Friday, March 13, 2009

Imajinasi 28

Imajinasi:
Gelombang fikiran ditamsilkan sebagai gelombang minda. Fikiran adalah minda, manakala buah fikiran adalah idea (ilham) yang terhasil dari minda.Takutlah kamu akan firasat orang mukmin kerana mereka mengetahui apa yang terlintas dalam benak fikiranmu dan kasyaf pula terbahagi kepada dua iaitu pertama para wali wali Allah dan yang kedua ialah kasyaf daripada jin dan syaitan..inss

Cermin Diri
Bersahabat dengan teman yang baik baik kerana teman yang baik akan mencerminkan kehidupan kita.Jika kita tersilap dalam sesuatu,maka hulurkan kemaafan terlebih dahulu.Bersahabatlah dengan penuh keiklasan dan jangan bersahabat kerana kepentingan.sahabat yang baik membawa nilai tanggungjawab yang penuh dengan kemanisan..inssyaAllah

CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN.JIKA KAU TIDAK TEMUI,CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT.JIKA KAU TIDAK TEMUI CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI.JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA,BERDOALAH KEPADA ALLAH,PINTA HATI YANG BARU..imam azharii8203

Kata Ibnu Qayyim - 10 jenis tangis.. 1- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati 2- Menangis kerana takut 3- Menangis kerana cinta 4- Menangis kerana gembira 5- Menangis kerana menghadapi penderitaan 6- Menangis kerana terlalu sedih 7- Menangis kerana hina dan lemah 8- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang 9- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis 10- Menangis orang munafik yakni pura pura menangis..yu safiah96

Sesungguhnya iblis itu b'diri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu....Iblis yg dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama , Nafsu menyuruhmu b'buat maksiat, keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat, Dunia menyerumu b'buat dosa, Allah menyerumu ke arah Syurga dan Keampunan-Nya....Siapa yg menyahut seruan iblis t'keluarlah agamanya, Siapa yg menyahut seruan nafsu t'keluar rohnya (roh kemanusiaan), Siapa yg menyahut seruan syahwat t'keluar akalnya, Siapa yg menyahut seruan anggota (dlm melakukan dosa) t'keluarlah Syurganya, Siapa yg menyahut seruan Allah,t'keluarlah kejahatannya dan m'perolehi segala kebaikan :insyaAllah..Uzir 86

ABU LAITS berkata: "awaslah kamu dr ketawa brlebih-lebihan,krn ketawa mngandungi 8 bahaya 1-tercela oleh ulama & org yg sopan smpurna akal. 2-mmberanikan org bodoh kpdmu. 3-jika engkau bodoh nescaya brtambah kebodohanmu,& bila engkau alim brkurang ilmumu krn ada riwayat: seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya. 4-melupakan dosa2 yg lampau. 5-mmberanikan mmbuat dosa d masa dpan,sbb bila ketawa terbahak2 mmbekukan hati. 6-melupakan mati & akhirat. 7-engkau mnanggung dosa org yg ketawa krn ketawa mu. 8-ketawa terbahak2 mnyebabkan byk mnangis d akhirat.JADI KURANGKAN KETAWA BERLEBIH2HAN IA MENYEBABKAN HITAMNYA HATI KITA..abduh alami

No comments: