Wednesday, July 23, 2008

MY KALAM HIKMAH KAC 01 PEDOMAN

MY KALAM HIKMAH KAC 01
Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu. Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Shahih..nur itqan

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”. Riwayat Muslim..nur itqan

Ukhuwah itu dHATI ,apabila bersendirian pasti ia menemani,setiap yang manis mampu dikenangi,walau tiada dmata kini,ia hadir bila diingati,kerana selamanya ia kekal didasar HATI...

Hanya perlu 1 minit untuk menghancurkan seseorang, 1 jam untuk menyukai seseorang, 1 hari untuk mencintai seseorang tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan....

Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau) Riwayat Abu Dawud, Ahmad...

Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end...


Life can seem ungrateful and not always kind. Life can be blissful and happy and free. But no matter how it was,Take the Life that you have and give it your best...



bAnGuNLaH kErAnA cInTa KePaDa ALLAH.. BuKAn KeRaNA CiNTa KePAdA LeLAkI.. rEBaHLah KeRANa dOSa.. jANGaN rEbAh kERaNa kEcEwA.. baNGunkAN sEMAnGaT diRi aTaS iMAn dAn bErBekaLkAN sIFaT mALu YanG ALLAH tIUpkAn kE dALAm hATi SetIAp pEReMpUAn...

Jgn tgalkn Org yg kte SYG utk Org yg kte SUKA,cOz Org yg kte SUKA akn tgalkn kte utk Org yg mereka SYG,jgn cuba dptkn pe yg kte SYG,tp SYG lah dgn pe yg kte ada...

biar RINDU,asal x JEMU....biar KASIH asal x SEDIH.....biar CINTA asal x TERPAKSA.....biar SAYANG asal x HILANG.....biar BERJAUHAN namun tetap dlm INGATAN...

Hawa diciptakan dari rusuk Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alas,tetapi disisinya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi,dekat dihatinya utk dicintai..

Ku Mencintaimu...Lebih Dari Apapun...Meskipun Tiada Satu Org Pun Yg Tahu... Ku Mencintaimu..Sedalam -Dalam Hatiku... Meskipun Engkau Hanya Kekasih Gelapku...

Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan..ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan..dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan...

Kau digelar sebagai penyeri dunia, hadirmu melengkap hubungan manusia, bukan saja dirindui yang biasa, malah Adam turut sunyi tanpa Hawa..

Sunday, July 13, 2008

MY KALAM HIKMAH KAB 10


TIANG AGAMA
Rasul SAW sentiasa memperingati umatnya, bahawa amat penting kewajipan menunaikan rukun islam yang kedua iaitu sembahyang lima waktu.Sembahyang adalah asas bagi keislaman seseorang itu dan jikalau asas ini tidak diperkukuhkan maka amalan-amalan lain akan menjadi longgar..inss


PENGHORMATAN
Kita perlu menghormati seseorang dan mengasihi seseorang seperti kita mengasihi diri kita sendiri.maka diri kita perlu diisi dengan adab-adab dan tarbiah nabawi.Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?".setelah etika itu dikuasai maka Allah akan mangakat kehormatan kita di kemudian hari .sekian..inss


Wasiat Nabi Yaakub kepada anaknya Bunyamin : Wahai anakku, Janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan memisahkan kamu dengan iman, Janganlah kamu berburuk sangka dengan Allah kerana ia akan memahjubkan doamu dari di makbulkan Allah, Janganlah kamu bercakap tentang perkara yang tidak memberi faedah kerana ia akan menjadikan kamu hina pada pandangan Allah, Janganlah kamu melakukan kezaliman terhadap satu pun dari makhluk Allah kerana syurga tidak dicipta buat orang-orang yang zalim. -Tidak kulakarkan wasiat ini buat orang lain kecuali mata yang paling dekat untuk menatap wasiat ini..Raja MuDa: Abd Halim

Ya Allah Ya Tuhanku,engkau berilah kekuatn kpd Sahabatku ini utk menmph Imthan,sesngghnya engkau lah Tuhan yg d sembah selayaknya dn tiada Tuhan melainkan engkau..Engkau lpngkn lh Jiwanya spt mana engkau lapngkn Jiwa Nabi musa utk mnghdp firaun,engkau lancarknlh lidahnya utk menuturkan Kalam2mu Yang Maha Agung spt Engkau kurniakn keatas Lidah para Rasul d dlm menympaikn Dakwah..Amin..torfatul_ain



Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa" "Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan" "Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku" "Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada" "Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan" "Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak" "Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa..torfatul ain

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dibulan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam)..inss

Kelebihan berpuasa di bulan Rejab Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah..Abd Halim

Allah sygkn ssorg Allah bg iman, Allah lbh sygkn ssorg Allah bg kkuatn dlm mngamlkn syariatNYA, Allah trsngt sygkn ssorg Allah bg ujian dlm mnegakkn urusn agamaNYA..nu itqan

setiap knikmtn & klpngn yg dbrikn itu bukn brmkna Allah tlh mmbrikn kmuliaan. Dan stiap org yg dbrikn ujian & cubaan itu bukn brerti Allah tlh mghinaknny.. nur itqan

PERSAUDARAAN
Sesungguhnya orang-orang islam adalah bersaudara diantara satu sama lain. Persaudaraan ini bukanlah salah satu diantara amalan-amalan sunat didalam agama bahkan ianya menjadi kewajipan yang telah ditetapkan oleh islam sebagaimana yang telah dinukilkan didalam Al-quran dan hadith-hadith nabi SAW. Persaudaraan diatas nama islam ini mempunyai hak-hak meliputi beberapa perkara iae2 Menutup aib saudara seislamnya dan Menolak umpatan terhadap saudara seislamnya..inss


MY KALAM HIKMAH KAB 09 NILAI KEHIDUPAN

Hidup ini umpama sebuah pelayaran,kadangkala dlm pelayaran itu ada badai memukul bahtera..apakah kita harus menyesali bahtera yang rabak sedangkan di hadapan tersergam indah mahligai kejayaan..?"
Punca anda cintakan seseorg mesti krn dia taat padaNya atau kerana dia dicintai di sisi Allah disbbkan amalan2nya yagn mulia. Macammana nak tau tetang apa yang dilakukan si dia adalah baik? Maka, harus anda perbaiki diri sendiri dahulu.

Serasi
perkenalan itu indah,dr perkenalan wujud pelbagai status,sahabat,kekas ih,bleh jd isteri..tp stiap perkenalan pasti akn dsusuli dgn perpisahan..maka bsiap sedialah utk mhadapinya..ssungguh nya,ia amat mmeritkn tp allah itu maha mngetahui stiap ssuatu..

KAWAN.. bukan mcm bola sepak.. lom dpt kejar.. dh dpt tendang! bukan mcm sk8board.. lom main gilap.. dah main pijak! TAPI... KAWAN UMPAMA.. bola ragbi.. lom dpt kejar..dh dpt lindung! ibrt jari..lukanya smbuh sndiri.. hilangnya tiada GANTI..

Berkata MALIK BIN DINAR kepada anak muridnya :"buatlah apa yg ALLAH suke walau suma org benci dan jgn buat apa yg org suka akan tetapi ALLAH benci".... Wahai sahabat2ku sekalian !!! dengarkan dan amatilah kata2 ini.inilah kunci kejayaan kita dunia dan akhirat..semoga doa kita tidak lagi terhijab dengan dosa2 dan kelalaian kita lagi..insyaAllah..kalam hikmah

NILAI TUDUNG WANITA Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki..syaazlijma

Kau tidak sama seperti yang kukenali. Dahulu kau beragama kini kau lali. Namun,kau tetap sahabat,namamu di hati. Takkan kubiarkan kau tersungkur sendiri...~Hassan Al-Banna~"..inss

Hidup ini penuh dgn keindahan dan p'harapan. Mangapa harus m'habiskan waktu memikirkn perkara y buruk, mengecewakan dan menyakitkn jika kita blh menemukan byk hal y indah disekeliling kita.- DR.Hm Tuah"

Sesugguhnya hati manusia i2 mati kecuali yang berilmu,sesungguhnya mreka yang berilmu itu lena kcuali orang orang yang beramal,sesungguhnya orang yang beramal itu tertipu kecuali orang yang ikhlas..inss

MY KALAM HIKMAH KAB 08 PERSAHABATAN

pesahabatan..
Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini jika ada menghargai persahabatannya. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa untuk mengingati kawan-kawan yg sentiasa memberi sokongan untuk anda..ikatan membe f/s

DARIPADA Zaid bin Khalid (ra.)katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) adalah pahalanya seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahalanya sedikitpun. RiwayatTarmizi..inss

Beliau adalah dari kalangan ahli perubatan antarabangsa yang mengambil berat dalam kajian puasa dan kesan-kesannya berkata: Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit; kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurangan. Apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu..Dr. Mac Fedan


Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi..inss

Daripada Sahl bin Said r.a, bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud): Sesungguhnya dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan al-Rayyan, orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini. (riwayat al-Bukhari & Muslim)..inss

Nabi Daud berkata:takwa org mukmin ade 3-tawakalnya pd ape yg x dpt d capainya. 2)redhanya pd ape yg di miliki. 3)sabarnye pd ape yg hlg darinya..inss

Nabi Daud
Daud ialah nabi dan raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Malahan Nabi Daud yang membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud menggantikannya sebagai raja. Allah SWT mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya. Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Beliau memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu, kecerdasan akal, mengerti bahasa burung, dan melembutkan besi..inss

Nabi Daud meninggal dalam usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis. Beliau digantikan puteranya Nabi Sulaiman yang kemudiannya menjadi nabi..inss

Sepuluh hari ini lebih-lebih lagi pada hari Arafah. Ganjaran puasa hari Arafah dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya. 3: Memperbanyakkan zikir – Takbir – Tasbih – Tahmid – dan zikir yang lain. 4: Bertaubat Nasuha dan meninggalkan segala dosa. 5: Memperbanyakkan amalan soleh daripada perkara2 sunnat seperti solat , sedekah,membaca al-Quran. Amalan2 ini akan digandakan oleh Allah apabila dilakukan dalam 10 hari ini dan ia(amalan itu) lebih baik daripada jihad kecuali lelaki yang syahid di jalan Allah. 6: Disyariatkan Takbir Mutlak pada bila-bila masa hingga solat raya. Takbir Muqayyad dimulakan pada fajar hari arafah hingga solat asar hari terakhir Tasyrik..torfatul ain

SeTiap YaNG kITA iMPIKAn TAK sELaLunYE iNDAH...KEsUnyiaN mENGaJAr kITA hIDUP bERDIKARI...tAngISAN ADaLaH kASIh SayAng NamUN sATU yANG kITA aKAN Ingat SeuMur HidUP IaItu KeNANgAn TerInDAH..inss

Jangan sesekali anda putus asa daripada pertolongan Allah.Dan jangan putus harapan daripada rahmat Allah.Jangan lupa akan pertolongan Allah sebab petolongan Allah akan turun sesuai dengan derita yg anda alami..inss

Hidup ini terlalu indah bila ada tangan yg menggenggam erat, hidup ini terlalu bermakna bila ada seseorang yg merangkul erat,TAPI hidup ini perlu diteruskan walaupun dia telah terlepas dari pandangan"..inss

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.

jika engkau tidak boleh menjadi seperti garam yang menjadi penyedap di dalam sesuatu makanan, jgnlah pula engkau menjadi seperti lalat yang terus merosakkan makanan itu..








MY KALAM HIKMAH KAB 07 2008 PEDOMAN HIDUP

Ibnu Mas’ud pula berkata: “Hendaklah kamu semua berusaha mencari ilmu sebelum ia lenyap. Lenyapnya ilmu pengetahuan apabila matinya orang-orang yang berilmu, kerana seseorang itu tidak dilahirkan menjadi pandai. Jadi ilmu mesti dicari dan diusahakan dengan belajar..inss

PEMBENTUKAN MANUSIA:
pembentukan manusia...daripada rahim....kepada tindak janing ddalam perut...menurusi penjagaan...di atas asas kehidupan kemudian terhenti,seterusnya kembali kehati + sebelum mati..inss

Demikian pula hati, apabila enggan kepada hikmah dan ilmu selama tiga hari, pasti ia akan mati.Sebabnya, makanan hati adalah hikmah dan ilmu pengetahuan. Dengan kedua benda itulah hati seseorang insan itu hidup sebagaimana hidupnya tubuh kerana makan dan minum. Jadi, seseorang yang sunyi dan culas dari ilmu, maka hatinya pada hakikat adalah sakit dan kematian sudah boleh dipastikan..inss

Hari-hari terakhir manusia yang akan berhijrah ke alam arwah...(ROH)
seseorang yang sakit itu apabila sudah enggan makan dan minum serta enggan menelan ubat, akhirnya tentu mati. (syarah Ihya Ulummuddin Imam Al-Ghazali) berkata)..inss

Insan yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah insan yang lalai. Oleh itu, berilah mereka peringatan. Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu; itulah insan yang bodoh dan degil. Oleh itu, tinggalkan mereka. Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu; itulah insan yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka. Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu; itulah insan yang berilmu. Oleh itu, ikutlah mereka." - Al-Khalil bin Ahmad Al-Farahidi..nizam keon : kalam hikmah

HIDUP MEMERLUKAN PENGORBANAN. PENGORBANAN MEMERLUKAN PERJUANGAN. PERJUANGAN MEMERLUKAN KETABAHAN. KETABAHAN MEMERLUKAN KEYAKINAN. KEYAKINAN PULA MENENTUKAN KEJAYAAN. KEJAYAAN PULA MENENTUKAN KEBAHAGIAAN..kalam hikmah

kegelapan tidak boleh dihalau melalui kata-kata. Kegelapan hanya boleh diusir melalui usaha membawa api yang dengan sendirinya nanti akan menerangi sekali gus mengusir kegelapan itu..dikna

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna..pitt one

Nabi Daud berkata:takwa orang mukmin ade tiga yang pertama tawakalnya pada apa yang tidak dapat di capainya dan kedua redhanya pada apa yang di miliki dan yan ketiga sabarnya pada apa yang hilang darinya..inss

Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan..inss

Sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang berpuasa pd bulan ramadhan dgn penuh keimanan & mengharapjan pahala drpd ALLAH, dosanya yang telah lalu daimpuni (oleh ALLAH swt).... Hadis Riwayat Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Al-Iman, Hadis:38 ..... Selamat Bersahur, Bersama-sama Kita Hayati Erti Sebuah Keimanan, insyaALLAH... (^_^)..are yush

MY KALAM HIKMAH KAB 06


Sabda Rasul Aqzom...S.W.A: Hancur manusia itu kecuali mereka yg a'llim(yang mengetahui) dan akan hancur org yg alim itu kecuali mereka yg b'amal & hancur org yg beramal kecuali mereka yg iklas dan mereka yg iklas itu adalah org yg hebat..inss

Doa cari jodoh
Doa Cari Jodoh... "Ya Tuhan , kalau dia memang jodohku, jodohkanlah... Tapi kalau bukan jodohku, Jodohkanlah jugak... Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku... Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali... Kalau dia jodoh orang lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku ... "Amin..."

Semulia Manusia
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan..inss

Right click on the group name of your buddy list and click send message to all. Then copy this info and send this to all in the group. A new type of buddy list will appear after you send it. The new buddy list will tell you exactly where someone is, who they are talkin' to, and if they have more than one screen name.......cool no? it even tells u who r Invisible..pitt one

Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa
Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itu senang, tidak yang berakal itu tamak, tidak yang pemurah itu dengk dan tidak yang berputus asa itu kaya..inss

Pahala Percuma
Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakah kamu tidak tahu orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah..inss

Orang Yang Paling Kuat
Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh



Ukhwah Bulan MUharam
Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan.Pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura.+kalu lebih bahan i'Allah sedap lagi...hehee Setiap negeri mempunyai Bubur Asyura tersendiri dan berlainan rasa dan ramuan...inss

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud; Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka..nazfiona nazri : kalam hikmah

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lEbih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..kalam hikmah

Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak..kalam hikmah







Friday, July 11, 2008

MY KALAM HIKMAH KAB 05

Jangan sekali-kali berdusta
Wahai Syaidina Ali karamahlahuwajhah, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan ditakrifkan oleh Allah sebagai kazzab(pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan ditakrifkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq(benar) itu berkat dan kazzab(dusta) itu celaka..inss

Pemikiran dan pandangan yg baik-baik
Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup.Bediuzzaman Said Nursi..inss

Cermin-cermin Kehidupan Kita
Marilah kita mendengar peringatan Allah SWT di dalam al-Quran yang penuh didalamnya pengajaran dan kebaikan di dunia dan di akhirat:Wahai manusia, makanlah kamu daripada apa yang ada di bumi daripada yang halal dan yang baik, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia menjadi musuh kamu yang nyata. (Al- Baqarah: 168).
Kegembiraan bukanlah atas apa yang anda ada atau apa yang anda telah lakukan. Tapi kegembiraan adalah atas apa yang anda fikirkan.Oleh e2 , jika anda bertemu rakan-rakan anda carilah tentang kebaikannya untuk menjadi pedoman..inss

Sifat Sifat Syurga
Allah menyebutkan dalam AlQuran gambaran syurga yang penuh dengan kenikmatan dari segi minuman dan makanan.Dalam syurga, Allah menggambarkan ahli syurga terdapat empat jenis minuman iaitu air minum yang bersih, tidak bertukar warna dan bau, minuman susu, minuman arak yang tidak memabukkan dan minuman madu yang di hidangkan dan keempat empat munuman ini mengalir seperti sungai..inss

Persahabatan itu indah.Lebih indah jika persahabatan itu diredhai oleh Allah s.w.t.Persahabatan akan menjadikan seseorang itu bermakna dalam kehidupannya.Hidup tanpa kawan,ibarat seperti katak dibawah tempurung.Ya,tempurung yang didalamnya gelap gelita,lemas,dan sempit.Itulah hakikatnya,jika kita tidak mempunyai sahabat.Sahabat sejati sukar dicari.Sahabat sejati ibarat sebutir bintang gemerlap diantara jutaan bintang dilangit kelam.Sebutir bintang yang memberikan sinar kepada kegelapan malam.Sinarannya yang terang dan indah menjadikan kita berasa bersemangat ketika melalui perjalanan hidup..norazah: kalam hikmah

MY KALAM HIKMAH KAB 04

PEJALANAN..
Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan uangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.Ibnu Mas’ud
Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.Khalifah ‘Umar
Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.Imam An Nawawi ..inss

Hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang sangat kucintai dan sangat dekat kedudukannya kepadaku pada hari akhirat ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya dan sesungguhnya orang yang paling dibenci di kalangan kamu di sisiku dan yang paling jauh dariku di akhirat ialah orang yang buruk akhlaknya." (Hadis riwayat Ahmad)..stafillococus mohsin

Mencari seorang teman bagaikan mencari sebutir permata dalam timbunan kaca..bersedialah untuk dilukai..jangan mengalah untuk terus mencari..andai sudah menemui..sayangilah ia sepenuh hati..stafillococus mohsin

Dalam hadith qudsy, Allah berfirman : "Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu". Jika berzikir di dlm hati peribadinya (sendirian). Aku pun brzikir pdnya dlm diriKu dan jika berzikir padaKu di depan umum, Akupun brzikir padanya di muka umum yg lebih baik dari golongannya, dan bila ia mendekat padaku sejengkal Aku mendekat padanya sehasta, dan bila ia mendekat padaku sehasta, aku mendekat padanya sedepa, dan bila ia datang padaku berjalan, Aku datang kpdnya berjalan cepat (brlari). subhanallah..hebatnya CINTA ALLAh..tapi kita sibuk lagi cari yg lain..renungan utk diri ku jua..kakchik

Kesempurnaan lelaki dan perempuan: Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: - 1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran 3) Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan 5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan. 6) Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2.. Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad S.A.W. dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..nikman nasir

Lidah seorang yg bijak berada dibelakang hatinya..namun lidah pendusta berada didepan hatinya..."Itulah sebabnya orang bijak akan selalu memikirkan setiap kata yang akan diucapkan..faizal syibin : nikman nasir

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah..Fitri Ismail

Kesal tak berjaya mengubah sejarah Kesal tak boleh meredam gelisah Kesal tak akan menghilang gundah Kesal tak bisa memadam kisah Lakarkan sejarah yang lebih indah Hapuskan gelisah di atas sejadah Campakkan gundah ke bakul sampah Tuliskan kisah yang lebih bermadah..dikna

Dalamsatu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir.. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia..kak su

MY KALAM HIKMAH KAB 03

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yg tidak baik,
Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorg yg meminta-minta dijalanan.Hari ini sebelum kita mengeluh tentang kehidupn,Fikirkan tentang seseorg yg meninggal terlalu cepat.Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri kita,Fikirkan tentang seseorg yg memohon kpd Tuhan utk diberikan teman hidup,(Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat.) -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim..inss

Hadith riwayat al-Hakim dan Abu Na'im.. Hiduplah kamu sebagaimana yang engkau kehendaki, tetapi ingat kamu akan mati. Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki, tetapi ingta bahawa engkau akan berpisah dengannya. Buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki, tetapi awas kamu akan di balas atas apa yang dilakukan itu. Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada Qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain....Selamat berjuang..wahiditanta: kalam hikmah

Kau yang menciptakan cinta, dan Kau jua yang menghampar bahagia, di ribaanMu terhimpun harapan,impian tulus setiap insan.. Kau yg m'utuskan duka & Engkaulah yg mengirimkan hampa, namun pdMu jua diadukan merebahkan keresahan dan tangisan..-segalanya milikMu-

kata-kata Ibrahim at-Taimiy: “Aku mengumpamakan diriku berada di Syurga memakan buah-buahnya dan minum dari air sungainya, dan bersama dengan para bidadari. Lalu aku mengumpamakan diriku berada di neraka, memakan buah zaqum, meminum nanah, dirantai dan dibelenggu. Lalu aku katakan pada diriku, “Hai jiwa, apa yang kau mahu sekarang? Jiwa itu menjawab, “Aku ingin kembali ke dunia dan melakukan amal shalih”. Aku pun berkata, “Kini angan-anganmu (untuk kembali ke dunia) tercapai , maka beramallah!”..ZUE FARIDAH ZUE:kalam hikmah:

pesan pada diri, tabahkan hati dan kuatkan semangat. pesan pada hati, kukuhkan iman dan banyakkan zikkrullah pesan pada naluri, jangan mengeluh dan kecewa, semoga berjaya didunia dan akhirat..budak mas

Daripada Nabi (SAW) bersabda, “Akan terus ada satu golongan dari ummatku yang tegak di atas kebenaran dan diberi pertolongan. Mereka tidak tergugat oleh orang-orang yang menentang mereka sehingga datang perintah Allah”.(Bukhari – Muslim)
kebenaran menjadi arah pedoman untuk kehidupan iae2 melalui pendidikan dan pengalaman dalam perkembangan kehidupan dari anak sampailah dewasa dan setiasa berubah dari waktu-kewaktu dalam pergolakan pemikiran,
Maka Akal adalah sebuah kekuatan,dapat berfikir melampaui yang tersedia dengan tanpa batas dan terhalang, oleh waktu, phisikn, status, kondisi, wewenang sosial masyarakat atau kekuasaan...inss
.

ALLAH mengingatkan kita supaya sentiasa berdoa kepada-Nya kerana doa adalah senjata orang mukmin. Perkara itu dijelaskan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya yg bermaksud:Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi. (Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)..inss

Allah Sukakan Bersin dan Benci Pada Menguap....
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap pula adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” Riwayat al-Bukhari..inss

untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya, bukan perjuangn tanpa kesulitan, tp dalam kesulitan ada ketenangn, memugar kekuatan....kita x bersendirian..innallahma'ana..nur wahida

ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- IBNUL QAYYIM-..Abd Halim

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan,Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah,Membuat kita kaya di Dunia,Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat,serta Rahmatnya yang Maha Luas,Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan kita Berbeza dengan Orang lain,kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri,Jangan Bersedih...Bila Disakiti,Dicela Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa,Jangan Bersedih..Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan,Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan kita akan Membuat Musuh kita Gembira,Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah,Jangan Bersedih...sasuziana

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : Cahaya yang pertama seperti bintang- bintang. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : “Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi..kak su

Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu, redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu di dunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletakkan kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi plihan hatimu..budak mas

Hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang sangat kucintai dan sangat dekat kedudukannya kepadaku pada hari akhirat ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya dan sesungguhnya orang yang paling dibenci di kalangan kamu di sisiku dan yang paling jauh dariku di akhirat ialah orang yang buruk akhlaknya." (Hadis riwayat Ahmad)..Raja MuDa

MY KALAM HIKMAH KAB 02

Anugerah hidayah :
Anugerah hidayah perlu dijaga, jika kita mngetahui sekirayA ada kelas kelas agama, ceramah, usrah,pengajian baik melalui media atau sebaliknya,maka perlulah kita mnunaikan amanah hidayah e2 dgn mngambil peluang peluang atau kesempatan trsebut..Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.
<*^^*>Kita lahir dengan dua mata dan dua telinga, tapi kita hanya diberi tidak lebih drpd 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam & berbisa,mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan bnyk prkara2 yg tdk mnyenangkn.maka berjaga22lah ketika brbicara...olh itu perbanyakkanlah merenung melihat dan merdengar serta mengkaji di atas sesuatu tindakan..inss

Islam sebagai suatu agama dalam erti Adden yang meliputi keseluruhan dasar hidup dengan jelas memberi petunjuk kepada manusia mengenai hakikat hubungan manusia dengan Khaliknya (Penciptanya) dalam bentuk sistem ibadat yang lengkap yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim.

keadilan yang ada pada seseorang laksana sebentuk mutiara . Meskipun yang empunya telah mati , mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya ..kalam hikmah : din din

DeRiTa pErJuAnGaN BuKaN sAtU bEbAnAn TeTaPi sAtU LaTiHaN, GuNdAh PeRjUaNgAn BuKaN SaTu AnCaMaN TeTaPi sAtU dIdIkAn, MeHnAh pErJuAnGaN bUkAn sAtU KegUsArAn TeTaPi sAtU KeKuAtAn, WaLaU PeRiT MaNapUn pErJuAnGan, SeSuKaR MaNaPuN pErJaLaNaN, kItA PeJuAnG, tAbAhKaN HaTi, kItA mUjAhId, KuAtKaN DiRi, kUkUhKaN TeKaD, mArA dALaM PeRjUaNgAn IsLaM..kak su

Barangsiapa yang mengumpulkan enam perkara, nescaya ia mencari syurga dan meninggalkan neraka, iaitu : Pertama..Mengenal Allah. lalu mentaatiNya. Kedua..ia mengenal syaitan lalu mendurhakainya. Ketiga..ia mngenal kebenaran lalu mengikutinya. Keempat..ia mngenal yang batil, lalu manjaga diri daripadanya. Kelima..ia mngenal dunia lalu menolaknya. Keenam..ia mngenal akhirat lalu mencarinya." (Ali bin Abi Talib)..yamin mohd

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah. #(Lukman Al-Hakim)..kakImanmansurah : kalam_hikmah

Jangan kerana guruh bergempita,air di tempayan kau keringkan. Jangan kerana unggas di rimba,denak di sangkar kau lepaskan.
Jangan kerana pelangi yang indah, lampu di kamar kau matikan.Jangan kerana kerlipan kaca,zamrud ditangan kaulemparkan.Jangan kerana buih yang indah,bumi yang nyata kau tinggalkan..pelita

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: “kami telah beriman”, sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta(Al-Ankabut 2-3)..inss

Tidak sempurna akhlak seorang mukmin selagi hatinya tidak lurus ,tidak lurus hati seorang mukmin ,selagi lidahnya tidak lurus..inss

Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan. Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payah pun 'make up'. Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian modern(?) memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakaipun nampak pusat. Berseluar ketat baju pun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat..bgwankakbah

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". -salam imtihan...maf sgala slh silap..tuan sape : bgwankakbah

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud..kak su

Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik darah tidak terpakai, perlu berselawat sebanyak 100 kali. Bermakna untuk memproses setiap titik darah tersebut perlu berselawat sebanyak 5.6 juta." -Ruhul Zikri..kak su

Islam adalah agama yang mengajar manusia apa yang tidak diketahui, al-Quran memecahkan kegelapan dunia dengan cahayanya, menunjukkan kebaikan dan kejahatan supaya jelas dan terang petunjuk daripada Ilahi ke seluruh alam.SeGaLa PuJi HaNyA BaGi Allah***AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR, AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM .ALLAH SWT SENTIASA MEMERHATI KEADAAN HAMBA-HAMBENYE DAN SENTIASA MENDENGAR SEGALA DOA PERMINTAAN,RINTIHAN DR HAMBE-HAMBENYE..INSS

MY KALAM HIKMAH KAB 01

PeLiHaRaLaH
Kata-kata yang di lontarkan kadang kala menterjemahkan kelakuan dalam kehidupan,tetapi bila perasaan menguasai keadaan maka seseorang itu boleh menterjemahkan seribu bahasa dan boleh menyusun seribu kata dan boleh terbongkar seribu rasia..inss

Satu hari...Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit ;Duit seringgit bertanya: "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm... biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"Utk duniawi byk yg kita gunakan RM byk tp utk akhirat pulak hanya sedikit shj..fathi montalib : kalam hikmah

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian..: mohsen: wan cik my

Ma'rifat itu lebih dekat kepada diam daripada bicara. Maka hanyalah engkau berbicara yang manfaat yang baik-baik, jika tidak maka kamu berbicara atas dorongan ketamakan nafsu...Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka berkatalah baik atau diam..budak mas

Tika aku minta bantuan, Tuhan beriku peluang kerana melaluinya aku mula mencuba. Tika aku minta kejayaan, aku diberi kegagalan.Kerana melaluinya aku membaiki kesilapan.Tika aku minta kekuatan, Tuhan berikan kesukaran.Kerana melaluinya ,aku membina kekentalan diri dan tika ku minta ketabahan, Tuhan beriku rintangan, kerana melaluinya aku teruji. Betapa berharga segala yang ku alami, kerana Tuhan tak memberi apa yang ku minta tapi aku menerima segala yang ku perlukan. Itulah bahasa Yang Maha Esa...budak mas

Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa" "Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan" "Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku" "Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada" "Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan" "Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak" "Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa..kak su

Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang.. tuan sape : bgwankakbah

Betapa kasihnya aku pada kau teman bukan kerana anugerah rupamu yang cantik..keranaku tahu itu akan hilang darimu, sayangnya aku padamu teman bukan kerana harta yang kau miliki..keranaku tahu suatu masa nanti harta tiada erti buatmu.. tapi sayang dan kasihnya aku padamu adalah kerana HATIMU..hati yang sentiasa takutkan TUHANNYA, hati yang sentiasa mendamba kasihNYA, hati yang merindui TUHAN sebagai kekasih hatinya.. Aku mahu kau menjadi temanku dunia akhirat.. yang sentiasa mengingatkanku..yang bisa mencambahkan cinta aku pada DIA RABBUL IZZATI.. ... itulah teman yang dicari..budak mas

sesungguhnya mati jasad krn roh,mati roh krn tiada ilmu,mati ilmu krn tiada amal,dan mati amal krn tiada istiqomah. menuntut ilmu adlh taqwa,m'yampaikan ilmu adlh ibadah,m'ulang2 ilmu adalah zikir,mencri ilmu adlh jihad" (al-Ghazali)..tuan sape:bgwankakbah

Nilai kehidupan
Nilai kehidupan amat berharga pada jiwa seseorang yang bening dan tenang ketika melihat keadaan-keadaan yang berbeza dalam satu masa dan pengalaman juga membuatkan diri kita semakin berharga.maka nilai e2 akan terserlah bila memikul tanggungjawab dan bebanan dalam menghadapi sesuatu pekerjaan..inss

PENYAIR
Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata.
Penyair adalah adunan kegembiraan dan kepedihan dan ketakjuban, dengan sedikit kamus.
Penyair adalah raja yang tak bertakhta, yang duduk di dalam abu istananya dan cuba membangun khayalan daripada abu itu.
Penyair adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar. Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..sitiaishah bulat

Ya Allah panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat Ya Muhaimin jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..budak mas

Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT..Dikna

wahai manusia menangislahmu dimalam hari merendah diri meminta keampunan dari Tuhanmu kerana kesalahanmu padaNya adalah sesuatu kepastian tetapi keampunan dari Tuhanmu itu tidak pernah diketahui..badaimalam

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi..budak mas

MODAL INSAN
Berceritalah selalu di atas keilmuan yang kita miliki , Sentiasalah berfikiran terbuka dan menyampaikan ungkapan yang lebih bernakna untuk menceriakan suasana dan biarlah nilai-nilai murni kita terselah dengan sendirinya serta sentiasa menghormati orang lain dlm apa jua keadaan..INss

MY KALAM HIKMAH KAA10

TAWAKAL
Tawakal ia itu percaya kepada Allah(siqoh) ,yakin kepada Allah ,beserah kepada Allah,membenarkan dan menenangkan hati pada setiap masa untuk Allah. sesungguhnya tawakal kepada Allah iaitu tempat bagi hati utk merenungi suruhan Allah.

Tawakal adalah natijah daripada natijah-natijah iman,isi daripada isi-isi hakikat kefahaman dan Allah suka org-orang yang bertawakal kepadaNya.maka orang-orang yg bertawakal kepada Allah akan mendapat rezeki drpd Allah seupama burung yg keluar di waktu pagi dlm kelaparan dan pulang di waktu petang dalam keadaan kekenyangan.

Tawakal ini bukan di letakkan kpd orang-orang yang malas tetapi tawakal yg di maksudkan ini adalah bg orang-orang yg rajin berusaha,beikhtiar utk mendapat tempat yg lebih baik disisi Allah SWT..inss

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang..an nizomie:kalam hikmah

kålåµ jådî måñµ$îå jgñ jådî måñµ$îå bîå$å,lºñggå® jîwåñýå,®åÞµh îmåññýå,$èmÞî† mîñdåñýå,.Jådîlåh,måñµ$îå lµå® bîå$å,gåh jîwåñýå,kèñ†ål îmåññýå,,†è®†îb $ºlå†ñýå,dåñ Qµ®åñ jµådåhñýå ..Dato'_PaDuKa MهT®î×_ك؛‎zu

Budi Bahasa
Sesiapa yang mempunyai budi bahasa yang baik,ia akan di segani.sesiapa yang tiada budi bahasa maka tiada kehormatan bagi dirinya dan sesiapa yang sentiasa menjaga adab maka ia akan di sanjungin oleh semua pihak..inss

kadang kita kena cuba letakkan diri kita pada tempat orang lain untuk lebih memahami tindakan yang diambil...jangan terlalu suka untuk membanding...bukan mudah untuk mejadi pemimpin...dan x sume org mampu u jadi pemimpin y baik..kan lebih elok u kt berusaha mcari jln u mengurangkan beban y kt tanggung drpd trus menunding jari...sgl y berlaku jg adalah kehendak yg esa bg menguji hamba2Nya dan pasti di sebalik kesulitan itu terkandung 1001 hikmah...smg nikmat aman y Allah kurniakan akan trus kekal di bumi Malaysia..amin..zatul

KESYUMULAN ISLAM
Kesyumulan atau kesempurnaan merupakan suatu sifat yang khusus bagi umat islam secara menyeluruh di atas pengetahuan manusia mengenai agama,falsafah dan mazhab,
Dengan kesyumulan ini maka terpeliharalah keagungan umat islam dalam membentuk satu kefahaman dan membina manusia untuk memahami dengan lebih mendalam,meluas sehinggalah dapat mentadbir dunia , akhirat..inSSedunia

Jika ada 10 org mengambil berat tentangmu,salah seorg darinya ialah aku,jika hanya ada seorang yang mengambil berat tentang dirimu,nescaya itu juga daku,dan pabila tiada sesiapa yg mengambil berat akan dirimu,ketika itu harus dikau tahu bahawa aku tiada didunia ini lagi bersamamu...dan jangan kau tangisi pemergianku kerana bagiku hanya dikau dihati..Raja MuDa

Senyuman membantu meredakan tekanan di hati kita dan orang lain. Abdullah ibn Harith ra meriwayatkan: “Tidak ada manusia yang lebih banyak tersenyum melainkan Rasulullah.” (Riwayat Tarmuzi)..budak mas

MY KALAM HIKMAH KAA09

pewaris malaya: Kebajikan
Orang yang ringan tulang untuk menolong orang lain dalam kebajikan , maka Allah akan sentiasa menolonya dan orang yang sentiasa bersedekah maka Allah akan melipatkaliganda rezekinya..inss

Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :- 1) Cinta Dunia Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana. 2) Tamak Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi..balqis 602

Kedekut Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk 4) Riak Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya. 5) Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia..balqis 602

Ego Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya 7) Pendendam Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 8) Hasad Dengki Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain..balqis 602

Tidak Sabar Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain..balqis 602

KEIKLAS
Sesungguhnya orang yang sentiasa iklas dalam amalannya,maka ia akan di jauhkan daripada perasaan yang yang buruk dan Allah akan gantikan dengan balasan kebaikan , ketenangan dan rezeki yang luas serta balasan syurga yang menantikanya..INss

Doa nabi ibrahim: "ya Tuhanku, briknlh kpdku hikmh dn msuknlh aku ke dlm golgn org2 yg soleh." (assyu'ara' ayt:83)..nur nitqan

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya..blue 82:kalam hikmah

Berhati hati Dengan Firasat Orang orang Mukminin
Seseorang yang banyak berasia ,dan pandai menyimpan rasia serta tidak sesekali kali membocor rasia,maka orang itu sentiasa berhati-hati dalam percakapanya,namun kadangkala tampa disedarinya terzohir juga rasianya pada raut wajah dan kelakuannya..inss

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya..bdk mas

MY KALAM HIKMAH KAA08

SELALUNYA:
Siapa yang suka marah-marah misti dia tersimpan dendam,siapa yang mudah tersenyum pasti hidupnya selalu ceria dan gembira,sesiapa yang suka bergurau kadangkala tersasul juga,sesiapa yang banyak bercakap selalu terbocor rasia dan orang yang senyap boleh jadi banyak ilmunya..inss

Umur tidak menjadikan seseorang itu matang.. Dewasa mungkin,tetapi belum tentu matang.. Orang yang matang dinilai dari segi percakapan,perbuatan serta pemikirannya..Raja MuDa

kaLau awak tanya saya: awak cantik tak? saya akan jwb: cantik... kaLau awak tanya saya: awak baik tak? saya akan jwb: sangat baik... kaLau awak tanya saya: nk temankan saya kuar? saya akan jwb: nak... kaLau awak tanya saya: ape yg saya suka? saya akan jwb: saya suka awak! kaLau awak tanya saya: kenapa saya suka awak... saya akan jwb: saya senang dgn apa saje ngan awak. kaLau awak tanya saya: apa bukti saya suka awak? saya akan jwb: saya buat apa saje utk awak. kaLau awak tanya saya: sanggup ke saya menunggu awak... saya akan jwb: seLamanye... kaLau awak tanya saya: sudikah jika menjaga saya? saya akan jwb: sehingga ke nafas terakhir saya.. kaLau awak tanya saya: perkara paLing manis dLm hidup saya? saya akan jwb: awak…kaLau awak tanya saya: perkara paLing buruk dLm hidup saya... saya akan jwb: jika awak x tegur saya kt YM..cucu tok

Pesanan Semasa Mendengar Azan... Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.Amin..cucu tok

Nabi s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan di sisiNya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian…… Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya. (H. R. Bukhari & Muslim).. Mahyuddin Tantawi:kalam hikmah



Message: Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan : Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102 Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5 Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah 1 minit untuk mengingat Allah Langkah 1: · Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih: · SUBHANA'LLAH · ALHAMDULI'LLAH · LAA I LAAHA ILLA'LLAH · ALLAHU AKBAR · ASTAGHFIRU'LLAH · LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH..cucu tok

PENDUSTA
Dua perkara yang dimiliki oleh si pendusta ailah banyak berjanji jika terlupa nanti di tuntut orang di kemudian hari dan terlalu keterlaluan dalam banyak berdalih nanti orang hilang kepercayaan..INSS

Kejrnhn hati mata dtgnya dr lmbutnya hati. Lmbutnya hati itu datangnya dr kuatnya iman. Kuatnya iman itu dr kuatnya mgharapkan redha ilahi. Dan redha ilahi itu lah jln yg hakiki.. budak mas

Bersujud kepada Allah bersyukur sepanjang waktu setiap nafasmu seluruh hidupmu semoga diberkahi Allah bersabar taat pada Allah menjaga keikhlasanNya semoga dirimu semoga langkahmu diiringi oleh rahmatNya setiap nafasmu seluruh hidupmu semoga diberkahi Allah Alhamdulillah Wasyukurillah bersyukur padaMu ya Allah kau jadikan kami samudara indah dalam kebersamaan Alhamdulillah Wasyukurillah bersyukur padaMu ya Allah kau jadikan kami samudara hilanglah sebuah perbedaan.. balqis

IMAM SYAFI'e
Sesungguhnya kehebatan kekuatan ketinggian keilmunya menyeluruh dan kesemunya itu telah diikuti oleh dua pertiga penduduk dunia yang mengikut akal yang sama iaitu dikenali sebagai mazhapNya.inss


Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara d lautan, sesaat b'sedih kerana redha Allah adalah lbh mulia dr seharian b'sedih krn cinta manusia, sjnh wjh kerana wuduk yg sempurna adlh lbh b'cahaya dr kilauan segunung permata. sesuci hati kerana cinta Ilahi, itulah hakikat cinta abadi…AMIN.. norazah dahlan:kalam hikmah

MAKANAN MAKNAWI:
sesiapa yang sentiasa membaca kitab-kitab sirah Nabi Muhammad SWA upama kita sentiasa memakan makanan maknawi iaitu makanan bagi rohani,untuk menghidupkan kebeningan hati seseorang dalam perjalanan menuju ke syurga Ilahi..inss

IMAM MALIK
Sesungguhnya aku ini adalah seorang manusia yang bisa benar dan salah, maka lihatlah pendapatku. Apabila pendapatku menetapi Al-Qur'an dan Sunnah maka ambillah dan apabila tidak menetapi Al-Qur'an dan Sunnah maka tinggalkanlah" (Dikeluarkan oleh: Ibn Abdul Bar dalam Al-Jami' 2/32; Ibn Hazm dalam Ushul Al-Ahkam 6/149; Al-Falaniy, hal: 72)..nurul hidayah

Tuesday, July 8, 2008

MY KALAM HIKMAH KAA07

kEtIka mEliHat sEnYum kaMu tAk kUaSa mEnaHaN riNdU,, sIanG mlm tAk pErnAh lEtiH bErdOa unTuk'mU..haRaPn'qu, ,kiRanya kaMu sElAlu bEraDa daLam linDunGaN tUhAn..

Seorang muslim itu diibaratkan dengan pohon yg berbuah manis lagi harum,,jika ada yang melemparnya dengan batu maka ia akan membalasnya dengan buah-buahan yang berjatuhan,,,

hidup ini indah-indah belaka jika kita pandai bermain dengannya, hidup kita selalu didalam keadaan bahgia, kekalkan kebahgian anda bersama-sama insan tersayang( ya allah berikan lah hamba mu ini keberkatan, rezeki dan anak-anak yang soleh & solehah amin..

jika ketenangan yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga pada satu masa, kita akan rasa indahnya tawakal kepadaNya dan itulah nikmat ketenangan dalam jagaanNya

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat

Org yg berUBAH kerna TERPAKSA adalah MANGSA keadaan, Org yg berHIJRAH kerna MANUSIA adalah MANGSA kerugian, TAPI, org yg BERJAYA dan BERUNTUNG adalah org yg MEMAKSA dirinya utk berubah demi REDHA ALLAH..nur wahida

UJIAN ITU PERLU UNTUK MENGUJI KEIMANAN SESEORANG..."Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?..(Al-Ankabuut:2)..nur wahida

Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah."(riwayat Muslim)..nur wahida

berkata MALIK BIN DINAR kepada anak muridnya :"buatlah apa yg ALLAH suke walau suma org benci dan jgn buat apa yg org suka akan tetapi ALLAH benci".... Wahai sahabat2ku sekalian !!! dengarkan dan amatilah kata2 ini.inilah kunci kejayaan kita dunia dan akhirat..semoga doa kita tidak lagi terhijab dengan dosa2 dan kelalaian kita lagi..insyaAllah..kalam hikmah

NILAI TUDUNG WANITA Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki..syaazlijma

Kau tidak sama seperti yang kukenali. Dahulu kau beragama kini kau lali. Namun,kau tetap sahabat,namamu di hati. Takkan kubiarkan kau tersungkur sendiri...~Hassan Al-Banna~,,wan cekmy

Hidup ini penuh dengan keindahan dan pengharapan. Mangapa harus menghabiskan waktu memikirkn perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkn jika kita boleh menemukan banyak hal yang indah disekeliling kita.- DR.Hm Tuah"




MY KALAM HIKMAH KAA06

MY KALAM HIKMAH KAA06

Empat hal yang apabila dianugerahkan pada seseorang berarti dia telah mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat:Hati yang senantiasa b'syukur,Lisan yg slalu berzikir,Tubuh yg sabar menerima musibah,& Istri yg bisa menjaga diri &harta suami."(HR.Ath Thabrani)..inss

PETUA CUCI HATI Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkaRA..nur wahida


Nabi Daud
Daud ialah nabi dan raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Malahan Nabi Daud yang membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud menggantikannya sebagai raja. Allah SWT mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya. Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Beliau memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu, kecerdasan akal, mengerti bahasa burung, dan melembutkan besi.
Nabi Daud meninggal dalam usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis. Beliau digantikan puteranya Nabi Sulaiman yang kemudiannya menjadi nabi..Inss

SeTiap YaNG kITA iMPIKAn TAK sELaLunYE iNDAH...KEsUnyiaN mENGaJAr kITA hIDUP bERDIKARI...tAngISAN ADaLaH kASIh SayAng NamUN sATU yANG kITA aKAN Ingat SeuMur HidUP IaItu KeNANgAn TerInDAH...

Jangan sesekali anda putus asa dari pertolongan Allah.Dan jangan putus harapan dari rahmat Allah SWT.Jangan lupa akan pertolongan Allah SWT sebab pertolongan Allah akan turun sesuai dengan derita yang anda alami..

hidup ini terlalu indah bila ada tangan yg menggenggam erat, hidup ini terlalu bermakna bila ada seseorang yg merangkul erat,TAPI hidup ini perlu diteruskan walaupun dia telah terlepas dari pandangan..

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya..


jika engkau tidak boleh menjadi seperti garam yang menjadi penyedap di dalam sesuatu makanan, jgnlah pula engkau menjadi seperti lalat yang terus merosakkan makanan itu..

Hidup ini umpama sebuah pelayaran,kadangkala dalam pelayaran itu ada badai memukul bahtera..apakah kita harus menyesali bahtera yang rabak sedangkan di hadapan tersergam indah mahligai kejayaan..

Punca anda cintakan seseorg mesti krn dia taat pdNya atau krn dia dicintai di sisi Allah disbbkan amalan2nya yg mulia. Mcm mana nak tau ttg apa yg dilakukan si dia adlh baik? Maka, harus anda perbaiki diri sendiri dahulu...

Monday, July 7, 2008

MY KALAM HIKMAH KAA05


Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahui kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang akan gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tiada jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tiada sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan yang tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan DIA MENGETAHUI apa yang kamu kerjakan pada siang hari untuk sempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian KEPADA ALLAH-lah KAMU KEMBALI, lalu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan..kakchik

Hadis Hakim bin Hizam r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekah yang paling utama atau sedekah yang paling baik ialah sedekah dari orang kaya dan tangan yang berada di atas itu lebih baik daripada tangan yang berada di bawah serta mulakanlah dengan orang yang berada di bawah tanggunganmu

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,mati roh kerana tiada ilmu,mati ilmu kerana tiada amal,dan mati amal kerana tiada istiqomah.Menuntut ilmu adalah takwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang-ngulang ilmu adalah zikir,mencari ilmu adalah jihad".(Al-Ghazali)..puteriammy

4 golongan yg berjaya di sisi allah: 1] seseorang yang mencari teman hidupnya yang soleh dan solehah. 2] mendapat zuriat yang soleh dan solehah 3] mencari teman-teman yang bijak serta baik .4] mencari sumber rezeki yang halal..sasuziana

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bereti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta... .. tapi... .. cinta itu adalah cinta..

Kenali sebuah pertemuan, Kerana disitu tercipta kemesraan, Hargailah sebuah persahabatan, Kerana disitu tercipta kerinduan, Sayangilah sebuah perkenalan, Kerana disitu terciptanya sebuah kedamaian..

Hadis Abdullah bin Amru r.a:
Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun sebaliknye.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokkan paras boleh menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaanya, kerna kekayaan boleh musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..kakchik

Hadis Abu Musa r.a:)
Rasulullah s.a.w bersabda: Ada tiga orang manusia yang diberi pahala dua kali: Pertama ialah seorang lelaki Ahli Kitab yang beriman kepada nabinya dan sempat hidup pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, lalu beriman kepadanya, mengikuti dan membenarkannya, nescaya dia mendapat dua pahala. Kedua ialah seorang hamba yang menunaikan kewajipannya terhadap Allah s.w.t dan kewajipannya terhadap tuannya, nescaya dia juga mendapat dua pahala. Ketiga ialah seseorang yang mempunyai hamba perempuan, dia memberinya makan dengan baik, mendidiknya dengan baik, lalu memerdekakannya serta mengahwininya, maka dia juga mendapat dua pahala..inss

MY KALAM HIKMAH KAA04

UcApAn SaLaM D SusULi DnG BeRsALAmAn
Bersalaman akan berlaku ketika bertemu iaitu selepas ucapan salam kemudia barulah di takkitkan dengan tangan.Pada zaman rasulallah swt : para sahabat ketika bertemu rasulallah swa mereka akan d beriknsalam dan mereka akan bersalaman .Dngan bersalaman juga akan mengalir keberkatan di antara satu sama lain.
"Sabda rasulallah swa: apabila bertemu dua org muslim dan mereka bersalaman.maka maha suci Allah swt dan Allah swt akan mengampun dosa-dosa mereka*sprt daun daunan yg gugur berguguran..inss

KeHiDuPaN
Hidup adalah satu penitian di antara bahagia dan derita.Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk mempelajari ilmu agama utk sumber kehidupan.Orang yang derita akan kecewaan kemudian sanggup Teruskan perjuangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam kehidupan,maka org e2 lebih berpengalaman dan kuat kesabaran memungkinkan hebat keimanan dlm menempuh cabaran..inss

CiNTaILaH MeReKa YaNg MeNcInTai KiTa LeBiH BaIk DaRi MeNcInTaI MeReKa YaNg KiTa CinTai...USaH TinGgaLkaN OraNg yaNg KiTa SaYang KeRaNa OraNg YaNg KiTa SuKa KeRaNa OraNg YaNg KiTa SuKa aKan TiNgGaLkaN KiTa UnTuK OraNg YaNg Dia SaYaNg!!! MeNgErTiLaH..

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :-1-Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.2-Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.5-Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).6-Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari..balqis602

Mencari seorang teman bagaikan mencari sebiji benih pokok dalam semak berduri… Bersedialah untuk dilukai, jangan mengalah untuk terus mencari… Andai sudah kau temui sayangilah ia sepenuh hati...

Berlumba lumba dalm ketaatan,akan membawa kpada kebaikkan dalam mentaati perintah Allah SWT,maka akan terhasilah kelebihan,kemulian ,keredaan dan kasih sayang. Sebaliknya jika belumba-lumba dalam perkara duniawi maka suma akan musnah dan tidak akan datang kecuali keburukan..inss

sesungguhnyer sebab musabab kita leka,lalai dalam ketaatan kepada Allah SWT dan lupa akhirat akan membawa kita kepada sifat-sifat bakil,hasat dengki,potong jalan orang lain,sombong,bongkak,zalim dan sebagainya..inss

Telah bekata sebahagian orang0orang yang soleh ,sesiapa yang berlumba-lumba dalam menegakan agama,maka agamanya akan menjaganya(islam)dan sesiapa yg belumbalumba dalam mengejar dunia maka dia akan lemas dlm lautannya..inss

Ibrahim Bin Ad-Ham (rahimahullah) berkata: “Para wali Allah selalu berpesan kepadaku apabila aku sedang bersama ahli dunia, hendaklah aku menasihati mereka dengan empat hal: “Barang siapa banyak berbicara, tidak akan merasakan kelazatan beribadah. Barangsiapa banyak tidurnya, takkan menemukan keberkatan dalam usianya. Barang siapa mengharapkan keredhaan dari manusia, jangan berharap akan memperoleh keredhaan Allah s.w.t . Dan barang siapa banyak bicara tentang apa yang bukan urusannya sendiri atau menggunjingkan orang lain, takkan keluar dari dunia ini dalam keadaan menyandang keislaman..kman yaakub

