Tuesday, March 29, 2011

KALAM SUFI 48


MANUSIA SENTIASA TIDUR :

Nani-nabi ,wali-wali dan alim ulamalah yang sentiasa mengejutkan manusia supaya bangun menuju kepada Allah SWT kerana manusia dalam jaga, masih lagi tidur dan yang tidur lebih-lebih lagi..inss


KEHORMATAN KHUSUS UNTUK ANBIYA’ DAN AULIYA’ ALLAH SWT :

Manusia akan tidur buat selama-lamanya didalam kubur di mata manusia ,akan tetapi mereka akan bangun kembali menanti hidayah dan rahmat Allah SWT.Hanya Anbiya dan Auliaya Allah SWT sahajalah yang akan mendapat khususiat khusus kehormatan hakikat..inss


HAJI MABRUR ATAU HAJI YANG DI TERIMA OLEH ALLAH SWT :

Barang siapa yang mendapat haji mabrur walaupun sekali dalam seumur hidupnya ,insyaAllah pasti akan memiliki husnulkhotimah..inss

ADAB YANG TINGGI DATANGNYA DARIPADA GURU RABBANI :

Ambillah maklumat daripada kitab-kitab agama ,supaya sampai kefahaman yang betul dan ambillah Ilmu yang keluar daripada dada orang alim iaitu guru rabbani dan simpanlah didalam dada kita ,supaya kita menjadi orang yang di berkati dan beradap tinggi..inss

HATI LEBIH MULIA DARIPADA JASAD :

Jagalah hati kita supaya tidak ternoda daripada perkara maksiat.Jika sifat sifat yang buruk telah masuk kedalam hati kita maka sangat susahlah sifat-sifat buruk itu hendak keluar..inss

No comments: