar kepada kegelapan malam.Sinarannya yang terang dan indah menjadikan kita berasa bersemangat ketika melalui perjalanan hidup..norazah: kalam hikmah

No comments: