Tuesday, May 12, 2009

Wanita Solehah 41

Wanita Solehah :
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..puteri_ammy

Ambillah waktu utk berfkir,itu adalah sumber kekuatan.... Ambillah waktu utk bermain itu adalah rahsia dr mse muda yg abadi... Ambillah wktu utk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.. Ambillah wktu utk bljr,itu adalah sumber kbijaksaan.. Ambillah wktu utk mncintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yg d berikn TUHAN.. Ambillah wktu utk bershbt,itu adalah jln mnuju kbahagiaan.. Ambillah wktu utk tertawa,itu adalah muzik yg mngetarkan hati... Ambillah wktu utk mmbri,itu adalh mmbuat hidup trse bererti... Ambillah wktu utk bkrja,itu adalah nilai keberkesanan.... Ambillah wktu utk beramal,itu adalah knci mnuju syurga... AMIN..puteraku

Waktu Keemasan:
Jangan sebokan diri kita dalam semua perkara ,pilihlah waktu yang selesa bagi kita untuk membaca , menghafal semua takrif dan fakta serta carilah satu masa untuk kita berdoa.Setiap detik yang berlalu dalam kesungguhan kita menuntut ilmu ibarat madu..inss

Dunia Sementara Akhiratlah Tempat Kita :
Kita memikirkan dan menguruskan perkara-perkara keduniaan bukan kerana untuk melekat atau menetap dengannya, tetapi untuk kita mudah meninggalkannya dan akhirnya fana daripadanya..Ramzi : inss

Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhahesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain..putera ku

UNTUK RENUNGAN BERSAMA:
jangan suka mendedah tubuh jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus. jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu. setia terhadap pasangan jadilah seperti pohon pisang. pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya. kecantikan dalaman jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong. durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri. jaga kesucian dalam pergaulan jadilah seperti sengkuang. walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih..puteri_ammy


No comments: