Friday, March 13, 2009

Manusia Terdiri Daripada Roh Akal Dan Jasat 29


Manusia Terdiri Daripada Roh Akal Dan Jasat:
Ada tiga unsur dalam diri manusia iaitu: roh, akal, dan jasad. Kemulian manusia dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain.Roh yang dinisbahkan kepada Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Quran yang bermaksud : "Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud" ayat 29 surah al-Hijr..inss

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya 1:wajah yang cantik 2 duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nenyak tanpa ganguan.. senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat..nur izzaty

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI..bie capris

Cinta itu perlu diikuti dengan rasa tanggungjawab...Jika pelajaran pun kamu masih tak mampu nak handle, kamu masih belum layak nak mentadbir cinta...Insan yang sejati akan membuang rasa cinta itu... Sekarang usahalah untuk kekal dan teguhkan cinta padaNYA dulu dan buat persiapan supaya benar2 sedia untuk menanggung tanggungjawab cinta insan yg kamu sayangi..puteri nadha

No comments: