Friday, March 13, 2009

Jodoh Tetap jodoh 27

Jodoh Tetap jodoh :
Manusia mempunyai berbagai watak dan pandangan. Mereka memandang dengan pandangan mata dan perasaan.Walaupun apa yg kita buat tidak menyalahi hukum Tuhan tetapi mereka tetap memberi comen.Tinggalkan comen mereka dan laksanakan urusan kita.Yang penting ilmu penuh didada,beriman,beramal dengan penuh keikhlas.Kata orang muda tanggungjawab mematangkan usia..inss

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 5:29 PM 2/18 Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak..imam azharii

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau TERtidur lain cerita. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia, kalau memang kita bersalah. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula..mahdee barber

Cahaya Hati :
Sesungguhnya iman itu mula muncul di dalam hati sebagai sinar putih, lalu membesar, hingga seluruh hati menjadi putih. Sedangkan nifaq itu mula muncul di dalam hati seperti noda-noda hitam, lalu menyebar, hingga seluruh hati menjadi hitam..inss

Perumpamaan Hati yang disaluti Iman Atau Nifaq:
Perumpamaan iman yang meliputinya seperti batang tumbuhan yang disirami air . Sedangkan perumpamaan nifaq seperti setumpuk kudis yang diselaputi nanah dan darah busuk. Maka yang mana di antara keduanya berkuasa, kesitulah hati akan tertarik..inss


No comments: