Saturday, April 25, 2009

Masa Dan Kelapangan Waktu 33

Masa Dan Kelapangan Waktu:
Kesihatan dan keharmonian yang Allah berikan kepada kita sementara, bukan untuk kita santai dan leka serta bersuka - suka.Kesemuanya itu sebenarnya isyarat kepada kita supaya kita bermujahadah bersungguh sungguh untuk mencari keredaanNya, mengenalNya dan menghambakan diri sepenuh ikhlas dan takwa..inss

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.... Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...mahdee patani

Wasiat Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna 2) Wahai kawanku, bacalah al-Qur'an dan cuba perhatikan mesejnya.Selalulah berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada kita. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman, di sini ada kedamaian, di sini ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera..exco kebajikan

Janganlah brputus asa dalam mencari ilmu bila ilmu yg dicari tidak mahu masuk ke dalam sanubari, tapi brsabarlah, kerana air yang lembut itu apabila menitis ke atas sebiji batu besar secara brterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk..nur itqan

JiKa KaMu mnCINTAI seseORG,BeBaSKanLaH Dia..JiKa Dia KeMBali kpd KaMu,MaKa DIA adalah MILIK KaMu..JiKa KaMu MaHu BLaJar b'diKaRi,KaMu HaRuS BLaJar mMAAFKAN n MeLuPaKan MaSa LaLu yg BURUK serta keDUKAAN HaTi KaMu..sesungguhnya ALLAH MAHA Mengetahui..exco kebajikan

Ingat Dan Mengingati :
Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan sesama insan dan makhluk duniawiyah ini, hendaklah kita ingat juga akan kehidupan penghuni-penghuni kubur dan penduduk-penduduk barzakh, kerana kita juga akan bersama dan bakal bergabung menduduki alam yang kekal abadi..inss

Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita..pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan..-Saidina Abu Bakar R.A...Mohd Azamuddin

Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan: Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak..ZaccK_117

Perbaikilah Diri Kita Selalu :
Jika seorang hamba tidak suka dengan salah satu perilakunya dan menyadari keburukan dirinya, maka hendaklah dia memohon kepada Allah supaya Allah memperbaiki keburukan dan kejahatannya dengan berkat rahmat-Nya. Sebab pengaruh doa sangatlah nyata dan kuat. Imam Malik bin Anas rhm berkata, "Bukanlah termasuk sunnah jika kamu mendebat sunnah, tapi sampaikanlah sunnah itu. Jika sunnah yang kamu sampaikan tidak diterima, maka diamlah..Muhajirih Ahmad


No comments: