Tuesday, May 12, 2009

Kalam berbisa 44

DOA 1:
Ya ALLAH sentuhlah hati sahabatku ini...saat dia jauh dariMU, peluklah hatinya...saat dia mencintai sesiapa lebih dariMU,peliharalah imannya selalu...jadikan dia hamba yang banyak berdoa,beristighfar dan nangis dihadapanMU agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu datang dariMU..yu_safiah

DOA 2:
Ya ALLAH..Permudahkanlah sahabatku ini menduduki imtihan duniaMu, jadikan debaran dijiwanya disebabkan risau jika gagal melamar ridhoMU, dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMU..terimalah airmatanya sebagi penyejuk kemurkaanMu, belailah jiwanya disaat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selainMu..zizoum_naim

DOA 3:
Ya Allah..Kau permudahkanlah pembelajaran temanku ini, agar dia bisa mencelup bjuta ilmuMU. KAU tenangkan mindanya, agar dia bkayuh di atas bumiMU sbaik yg mungkin, KAU sucikan hati dan fikirannya, agar dia bisa menghafaz ayat2 kitabMU, KAU jauhkan zahir dan batinnya dari maksiat, agar dia merasai btapa manisnya hidup bersama ILAHI. Salam imtihan,Bittaufiq wanNajah..kalam_hikmah

DOA 4:
Ya Allah,sahabatku buah hatiku,Mesra kami penawar duka,rindu kami menambah cinta,rajuk kami membuah ceria,Ya Allah,silaturrahim kami,ukhuwah fillah,bermusuh kami,Na'uzubillah,berpisah mati,InsyaAllah,Pengubat hati,doa Rabitah,Ya Allah,rahmati kami meniti usia,terpisah kami di alam nyata,temukan kami semula di taman syurga,insyaAllah..sitizuibadahbteramli

DOA 5:
Bismillahir rahmanir rahim.Alhamdulillahi robbil a'lamin.Ya Allah pemilik segala kekuasaan.Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati2 hambaMu yg kerdil ini berkumpul krn mengasihiMu,bertemu utk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu,hati2 ini telah mengikat janji setia utk mendaulat dan menyokong syari'atMu,maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini.Tunjukkanlah kpd hati2 ini akan jalanNya yang sebenar.Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yg tidak kunjung malap.Lapangkanlah hati2 ini dengan limpahan iman dan keyakinan.Ya Allah yg memiliki segala keagungan,anugerahkanlah kejayaan kpd kami&rakan2 kami di dunia&di akhirat.jangan ada antara kami yg sedihnya sendirian.Berkatilah ilmuMu kpd kami agr dpt dimanfaatkan ke jlnMu yg diredhoi..dhirar Ks

DOA 6:
Doaku untuk semua sahabatku :Ya Allah ya Tuhan kami,kami memohon kepada mu hidayah dan taufik atas usaha yg kami lakukan.Ya Allah ya Tuhan kami ampunilah semua dosa kesalan kami,tanamkanlah sifat iklas,iman,tawaduk,tawakal dan buangkan sifat-sifat yg buruk dlm hati kami.Ya Allah kami mohon pertolonganMu rahamat..fuyudhat..nafahat..futuhat..karomat dan najjahkanlah exam kami thn ini amenn yaaaa Rob..inss

Jalan kebahagiaan 43

Jalan kebahagiaan :
Jalan untuk kebahagiaan adalah bebaskan hatimu dari kebencian, bebaskan pikiranmu dari kekhawatiran. hiduplah dgn sedrhana, berikan yg banyak. isilah hidupmu dgn cinta. kerjakan sesuatu seperti kamu berharap org lain melakukan untukmu. (H.C. Mattern)..mahdee patani

Telah berkata Imam Syafie Rahimahullah: "Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya. Tidak semua orang yang engkau cintai mencintaimu, dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan jika cinta yang dibuat-buat..yasir Arabic

Sesuatu yg anda x perasan @ terfikir... 1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 3 . Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda. 5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 1 0. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.. puteri_ammy

Jika mereka sibuk mencari cinta,biarlah kita sibuk mencari iman.. jika mereka sibuk mencari pasangan,biarlah kita sibuk mencari keredhaan.jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis kerana mengenang dosa semalam.jika mereka cintakan kemanusiaan,biarlah kita cintakan tuhan.jika mereka mendambakan kehidupan duniawi,biarlah kita dambakan ukhrawi
puteri nadha has signed out..puteri nadha:

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : - Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, - Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, - Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, -..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..dhirar Ks

Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya. Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering bertandang..puteri_ammy

Lelaki Soleh 42

Lelaki Soleh :
Lelaki Soleh Bagaikan Mutiara indah berkilau nan mempersona. Keperibadiannya dihiasi dengan ketulusan, keinsafan, dan kesabaran, kedudukannya juga dimuliakan oleh Allah sebagai Khalifah. Lantaran Mereka mempunyai peranan dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Mindanya yg kreatif, hati nuraninya yg suci bersih serta budi pekertinya yg luhur mampu menunduk serta menewaskan hasutan nafsu dan tipu daya syaitan yg sentiasa menghasut kearah kehancuran dan kesesatan. Al-quran dan sunnah Rasul sentiasa tersemat dihatinya sebagai pelita kehidupan dalam mengharapkan keredhaan Allah SWT..Al_qurthubi

penuntut ilmu hidup di tengah-tengah 5 musuh! 1. Orang mukmin yang dengkikannya 2. Orang munafik yang bencikannya 3. Orang kafir yang mahu membunuhnya 4. Syaitan yang akan menyesatkannya 5. Dunia yang melalaikan..Nurul Firdaus

Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara.-U.Idris Ahmad : ..ZaccK_117

seseorang yg mengerti AL-QURAN dikenali waktu malamnya ketika org lain tidur dan waktu siangnya ketika org lain tidak berpuasa, sedihnya waktu orang lain ketawa, diamnya di waktu org lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga..seharusnya orang yg mngerti AL-QURAN itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah..(IBN MAS'UD)..raihan_3321: kalam_hikmah

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda “Hendaklah kamu memperbanyakkan mengingati mati”-Riwayat Tirmizi,An-Nasai dan disahkan oleh Ibn Hibban. -Nabi s.a.w bersabda, “Jika berdiri bulu roma seorang hamba kerana takut kepada Allah maka akan keguguran daripadanya dosa-dosa bagikan gugurnya daun dari pokok yg telah kering”-Riwayat Abu Syaikh dan Baihaqi. Keletihan>Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan system hidrasi semula..kalam_hikmah

Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya. Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering bertandang..dhirar Ks



Wanita Solehah 41

Wanita Solehah :
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..puteri_ammy

Ambillah waktu utk berfkir,itu adalah sumber kekuatan.... Ambillah waktu utk bermain itu adalah rahsia dr mse muda yg abadi... Ambillah wktu utk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.. Ambillah wktu utk bljr,itu adalah sumber kbijaksaan.. Ambillah wktu utk mncintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yg d berikn TUHAN.. Ambillah wktu utk bershbt,itu adalah jln mnuju kbahagiaan.. Ambillah wktu utk tertawa,itu adalah muzik yg mngetarkan hati... Ambillah wktu utk mmbri,itu adalh mmbuat hidup trse bererti... Ambillah wktu utk bkrja,itu adalah nilai keberkesanan.... Ambillah wktu utk beramal,itu adalah knci mnuju syurga... AMIN..puteraku

Waktu Keemasan:
Jangan sebokan diri kita dalam semua perkara ,pilihlah waktu yang selesa bagi kita untuk membaca , menghafal semua takrif dan fakta serta carilah satu masa untuk kita berdoa.Setiap detik yang berlalu dalam kesungguhan kita menuntut ilmu ibarat madu..inss

Dunia Sementara Akhiratlah Tempat Kita :
Kita memikirkan dan menguruskan perkara-perkara keduniaan bukan kerana untuk melekat atau menetap dengannya, tetapi untuk kita mudah meninggalkannya dan akhirnya fana daripadanya..Ramzi : inss

Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhahesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain..putera ku

UNTUK RENUNGAN BERSAMA:
jangan suka mendedah tubuh jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus. jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu. setia terhadap pasangan jadilah seperti pohon pisang. pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya. kecantikan dalaman jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong. durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri. jaga kesucian dalam pergaulan jadilah seperti sengkuang. walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih..puteri_ammy


Diam itu lebih baik Banyak orang berkata 40

Diam itu lebih baik Banyak orang berkata:
"Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi?" Aku katakan mereka, "Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila merupakan kebajikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat, harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menyalak."..elyamin_86

Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara d lautan, sesaat b'sedih kerana redha Allah adalah lbh mulia dr seharian b'sedih krn cinta manusia, sjnh wjh kerana wuduk yg sempurna adlh lbh b'cahaya dr kilauan segunung permata. sesuci hati kerana cinta Ilahi, itulah hakikat cinta abadi…AMIN..putera ku

Jika dirimu bakal seorang isteri… Terimalah bahawa anda bukanlah isteri yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal suamimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana isteri yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari suamimu… Bantulah suamimu atau isterimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia..puteri ammy

Kelebihan Hari Jumaat :
Pada hari jumaat akan dikurniakan seekor unta atau lembu atau kambing atau sebiji telur di masjid masjid.Barang siapa pergi ke masjid berpagi pagi dan beriktikaf akan mendapat unta dan sebagainya mengikut tahap kemampuannya.semua peluang itu akan di tutup apabila azan jumaat berkumandang.semua hadiah ini boleh di tuntut di akhirat nanti..inss

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-m impi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan...... ...." 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPANYA...puteri nadha

Hati hati dalam pertuturan kita 39

Hati hati dalam pertuturan kita :
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." -H.R. Muslim..inss

Take 60 seconds and give this a shot! Let's just see if Syaitan stops this one. All you do is: 1. Say: a- Subhaan-Allah b- Al-hamdu-Lillah c- Allaah-Hu-Akbar d- Laa- iIlaaha -iIlaa Allaah-Hu Muhammadur-Rasoolul lah e- Allaahumma Salli Alaa Sayyidina Muhammad wa Alaa Aalihi wa Sahabihi Wasallim 2. Then: Send it on to five other people or more ( If you want ). Within hours, five people have prayed and you caused a multitude of people to pray to Allah, and 3. Then: Sit back and watch the power of Allah work in your life for doing the thing that you know HE loves.. melie afza

"Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi).Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil Al-Ma'arij: 19-21.. kalam_hikmah

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman" -Ali-Imran, ayat: 139..nur_itqan

Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya. Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang rmaksudnya: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34).. sofila sofila

Firman Allah Taala "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AlQuran) yang diturunkan dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras dan kebanyakannya diantara mereka ialah orang-orang yang fasik" (AlHadid:16)-afifzahrah-

Kembali kepada Allah 38

Kembali kepada Allah :
Jika kalian berselisih tentang segala sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir, yang demikian ini lebih utama dan lebih baik akibatnya.’ (an-Nisa’: 59)..putera ku

Brgsiapa mati padahal dia tidak pernah berjihad @ tidak pun pernah berniat hndak berjihad, maka matilah dia spt jahiliah..Bukhari&muslim..puteri nadha

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka. (Hadith riwayat Muslim – no.6980)..dhirar Ks

Yahya bin Bakir telah menyampaikan kepada kami katanya: Ilias telah menyampaikan telah mnyampaikan kepada kami dpd Akil dpd Ibn Shihab dpd Arwah bin Zaid drpd Aishah UM katanya: Pertama kali diturunkan wahyu kpd Rasulullah dengan mimpi yg benar didlm tidurnya. Ia tidak bermimpi melainkan datang kpdnya spt cahaya subuh. Berikutan dengan itu ia suka membersihkan jiwa dan hati dan ia berasing diri di gua Hira'. maka disitu ia beribadat dgn agama hanifah, ia beribadat beberapa hari dan malam sebelum ia pulang kpd ahlinya. Kemudian ia disediakan makanan untuknya, kemudian kembali lagi kepada Khadijah,lalu disediakan pula makanan seumpamanya hingga datang kpdnya wahyu sedangkan ia dalam gua Hira'. (AlBukhori:sohih)-afifzahrah-

"Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah.Terserahlah kepada kamu samada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya."(HR Ahmad, al-Tarmidzi dan Ibn Majah)..kalam hikmah

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi..fezulf_ameral

"sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh ke dlm syurga yg mengalir dibawahny sungai-sungai. Dan org-org yg kafir itu brsenang-senang(di dunia) dan mereka makan spt makanny binatang-binatang. Dan neraka adalah tmpt tinggal mereka." (Surah Muhammad ayat-12)..nur_itqan

Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)-afif-

Ada seorang buta datang menghadap Rasululullah saw dan bertanya "Ya Rasulullah, saya tidak punya orang untuk membimbing saya untuk datang ke mesjid, apakah saya boleh tidak datang ke mesjid?" Rasulullah saw membolehkannya. Tetapi setelah orang buta itu hendak pulang Rasulullah saw bertanya "Apakah kamu mendengar azan?", "Ya" jawabnya "Kalau begitu datanglah kemesjid untuk solat berjemaah" (Muslim)-afif-




Sabda Rasulullah saw 37

Sabda Rasulullah saw "Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu" (Muslim)-afif-

Panduan Bagi Orang Yang Diuji Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.” Riwayat Ibn Abi Dunya :: menahan amarah, memaafkn org lain, dan berlaku ihsan.. moga2 menambahkn keimanan.. renung2kan..syahid_almisr

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 ....Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kepunyaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang bersih suci, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Riwayat Muslim & Tabrani)..zue_dsg87

Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)--afifzahrah--

Al-faruq Muhammad: Firman Allah Taala "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)-afifzahrah-

(luqman brkta): "Hai anakku, ssungghnya jika ada (ssuatu prbuatn) sberat biji sawi dan berada dlm batu atau di langit atau di dlm bumi, niscaya Allah akan mndatangknya (mmbalasinya). Ssungguhny Allah Maha Halus lg Maha Mengetahui. Surah Luqman ayat: 16..nur_itqan

Harith bin Hashim telah menanya Rasulullah saw, katanya: Hai Rasulullah, bagaimana datangnya wahyu kepada engkau? Maka Rasulullah menjawab: kadangkala datang kpdku seperti bunyi loceng, dan itulah yang sangat memeranjatkan aku, kemudian menjauhi ia dpd ku, hingga aku benar-benar sedar dan faham sesuatu yg disampaikan, dan kadangkala datang kepadaku seorg malaikat berupa lelaki lalu menyampaikan kepadaku, maka aku telitikan sesuatu yg disampaikan. Berkata Aisyah r.a.: demi Allah, sesungguhnya aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu pada hari yg bersangatan sejuk setelah ia lenyap dpd nya, maka mukanya berpancaran peluh. (AlBukhori:sohih)-..imam_azharii

Sabdakan oleh Rasulullah SAW 36

Sabdakan oleh Rasulullah SAW :
Barangsiapa melakukan dosa, maka akan tumbuh dalam hatinya setitik hitam. Jika ia bertobat, maka terkikislah titik hitam itu dari hatinya. Jika ia tidak bertobat, maka menyebarlah titik hitam itu sehingga seluruh hatinya menjadi hitam..inss

Daripada Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki." (Riwayat Bukhari) Para ulama hadith memberi dua pendapat kepada maksud "maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki" 1. Jika tidak malu, maka maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki, maka Allah akan memberi balasan ke atas setiap perbuatan, seperti di dalam Surah Fussilat ayat 40. 2. Jika perbuatan tersebut tidak memalukan sesiapa, tidak mendatangkan malu kepada diri sendiri, Allah atau Rasul atau orang lain, kerana perkara itu perkara baik, maka lakukan. Wallahu'alam.. puteri_ammy

Sabda Rasulullah saw "Saya sungguh telah meninggalkan sesuatu kepadamu yang apabila hal itu kau pegang teguh kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya" (AlHakim)..imam_azharii

Admin- Naib: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi Huraian : i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah. ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati.Walaupun seseorang itu melakukan dosa besar, kita mesti menyembunyikannnya kerana dia mungkin bertaubat dan taubatnya diterima Allah..mr_azurm

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila anak Adam - yakni manusia - meninggal dunia, maka putuslah amalannya - yakni tidak dapat menambah pahalanya lagi, melainkan dari tiga macam perkara, yaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang shalih yang suka mendoakan untuknya." (Riwayat Muslim)..imam_azharii82

Perupamaan Orang Baik Baik :
Sabda Nabi SAW : Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat..inss

Rasulullah bersabda yg brmaksud, "Sesiapa yg berdoa bg saudara Islamny tanpa pngetahuan saudarany itu, maka malaikat yg dtugaskn utk itu akan brkata: "Amin", dan engkau pula akn beroleh seperti itu juga." (Riwayat Abu ad-Darda Radhiallahu Anhu)..nur_itqan:

Tiada kerehatan bagi Mukmin melainkan dengan bertemu Allah..Usah tangguhkan kebaikkan kerana Allah tidak pernah melewatkan kematian...Hidup ini Perjuangan dan Perjuangan memerlukan Pengorbanan...nur_itqan

Saturday, April 25, 2009

Umat Akhir Zaman 35

Umat Akhir Zaman :
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan islam akan di cabut daripada mereka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-makruf dan nahi-’anil-munkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain, mereka akan gugur daripada pandangan Allah s.w.t ( riwayat Tirmizi)..inss

Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur’an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebiak-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnyaadalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.
(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan)..nur itqan

Baginda Rasulullah melarang rakus dan berlebih-lebihan dalam mencari dunia, sambil bersabda:
" Ingatlah wahai manusia, berhati-hatilah dalam mencari dunia, sesungguhnya seseorang tidak akan dapat melainkan apa yang telah dicatat untuknya dan tidak akan mati sebelum mendapatkan bahagian dunia yang telah ditentukan untuknya..putera ku

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya.Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya diterima Allah dan Rasul-Nya dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan duniawi, ia mendapat apa dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang diniatkannya.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..inss

Hatimu akan merasakan manisnya takdir tuhan jika engkau mencintai-Nya..engkau akan mencintai-Nya jika engkau mengenal-Nya..semakin tinggi pengenalanmu terhadap tuhan semakin tinggi pula darjatmu dan semakin terase agung ketentuan-Nya bagimu..DIA sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri, kerana itulah dikatakan orang yang paling mencintai ALLAH adalah orang yang paling mengenali-Nya..~imam al hakim al tarmizi~ ..SsAs88 HaShIm

Firman Allah swt bermaksud:
Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwaraga mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya disisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya.(Surah at-Taubah, ayat 20)..inss

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka..nikman nasir

Nasehat :
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.(Al-‘Imran: 92)..inss

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu. Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1406 "Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir) "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir) ..BP Us Rasul Amat: Uzir 86

Kekuatan Akal Atau Nafsu 34

Kekuatan Akal Atau Nafsu :
Para ahli makrifat berkata : Hawa akan selalu menemani orang yang lemah akalnya.Semakin sempurna akal seseorang,semakin lemah hawanya.Jika hawa seseorang lemah,ia akan membenci kejahatan,perdebatan,perbuatan yang tidak bermanfaat dan usaha menyelidiki aib orang lain.Ia akan menyukai urusan-urusan yang benar,mengerjakan segala sesuatu yang bermanfaat, melakukan ketaatan dengan ikhlas dan menyayangi makhluk,sebab ia mengetahui bahwa tunduk pada qodho dan dikuasai oleh takdir.Sedangkan orang yang lemah akalnya akan senang melakukan perbuatan yang rendah,mencampuri urusan orang dan seringkali melakukan perbuatan yang tidak ada manfaatnya.Kamu akan melihat orang ini suka marah, bertentangan dan bertengkar dengan orang lain..Muhajirih Ahmad : inss

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk: 1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar. 2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus. 3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan. 4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat.. 5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri..puteri nadha:

Jalan untuk dicintai orang yang dicintai: Dari Usman ra yang bermaksud : "Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum muslimin maka dia akan dicintai oleh mereka..puteri ammy

kakImanmansurah: Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhah : Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal..kalam hikmah

Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri... Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayati la pemberian dr ALLAH S,W,T..kakImanmansurah: kalam hikmah.

PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI :Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal. Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka lakukan. Ini semua akan merosakkan agama..puteri nadha

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?" Beliau menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan aku berangkat dari dunia ini..ibnuahmad_smuk88

Suatu ketika Umar al -Khattab ra dn beberapa orng shbt mlihat seorng wanita mndukung seorang lelaki tua.Lalu beliau pun bertanya,"kamu buat apa ni?".Jawab wanita itu,"yang kudukung ini adalah ayahku.Dia sudah nyanyuk dan mahu bermain denganku".Umar al-Khatab ra sangat teruja dn mmberitahu para shbt bhw wanita itu tlh menunaikan hak ayahnya ke atas dirinya.Lalu wanita itu membalas,"Tidak ya Amirul Mukinin!Aku belum lagi menunaikan hak ayahku ke atas diriku.Semasa dia menjagaku ketika kecil,dia mendoakan panjang umurku.Tetapi semasa kumenjaganya ketika dia dah tua, kutertanya-tanya,bilakh ayhku kan mati..."

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."Ibn Mas'ud r.a..wani sazuwani wani:

Masa Dan Kelapangan Waktu 33

Masa Dan Kelapangan Waktu:
Kesihatan dan keharmonian yang Allah berikan kepada kita sementara, bukan untuk kita santai dan leka serta bersuka - suka.Kesemuanya itu sebenarnya isyarat kepada kita supaya kita bermujahadah bersungguh sungguh untuk mencari keredaanNya, mengenalNya dan menghambakan diri sepenuh ikhlas dan takwa..inss

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.... Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...mahdee patani

Wasiat Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna 2) Wahai kawanku, bacalah al-Qur'an dan cuba perhatikan mesejnya.Selalulah berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada kita. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman, di sini ada kedamaian, di sini ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera..exco kebajikan

Janganlah brputus asa dalam mencari ilmu bila ilmu yg dicari tidak mahu masuk ke dalam sanubari, tapi brsabarlah, kerana air yang lembut itu apabila menitis ke atas sebiji batu besar secara brterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk..nur itqan

JiKa KaMu mnCINTAI seseORG,BeBaSKanLaH Dia..JiKa Dia KeMBali kpd KaMu,MaKa DIA adalah MILIK KaMu..JiKa KaMu MaHu BLaJar b'diKaRi,KaMu HaRuS BLaJar mMAAFKAN n MeLuPaKan MaSa LaLu yg BURUK serta keDUKAAN HaTi KaMu..sesungguhnya ALLAH MAHA Mengetahui..exco kebajikan

Ingat Dan Mengingati :
Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan sesama insan dan makhluk duniawiyah ini, hendaklah kita ingat juga akan kehidupan penghuni-penghuni kubur dan penduduk-penduduk barzakh, kerana kita juga akan bersama dan bakal bergabung menduduki alam yang kekal abadi..inss

Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita..pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan..-Saidina Abu Bakar R.A...Mohd Azamuddin

Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan: Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak..ZaccK_117

Perbaikilah Diri Kita Selalu :
Jika seorang hamba tidak suka dengan salah satu perilakunya dan menyadari keburukan dirinya, maka hendaklah dia memohon kepada Allah supaya Allah memperbaiki keburukan dan kejahatannya dengan berkat rahmat-Nya. Sebab pengaruh doa sangatlah nyata dan kuat. Imam Malik bin Anas rhm berkata, "Bukanlah termasuk sunnah jika kamu mendebat sunnah, tapi sampaikanlah sunnah itu. Jika sunnah yang kamu sampaikan tidak diterima, maka diamlah..Muhajirih Ahmad


Ketaquaan Dan Ketelusan 32

Ketaquaan Dan Ketelusan :
KETAQWAAN yang tinggi itu dapat menundukkan KESOMBONGAN dan KEKUFURUN. Kita tidak akan disoal tentang KEKUFURAN yang ada pada orang lain tetapi kita akan disoal tentang KEKUFURAN yang ada pada setiap sel dalam diri kita. KESOMBONGAN adalah sifat syaitan MERASAKAN DIRINYA LEBIH BAIK daripada makhluk Allah yang lain, oleh itu sentiasalah AWASI hatimu supaya kosong daripada BENIH yang bahaya ini supaya kamu tidak dilaknat oleh Allah s.w.t..Hamba66

Sentiasalah Mengingati Allah :
Allah telah memuliakan engkau dengan kehormatan ,kemuliaa dan kebesaran.Hendaklah engkau berzikir padanya. Niscaya dengan zikir itulah menjadikan engkau terkenal disisi Allah, kerana Allah sendiri yang menisbahkan zikir itu kepadamu, Maka dengan demikianlah Allah telah menyempurnakan dan melengkapi nikmatNya kepada mu..along

Kehebatan Ilmu :
Ilmu merupakan pemberian Tuhan yang khusus diberikan kepada manusia selain daripada berbagai sifat yang juga diberi kepada malaikat, jin, syaitan, haiwan, alam dan benda. Dengan ilmu, Allah SWT memberi kemuliaan kepada Nabi Adam AS sehingga Allah SWT memerintahkan kepada semua malaikat agar bersujud kepada Nabi Adam AS..Muhajirih Ahmad

Berlaku JUJURlah, meskipun kejujuran itu membahayakan kamu didunia..kerana sesungguhnya kejujuran itu akan bermanfaat bagimu di akhirat..Dan janganlah engkau BERDUSTA, meskipun dusta itu bermanfaat bagimu di dunia, kerana sesungguhnya dusta itu akan membahayakan kamu di akhirat kelak.." (wasiat Rasulullah S.A.W kepada Saidina Ali)..nur itqan

tiada kerehatan bagi mukmin melainkan dengan bertemu Allah..usah tangguhkan kebaikan kerana Allah..kerana Allah tidak pernah melewatkan kematian..hidup ini perjuangan dan perjuangan memerlukan pengorbanan..nur itqan: ..

Iklas kerana Allah :
IKHLAS itu maknanya BUAT KERANA ALLAH. Ianya adalah RAHSIA DALAM RAHSIA ALLAH dan hanya diberikan pada orang yang DIA cinta. Untuk mendapatkan CINTA ALLAH kita kena ikut SUNNAH RASULULLAH S.A.W dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar2nya sehingga nafsu kita sampai ke MAQAM REDHO yang mana orang itu dapat memahami lakuan Allah dengan SIR. Jangan pedulikan apa ORANG-ORANG nak kata, kita BUAT dulu walaupun pada mulanya kita buat kerana SELAIN ALLAH, PEKAKKAN TELINGA, BUTAKAN MATA, BISUKAN MULUT DAN BATUKAN ANGGOTA teruskan bermujahadah sehingga dapat jemputan dari ALLAH untuk masuk ke dalam JEMAAH PARA AULIYA'NYA yang berjumlah 856 orang pada setiap satu masa..Pakleman

Kaedah dan acuan islam :
Langkah awal untuk penegakkan masyarakat Islam adalah dengan pembentukan rumah tangga yang betul-betul Islamic. Kita berkewajiban menyampaikan Islam kepada
keluarga, istri, anak-anak, dan kemudian kaum kerabat dan handai taulan. Ini-lah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di dalam permulaan dakwah baginda..inss

Apabila kita disakiti, Janganlah kita bersedih, Dalam perasaan bersedih itu, Mesti ada terselitnya hikmah. Hati kita umpama kaca, Rapuh dan keras, Maka semailah hati kita, Dengan iman dan taqwa. Keimanan menguatkan hati kita, Mengatasi segala kesedihan, Apabila nikmat iman dan ketaqwaan, Memberikan kita kemanisan tak terhingga..yamin mohd

Friday, March 13, 2009

Antara Kebaikan Dan Keburukan 31

Antara Kebaikan Dan Keburukan :
Semua manusia berhajat kepada Allah.Akan tertapi manusia itu tidak mengetahui di manakah baik .jika manusia mengetahui kebaikan dan mengetahui perkara gaib pasti manusia akan memiliki semua kebaikan dan menjahui semua keburukan. Jika manusia telah mengetahuinya pasti mereka tidak akan menuntut sesuatu selain daripada Allah..inss

Rakyat yang berilmu:
Tuntutlah ilmu dari mahdi hingga ke lahdi.Belajarlah! tiada bayi yang baru lahir terus menjadi ilmuan dan tidak sama di antara orang yang berilmu dengan orang jahil. Sebesar apapun sebuah negara, akan lebih kuat bila penduduknya berilmu. Sesungguhnya negara itu menjadi besar dimata dunia ,menjadi agung di antara yang teragung, jika dibandingkan dengan umurnya negara-negara yang lain..inss

Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinknnya. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai, tetapi bila hati itu telah mati, dengan mudahnya dapat dipengaruhi, itulh perumpamaan jiwa-jiwa insan, mudah leka, lupa dan alpa. Sedarlah dan sama-sama kita saling ingat mengingtkan, Semoga hati kita dipelihara dan trpelihara. Amin..ibnuahmad smuk88

Sufi:
selangkah tirai kasihmu ku buka, engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada kasih.. Sufi kau rela pilih derita di dunia, biar rebah di hina kau tak berubah.. Kau menguasai selautan yang tersembunyi di genggaman, nafi dan isbat kau sandingkan sebagai tali pegangan.. Sufi kau hilang di pandangan, ada di dalam kenikmatan, engkau dan dia pasti tidak akan terpisah.. Andai tertutup tirai sufi, yang terang tidak nampak terang, inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan.. Inginku tempuh titianmu, dari kekasih ke kekasih, pengabdianku bersamamu kasih, biar rebah di hina kau tak berubah..fahmi amiey

Pendek kata :
Semua perkataan yang diucapkan menerusi lisan atau perbuatan, pemikiran dan idea yang dihasilkan oleh akal adalah ungkapan yang sumbernya daripada hati. Kerana itu hati yang sihat adalah hati yang boleh dan mampu mengendalikan segala-galanya berdasarkan hukum dan ketetapan Allah dan Rasul-Nya. Hati yang sihat juga tidak akan mengungkapkan sesuatu sehingga datang perintah Allah. Firman Allah: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendahului (untuk menetapkan sesuatu perkataan dan perbuatan) sebelum (datang) keputusan) Allah dan Rasul-Nya mengenai hal-hal berkena-an..inss

Taufik :
Seserang yang memperolehi hidayah dia akan memperolehi taufik, sesuai dengan keinginan yang dirancangkan bertetapan dengan ketentuan Allah SWT dalam kehidupan.Jika seseorang yang tidak mempunyai taufik maka perupamaanya seperti seorang yang menuju ke satu tempat untuk mendapatkan keuntungan,akan tetapi setelah ia sampai ke tempat itu dia hanya mengalami kegagalan..inss


AcuaN emas 30


Pesan pada diri.. jangan tersalah memberi hati.. pada insan yang x sudi.. pada insan yang x mengerti.. kerana..sekali kau memberi selamanya dia dihati kerana..sekali kau dilukai.. sampai mati tetap kau ingati.. pesan lagi pada diri.. hati2lah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tau menghargai.. betapa tingginya nilai sekping HATI... Ya ALLAH, seandainya telah Kau catatkan insan milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku.. Titipkan kebahagiaan agar kemesraan itu abadi.. Seiringkanlah kami melayari hidup ke tepian sejahtera.. Maka, kurniakanlah daku insan yang beriman & bertaqwa agar aku & dirinya sama2 dpt membina keharmonian hidup ke jalan yang Kau redhoi.. Ameen ya Rabb..AcuaN emas

Firman Allah Taala "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AlQuran) yang diturunkan dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras dan kebanyakannya diantara mereka ialah orang-orang yang fasik" (AlHadid:16)..afifzahrah

HATI YANG SELAMAT:
Hati yang selamat daripada segala bentuk nafsu dan syahwat yang sentiasa menentang perintah Allah SWT, ia juga hati yang selamat daripada pelbagai bahaya, selamat daripada penyembahan dan pengabdian kepada, selain Allah, selamat daripada mencipta dan membuat undang-undang yang bukan ditetapkan oleh Rasulullah..inss

Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya, nescaya diperlihatkanNya kekurangan-kekurangan, kecelaan diri hamba itu. Sesiapa yang penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu. Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu, nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya. Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri. (Petikan dari Kitab Ihya Ulumuddin)..ZaccK 117

Ingat Allah,Allah akan ingat kita :
Dengan mengingati Allah hati kita menjadi tenang.kejujuran hati ,ketelusan murni membawa kita menjadi kekasih Ilahi.Seseorang yang menjadi pemandu jalanan tidak akan membohongi rombonganya dan tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih tinggi gajinya selain mengingati Allah maka ganjaranya syurga..inss


Manusia Terdiri Daripada Roh Akal Dan Jasat 29


Manusia Terdiri Daripada Roh Akal Dan Jasat:
Ada tiga unsur dalam diri manusia iaitu: roh, akal, dan jasad. Kemulian manusia dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain.Roh yang dinisbahkan kepada Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Quran yang bermaksud : "Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud" ayat 29 surah al-Hijr..inss

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya 1:wajah yang cantik 2 duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nenyak tanpa ganguan.. senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat..nur izzaty

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI..bie capris

Cinta itu perlu diikuti dengan rasa tanggungjawab...Jika pelajaran pun kamu masih tak mampu nak handle, kamu masih belum layak nak mentadbir cinta...Insan yang sejati akan membuang rasa cinta itu... Sekarang usahalah untuk kekal dan teguhkan cinta padaNYA dulu dan buat persiapan supaya benar2 sedia untuk menanggung tanggungjawab cinta insan yg kamu sayangi..puteri nadha

Imajinasi 28

Imajinasi:
Gelombang fikiran ditamsilkan sebagai gelombang minda. Fikiran adalah minda, manakala buah fikiran adalah idea (ilham) yang terhasil dari minda.Takutlah kamu akan firasat orang mukmin kerana mereka mengetahui apa yang terlintas dalam benak fikiranmu dan kasyaf pula terbahagi kepada dua iaitu pertama para wali wali Allah dan yang kedua ialah kasyaf daripada jin dan syaitan..inss

Cermin Diri
Bersahabat dengan teman yang baik baik kerana teman yang baik akan mencerminkan kehidupan kita.Jika kita tersilap dalam sesuatu,maka hulurkan kemaafan terlebih dahulu.Bersahabatlah dengan penuh keiklasan dan jangan bersahabat kerana kepentingan.sahabat yang baik membawa nilai tanggungjawab yang penuh dengan kemanisan..inssyaAllah

CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN.JIKA KAU TIDAK TEMUI,CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT.JIKA KAU TIDAK TEMUI CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI.JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA,BERDOALAH KEPADA ALLAH,PINTA HATI YANG BARU..imam azharii8203

Kata Ibnu Qayyim - 10 jenis tangis.. 1- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati 2- Menangis kerana takut 3- Menangis kerana cinta 4- Menangis kerana gembira 5- Menangis kerana menghadapi penderitaan 6- Menangis kerana terlalu sedih 7- Menangis kerana hina dan lemah 8- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang 9- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis 10- Menangis orang munafik yakni pura pura menangis..yu safiah96

Sesungguhnya iblis itu b'diri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu....Iblis yg dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama , Nafsu menyuruhmu b'buat maksiat, keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat, Dunia menyerumu b'buat dosa, Allah menyerumu ke arah Syurga dan Keampunan-Nya....Siapa yg menyahut seruan iblis t'keluarlah agamanya, Siapa yg menyahut seruan nafsu t'keluar rohnya (roh kemanusiaan), Siapa yg menyahut seruan syahwat t'keluar akalnya, Siapa yg menyahut seruan anggota (dlm melakukan dosa) t'keluarlah Syurganya, Siapa yg menyahut seruan Allah,t'keluarlah kejahatannya dan m'perolehi segala kebaikan :insyaAllah..Uzir 86

ABU LAITS berkata: "awaslah kamu dr ketawa brlebih-lebihan,krn ketawa mngandungi 8 bahaya 1-tercela oleh ulama & org yg sopan smpurna akal. 2-mmberanikan org bodoh kpdmu. 3-jika engkau bodoh nescaya brtambah kebodohanmu,& bila engkau alim brkurang ilmumu krn ada riwayat: seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya. 4-melupakan dosa2 yg lampau. 5-mmberanikan mmbuat dosa d masa dpan,sbb bila ketawa terbahak2 mmbekukan hati. 6-melupakan mati & akhirat. 7-engkau mnanggung dosa org yg ketawa krn ketawa mu. 8-ketawa terbahak2 mnyebabkan byk mnangis d akhirat.JADI KURANGKAN KETAWA BERLEBIH2HAN IA MENYEBABKAN HITAMNYA HATI KITA..abduh alami

Jodoh Tetap jodoh 27

Jodoh Tetap jodoh :
Manusia mempunyai berbagai watak dan pandangan. Mereka memandang dengan pandangan mata dan perasaan.Walaupun apa yg kita buat tidak menyalahi hukum Tuhan tetapi mereka tetap memberi comen.Tinggalkan comen mereka dan laksanakan urusan kita.Yang penting ilmu penuh didada,beriman,beramal dengan penuh keikhlas.Kata orang muda tanggungjawab mematangkan usia..inss

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 5:29 PM 2/18 Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak..imam azharii

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau TERtidur lain cerita. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia, kalau memang kita bersalah. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula..mahdee barber

Cahaya Hati :
Sesungguhnya iman itu mula muncul di dalam hati sebagai sinar putih, lalu membesar, hingga seluruh hati menjadi putih. Sedangkan nifaq itu mula muncul di dalam hati seperti noda-noda hitam, lalu menyebar, hingga seluruh hati menjadi hitam..inss

Perumpamaan Hati yang disaluti Iman Atau Nifaq:
Perumpamaan iman yang meliputinya seperti batang tumbuhan yang disirami air . Sedangkan perumpamaan nifaq seperti setumpuk kudis yang diselaputi nanah dan darah busuk. Maka yang mana di antara keduanya berkuasa, kesitulah hati akan tertarik..inss


Thursday, February 26, 2009

Hati yang disaluti Iman 26

Hati yang disaluti Iman:
Iman adalah mutiara yang tak ternilai harganya, dengan keimananlah hidup seseorang menjadi sangat berharga dan bahagia,Sesungguhnya keimanan juga dapat mendidik seluruh tingkah laku manusia , karena ia merupakan motor penggerak jiwa. Dari hatilah manusia dapat dinilai baik buruknya kita..inss

Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..Najib

Dalam tazkirah Umar RA kepada tentera Islam yang akan berangkat ke medan Qadisiyah, Parsi, beliau telah menegaskan: “Aku lebih bimbangkan dosa yang dilakukan oleh tentera Islam sendiri daripada kekuatan tentera musuh. Hakikatnya, kita dimenangkan atas mereka kerana dosa yang mereka lakukan. Tetapi sekiranya kita turut berdosa seperti mereka, aku khuatir Allah tidak akan membantu kita..abdikhalisah mukhlisah : mr azurm

Tuntut ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukanlah ilmu itu, apa yg dihafaz semata-mata maka, sekiranya kamu ingin mempelajari sesuatu, maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu..nur itqan

Sesiapa mencintai allah pasti sunyi dengan manusia.di tengah keramaian dia rasa keseorangan...saat ksukaan dia berduka,jika orang tertawa dia menangis,jasadnya dengan manusia,beertinya keapada Allah."ketennagan dan kebahagian adalah hembusan dari langit,di turunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman,mereka akan tetap berhati teguh,di kala insan lain mengalami kegoncangan..Ab.karim ab.razak

Kunci kebahagiaan dunia adalah ilmu, kunci kebahagiaan akhirat adalah ilmu, kunci kebahagiaan dunia dan akhirat adalah ilmu" -Imam syafi’i (muhammad bin idris) rahimahullah. mereka mencari kebahagiaan dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu. Hiburan kamu adalah ujian Allah, kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruji hawa nafsu. Tahanlah lidahmu dari dusta dan umpatan kerana ia menghancurkan amalan kamu sekelip mata bagaikan letupan yang menghancurkan gunung. Berhati-hatilah dalam perjalanan ini, hanya mereka yang berilmu dan beramal serta mengalirkan air mata darah akan tersenyum di alam yang kekal abadi..Abd Halim


Semangat 25

Semangat :
Semangat akan tercetus dari penghayatan,semangat juga mempengaruhi tindakan dan kelakuan.semangat juga mempengaruhi otak dan fikiran.Semangat juga dapat melahirkan idea yang cemerlang.Dengan adanya semangat kita boleh bertambah kekuatan..inssyAllah

Jangan Tersilap Memilih Kawan :
Pergaulan mempengaruhi perwatakan .Pergaulan juga membuka minda dan melahirkan otak yang terbuka.Pergaulan juga mencetuskan perbezaan antara manusia .Pergaulan menambah kematangan dan membentuk Kekuatan.Maka Pergaulan juga perlu kepada batasan .Oleh itu carilah teman yang tinggi akhlak dan budi perketi untuk begaul mesra supaya kita menjadi orang yang berguna..inss

Keinsafan Hakiki :
Hendaklah kamu sentiasa dengan Istighfar kerana Ia merupakan sekukuh-kukuh perisai daripada bala dan maksiat ::Imam Junaid al-Baghdadi..inss

Bergunung mana pun harta, bukanlah kaya namanya, jika miskin budi bahasa..Segagah mana pun diri, bukanlah namanya pahlawan, jika nafsu tidak dapat di lawan..Secantik mana pun rupa nan ayu, bukanlah namanya ratu, jika buruk tingkahlaku..Setinggi mana pun darjatnya, bukanlah namanya mulia, jika tiada iman di dada..Melangit mana pun ilmu, bukanlah namanya bijaksana, jika tidak diamal & diguna..Sealim mana pun warak, bukanlah namanya ulama', jika takbur & riak..nikman nasir

Barangsiapa meninggalkan ucapan yang tidak perlu, maka dia akan diberi hikmah. Barangsiapa meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, maka dia akan diberi kekhusyu'kan dalam hati. Barangsiapa meninggalkan makan yang berlebihan, maka dia diberi kenikmatan beribadah Barangsiapa meninggalkan tertawa yang berlebihan, maka dia akan diberi kewibawaan. Barangsiapa meninggalkan cinta duniawi, maka dia akan diberi kecintaan kepada akhirat..Uzir

seekor burung telah jatuh cinta dgn mawar putih, satu hari burung melamar mawar putih, mawar putih ckp bile dia tukar warna merah baru die trima burung, burung pom trus lukakan badannyer dan kenakn darah pd mawar putih, mawar putih bertukar jd merah dan tekah jatuh cinta pd burung itu,tapi sayang burung itu sudah tiada lg krna luka yg parah.inilah cinta..hargailah org yg menyanyangi kite sblom ia pergi slamanyer..sitizuibadahbteramli

Mari mengikut islam 24

Mari mengikut islam:
Al Quran yang agung dapat menjawap semua persoalah dalam kehidupan dan menjadi pertunjuk kepada semua manusia bahkan Al Quran juga menceritakan zaman silam dan dan akan datang.Al Quran juga di terima pakai oleh segenap jurusan dan kekal kedudukannya sepanjang zaman..inss

Wanita seperti sungai. Kalau dia tetap tinggal dirumahnya maka seluruh masalah berjalan dengan wajar seperti halnya alur sungai. Jika dia keluar meninggalkan rumahnya maka dia seperti air sungai yang meninggalkan alurnya dan mengancam kerosakan..lokman yaakub

Ketenteraman, kedamaian dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh orang-orang yang berbahagia itu akan selalu dianugerahkan kepada yang mendakap mesra keimanan dalam dadanya. Bahkan dengan ketenangan dan sakinah itu imannya akan makin bertambah dan makin kukuh..lokman yaakub

Tidak dinamakan hidup jika tiada dugaan,tidak dinamakan ujian jika tidak terasa getirnya,namun begitu usahlah mengeluh kerana setiap percaturan Allah itu ,tersimpan 1001 rahsia yang tidak mampu disingkap manusia.Apa yang pasti kita tetap hamba ciptaanNYA.Selagimana kita diberikan peluang untuk bernafas jangan sesekali biarkan ia berlalu tanpa mengingati Allah..sitizuibadahbteramli

Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut.Bukti keberkatan itu adalah bilamana seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Maka,berhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui jalan kebenaran.Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek..nur itqan

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..nikman nasir

Saturday, January 31, 2009

Bersatu Berjuang 23

Rindu :
Kerinduan abadi membawa cinta sejati.Di saat kepergian musim haji kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati .Kerinduan yang penuh bererti ,menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ini.Apabila kerinduan itu menjelma suasana akan terasa perbezaanya.Hanya selawat dan salam untuk junjungan pada rasul saw kiter ucapkan..inss


Berfikiran Terbuka:
Berfikiran terbuka,kita menggunakan pertimbangan akal untuk menyelidik malumat dan pengkhabaran yang di cetuskan.Bukan terus menerus menerima sahaja tampa mengkaji benar ataupun tidak.Kebanyakan orang kita di sebelah sana mereka membutakan mata menutupkan telinga dan menerima sebulat suara apa yang di sampaikan.Sebenarnya kita yang bergelar siswa/wi perlu berfikiran panjang dan mendengar seluas luasnya malumat kemudian barulah membuat keputusan.orang yang bijak suka mengkaji dan orang yang di jijak seperti lembu di heretkan tali..inss


Kekuatan Hirah:
Permulaan hijrah mengungkap seribu rahsia.seribu ajinda,seribu acuan yang melengkapi seluruh aspek kehidupan.Permulaan hijrah juga merupakan pergerakan islamic menyeluruh dalam masyarakat kita.Dengan tema yang diagung agungkan hijrah juga dapat memperbaharukan sistematik falsafah kehidupan.Firman Allah swt :Barang siapa yang berhijrah di jalan Allah,nescaya mereka dapati di muka bumi ini rezeki banyak dan barangsiapa yang keluar daripada rumahnya dengan maksud untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul,kemudia mereka mati sebelum sampai tempat tujuan,maka telah di tetapkan ganjaran disisi Allah,dan bahawa Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang..Tembaga


Nik'mat Allah :
Nikmat tidak terhitung .Nikmat yang terbesar ialah nikmat iman dan islam.Kita perlu sedar bahawa kita telah di lahirkan dalam agama islam.Bagai manakah jika kita di lahirkan dalam keadaan kita bukan islam.Kebanyakan mereka yang memeluk islam mereka mengatakan jika tidak kenal maka tidak cinta..inss


Bersatu Berjuang :
Pendakwah itu penyeru ummah .Perjuangan perlu kepada jamaah.Pendakwah juga penyebab kebangkitan ummah.Perjuangan juga membela kedamaian.Perjuangan juga adalah perlaksanaan kata kata.Dalam perjuangan perlu ada keiklasan,kesetiaan dan semangat yang tidah pernah padam..inss


Kebebasan :
Kebebasan Dalam kehidupan membawa makna yang cukup sempurna,Kebebasan juga bermakna memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan .Kebebasan juga bukanlah bermakna kita bebas berbuat sesuka hati dan jika kita memberi kebebasan bermakna kita memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawap atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.Setiap insan yang memahami makna kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta sejati..inss


Bahaya Asobiah 22

Kekuatan Doa :
Doa adalah senjata kepada kita.Doa juga membawa kita sentiasa tenang,aman dan tenteram.Doa yang penuh keyakinan dan imaginasi yang tinggi serta fokus minda yang sempurna bahkan menembusi hakikat dan makrifat akan di terima Tuhan.Doa yang baik akan menghasilkan yang positif..inss


Sesuatu yg diimpikan x selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yg x diduga seringkali berlaku dgn tiba2. Biarlah kita menangis hari ini krn kesakitan smlm. Tapi usah kita ketawa memanjang krn kemenangan yg belum pasti utk selamanya. Tiada abid yg ma’sum tanpa dosa…apalagi bila berjiwa muda. Namun, kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan. Tetapi mengingatkan tentang kemenangan yg masih tertunda. Mungkin hari ini kita kuat dan selesa. Tapi x mustahil esok kita pula rebah x berdaya. Salam mujahadah…kuatkan hati wahai pejuang Allah..fahmi amiey


Berhutang :
Berhutang atau berbuat hutang sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri dan membawa kesempitan hidup sepanjang hayat.Orang yang berhutang mudah berbohang,berdalih,berbohang.Orang yang berhutang juga kadang kala dipukul orang.jangan bermain main dengan hutang kerna hutang juga boleh mengurangkan kasih sayang.Hutang orang roh melayang,hutang budi di bawa mati..inss

Bahaya Asobiah :
Jangan menyeru kepada asobiah,jangan berperang atas asobiah ,Jangan mati dalam asobiah.Sesiapa yang berada di bawah asobiah maka berhati hatilah dengan kekaburan asobiah.Sesungguhnya asobiah juga boleh melahirkan fitnah dan berkemungkinan besar,batasan malumat akan menjadi mendung dan boleh membawa seseorang dalam kejahilan..inss


Hijrah Gemilang Rakyat Cemerlang :
Trajidi yang telah di cetuskan oleh Rasullah saw untuk membi empayar islam adalah berdasarkan wahyu dan stratigit yang begitu teliti dan halusi.Cuba hayatilah,selamilah ,renungilah telitilah,fahamilah cara pembawakan , pembentukan untuk mengacuankan sesebuah organisasi tertentu melalui sunnah moga di sana ada keberkatan ummah..inss

Diam 21

Diam :
Diam daripada berkata-kata kerna dalam diam juga ada kekuatan.Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang,Diam juga boleh menunjukkan persaan kita pada seseorang kerana memberinya ‘ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengaturi meneguri dan mengkritiki bahkan membebelnya.Diam juga boleh menyimpan seribu rasia seribu kata,seribu makna.Diam juga boleh menggerunkan lawan mahupun kawan..inss


Mendengar :
Kelebihan mendengar adalah anugerah Tuhan.Sesungguhnya tidak ramai manusia yang mempunyai kemahiran mendengar , sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya.Sejak dr dahulu lagi kita ketahui bhw sikap saling sedia memdengar amat diperlukan utk keharmonian dlm hubungan sesama manusia.contohnya orang muda perlu mendengar nasihat orang lama,anak anak perlu mendengar nasihat ibu bapa dan orang baru perlu mendengar orang terdahulu kerna e2lah rasia dua telinga yang dianugerahkan kpd kita..inss


Dendam Kasumat :
Dendam dalam diri membawa kehancuran abadi ,dendam juga boleh menjadi punca kehancuran perhubungan semua ataupun pribadi.Cinta sejati akan diwarnai pengertian tersendiri dan rasa simpati untuk memaafkan membe sendiri membawa kepada syurga yang hakiki..inss >salam maalhijrah smg penampilan baghu di thn yg baru...dr inssedunia


Senyuman :
Senyuman juga mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman yang tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita..inss

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian..semakin tambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan.. Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan. Penuh ketenangan menempuh ujian. Tuluslah dengan TUHAN, teleuslah dengan INSAN, moga Allah beri rahmat pada kita.. Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H..kalam hikmah