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan..kalam hikmah

SALAM DI DALAM ISLAM
ucapan salam ialah menghidupkan kehidupan syariat Allah SWT bagi tiap-tiap org muslimin dan merupakan kelebihan disisi Allah SWT.Firman Allah SWT mafhumya:maka apabila kamu memasuki rumah maka hendaklah kamu memberi salam kepada penghuniya.(surah Nur ayat 61)Sesungguhnya memberi salam adalah perkataan yang mulia yang mempunyai barakah dan Allah akan melimpahkan kbaikn yg bnyak untuk orang yang mengucapkn serta orang yang menjawapnya.famaka orang yang memberi islam akan mandapat pahala dan orang yang mendengar akan mendapat kebaikan..oleh yang demikian ucapan salam itu akan menjadikan satu pengharapan(doa)dan akan menghasilkan kebaikan,keamanan,ketenangan serta memperbaiki hati dan jiwa kita dalam kehidupan..inss

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:"Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur(Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)..putramanzmisr

Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:"Janganlah kamu banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah,kerana sesungguhnya itu mengakibatkan hati menjadi keras. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang berhati keras" (Riwayat Tarmizi)..putramanzmisr

Imam Ghazali mmbri bbrpe pnduan untuk mengelakkn skap tkbur yg ada dlm dri manusia, iaitu :1. Apabila bjumpa knak2, anggplh mereka lbh mulia dripada kita kerana knak2 blum dibebani dosa.2. Apabila bhdpan dengan org tua pula, anggplh mereka juga lbih mulia kerana mereka lbih lma beribadah dripada kita.3. Apabila bjumpa org alim, anggaplah dia lbih mulia kerana byknya ilmu didadanya.4. Apabila meliht org jahil anggplh mereka lbih mulia kerana bbuat dosa kerana kejahiln sedngkn kita dosa dalam keadaan mngetahuinya.5. Apabila bjmpa org jhat, jgn anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mgkin org jahat itu akn btaubat pada masa tuanya, sedngkn kita blum tahu bagaimna akhirnya kehidupn kita.6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya..kalam hikmah

Kedutaan dan perdana mentri serta media pertelevisian denmark berusaha menghentikan boikot yang menyebabkan kerugian hingga 2 miliar uero dan jika boikot ini diteruskan selama 7 bulan maka mereka akan menerima kerugian hingga 40 miliar uero.sebarkan untuk meninggikan harkat dan martabat kita supaya mereka mengetahui kehebatan agama kita..zam yie:Haji Dinnn

1. PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubu h) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih 2. Assalamualaikum Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki...... .. Baca, sebut lepas tu forward... Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda: 'Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha..suzie gurl

IsTeRii-to my sisters n my bestfrens..
Isteri cerdik yang solehah Penyejuk mata penawar hati penyejuk jiwa Di rumah ia isteri di jalanan kawan Di waktu kita buntu Dia penunjuk jalan Pandangan kita diperteguhkan Menjadikan kita tetap pendirian Ilmu yang diberi dapat disimpan, Kita lupa dia mengingatkan ,Nasihat kita dijadikan pakaian Silap kita dia betulkan Penghibur diwaktu kesunyian Terasa ramai bila bersamanya Dia umpama tongkat sibuta Bila tiada satu kehilangan ,Dia ibarat simpanan ilmu ,Semoga kekal untuk diwariskan ..

Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban Al-Hassan Al-Bashri..an_nizomie:kalam hikmah

Beruntunglah bagi mereka yang mempunyai ilmu,di mana ilmunya itu mendatangkan perasaan takut kepada Allah..puteri ammy

Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu".(Hadis riwayat Baihaqi)..puteri ammy

Demi Allah,jangan engkau percaya terhadap kata2 sebhgian lelaki.bhw mrka memandangmu krn akhlak dan adab,bcra dgnmu spt shbt..dan apbl bcinta dgnmu spt teman akrab.sbnrnye mrka bohong.jika engkau mdgr sndri pbualan mrka,psti engkau tkt dan ngeri,hny dtgn mu pintu sgl kebaikan.bkn dtgn kaum lelaki.(althantawi) ..puteri ammy

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna.Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian.Pencarian yang tidak berkesudahan.Maka jika mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah,janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADIyang soleh.Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh,solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan..balqis

Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..norazah dahlan: kalam hikmah

BeRsAlaMaN
Menghulurkan tangan kpd tangan saudaranye ketika berjumpa,bertemu dan berpisah.ia merupakan satu tanda takit dan tausik.bersalaman lelaki dengan lelaki ketika bertemu merupakan sunnah rasulallah swa.Oleh yg demikian bersalaman merupakan prkara yg sangat baik dan merupakan fitrah kecenderungan kpd jiwa yg bersih dan memuliakan di antara satu sama lain.sesungguhnya bersalaman juga akan membawa kpd kesempurnaan hubungan kasih sayang,kegembiraan dan boleh menghilangkan segala masalah serta memertabatkan syiar seorang muslim sejati..inss



Tuesday, July 1, 2008

MY KALAM HIKMAH KAA03

"HADIS NABAWI""HADIS NABAWI""
Cantiknya iman dan amal soleh:
Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud: "Ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih baik dari keduanya: Beriman kepada Allah. Memberi manfaat kepada muslimin. Dan ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari keduanya : Mensyirikkan Allah. Menyakiti kaum muslimin."

Dari Anas r.a., beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Allah swt. berfirman: 'Wahai anak Adam! Setiap kali engkau berdoa kepada-Ku, Aku akan tetap mengampunimu segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Hai anak Adam! Andaikata dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian kamu memohon ampunan kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu. Hai anak Adam! Andaikan engkau datang pada-Ku dengan membawa dosamu hampir sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemui-Ku, dengan tidak menyekutukan Aku dengan apapun, niscaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan hampir sepenuh bumi pula.'" [Diriwayatkan oleh Tirmizi, dengan mengatakan, "Hadis sahih..nur wahidah

Rasulullah s.a.w. bersabda.. "Tiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali tiga mata.. -Mata yang pernah MENANGIS kerana takutkan Allah s.w.t.. -Mata yang telah MEMEJAMKAN DIRI dari melihat benda yang diharamkan oleh Allah s.w.t.... -Mata yang pernah BERJAGA dalam jihad fisabilillah..manmasrie

Dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." - MATI ITU PASTI ..nur wahida

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat..nur wahida

Hadis Abu Zar r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Apakah amalan yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Beriman kepada Allah dan berjuang pada jalan-Nya. Aku bertanya: Hamba yang bagaimanakah paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Hamba yang paling baik menurut pemiliknya dan paling banyak harganya. Aku bertanya lagi: Bagaimana Jika aku tidak bekerja? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau boleh membantu orang yang bekerja atau bekerja untuk orang yang tidak memiliki pekerjaan. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku tidak mampu melakukan sebahagian dari amalan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah memberhentikan kejahatanmu terhadap orang lain kerana, hal itu merupakan sedekah darimu kepada dirimu. - Hadith dari Imam Muslim..kak chik fatimah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah .a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.. ZUE FARIDAH ZUE:kalam hikmah

Daripada Sha'adal bin Auf(R.A.H) Rasulullah(S.A.W) telah bersabda: Orang yang bijak ialah orang yang boleh menguasai dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah mati.. orang yang lemah ialah orang yang mengikut kehendak nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah.."-riwayat tarmizi,ahamad,hakim dan ibnu majah..balqish: put3 :kalam hikmah

SABDA RASULULLAH...'Sesiapa yang bercinta tetapi ia sembunyikan percintaannya dan ia menanggung degan menahan diri dan bersabar, maka diampunkan dosanya oleh ALLAH dan dimasukkan ke syurga...

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: * "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM ) * "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM ) * "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMI)..torfatulain

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya..Qhotadah bin numan

Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Tidaklah halal darah seorang muslim yang telah bersaksi bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah, kecuali satu di antara tiga perkara ini: Seorang yang telah kawin lalu berzina, seorang yang membunuh jiwa orang lain, dan orang yang meninggalkan agamanya lagi memisahkan diri dari jemaah..