Tuesday, March 29, 2011

MENGUAP DAN MENGANTUK ANGKARA SIAPA ?49


MENGUAP SATU PENYAKIT :

Menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya. jika dia menguap sampai berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya..inss

PERUT BUNCIT :

Kebanyakan daripada golongan yang perutnya buncit mereka merupakan orang yang terlupa untuk menutup mulut mereka ketika menguap dan mereka ini kadang –kala selalu terlupa membaca bismilllah ketika hendak makan..inss

MENGANTUK DALAM PENGAJIAN :

Jika seseorang itu rasa mengantuk dalam majlis ilmu maka hendaklah dia cepat-cepat mengubah tempat kerana tempat yang di dudukinya itu terdapat anak cucu cicit iblis..inss

MATA KUYU ANUGERAH TUHAN :

Jika kita di majlis ilmu hendaklah kita bukakan mata kita seluas-luasnya dan jangan sesekali kita pejamkan mata untuk fokus segala-galanya,kerana rahmat tuhan akan turun maka orang pertama yang matanya kuyu pasti terlena..inss

PERSIAPAN SUPAYA TIDAK MENGANTUK :

Ambillah masa untuk menenangkan jiwa,bagilah masa untuk telinga,mata dan anggota kita.sesungguhnya ibadah merupakan santapan roh manusia.Oleh itu apabila kita telah menunaikan hak pribadi kita maka masa yang kita jadualkan itu akan terlaksana tanpa rasa mengantuk dan terseksa..inss

No comments: