Wednesday, March 23, 2011

ILMU DENGAN AMALAN 48

ILMU DENGAN AMALAN :

Kelebihan ilmu dan kelebihan beramal dalam keikhlasan merupakan satu gandingan ,maka janganlah sesekali kita tersilap langkah ,kerana sesungguhnya pada saat kehidupan kita ini ramai manusia yang berilmu atau berpengetahuan tinggi, akan tetapi tidak beramal dengan pengetahuannya seperti burung yang hanya pandai berkata-kata tetapi buatnya tidak terdaya.

KHIANATI CINTA PUNAH JIWA:

Kita akan kecewa apabila kita menyerahkan harapan kita kepada orang yang khianati dalam kehidupan kita setelah kita membina harapan yang menggunung dengan senyuman yang manis untuk melengkapkan kerangka waktu yang penuh dengan hati-hati dan bijaksana.

NEGARA ISLAM TERBINA:

Negara islam pertama terbina di sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Madinah.Nabi SAW membangunkan sebuah tempat yang terpencil menjadi sebuah kota Negara islam pertama untuk membuka ,menyebarkan empayar islam ke seluruh dunia ..inss

MATA ZAHIR DAN MATA BATIN :

Mata zahir adalah mata biasa dan mata batin ialah mata hati,mata hati dengan mata kepala kadang-kadang tidak boleh celik serentak atau tidak boleh buka kedua-duanya serentak kerana kedua-duanya kadang-kadang tidak ber- sefahaman.maka pejamkanlah mata kepala dahulu kemudia bukakan mata hati pula supaya hati tidak terus tidur mati..inss

No comments: