Saturday, January 31, 2009

Diam 21

Diam :
Diam daripada berkata-kata kerna dalam diam juga ada kekuatan.Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang,Diam juga boleh menunjukkan persaan kita pada seseorang kerana memberinya ‘ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengaturi meneguri dan mengkritiki bahkan membebelnya.Diam juga boleh menyimpan seribu rasia seribu kata,seribu makna.Diam juga boleh menggerunkan lawan mahupun kawan..inss


Mendengar :
Kelebihan mendengar adalah anugerah Tuhan.Sesungguhnya tidak ramai manusia yang mempunyai kemahiran mendengar , sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya.Sejak dr dahulu lagi kita ketahui bhw sikap saling sedia memdengar amat diperlukan utk keharmonian dlm hubungan sesama manusia.contohnya orang muda perlu mendengar nasihat orang lama,anak anak perlu mendengar nasihat ibu bapa dan orang baru perlu mendengar orang terdahulu kerna e2lah rasia dua telinga yang dianugerahkan kpd kita..inss


Dendam Kasumat :
Dendam dalam diri membawa kehancuran abadi ,dendam juga boleh menjadi punca kehancuran perhubungan semua ataupun pribadi.Cinta sejati akan diwarnai pengertian tersendiri dan rasa simpati untuk memaafkan membe sendiri membawa kepada syurga yang hakiki..inss >salam maalhijrah smg penampilan baghu di thn yg baru...dr inssedunia


Senyuman :
Senyuman juga mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman yang tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita..inss

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian..semakin tambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan.. Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan. Penuh ketenangan menempuh ujian. Tuluslah dengan TUHAN, teleuslah dengan INSAN, moga Allah beri rahmat pada kita.. Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H..kalam hikmah

No comments: