Tuesday, March 29, 2011

HADIAH MERUPAKAN KASIH SAYANG 50

HADIAH MERUPAKAN KASIH SAYANG :

Nabi SAW kadang kala menerima hadiah ,kadang-kadang menolak hadiah kerana Nabi SAW boleh mengenali seseorang yang memberi hadiah untuk mendapatkan sesuatu..inss

ORANG SAKIT :

Orang yang sentiasa sakit dalam kehidupannya merupakan orang yang sentiasa di pandang oleh Allah SWT .Sesungguhnya orang yang sentiasa sakit nanti dihari akhirat hisabnya sangat sedikit berbanding dengan orang yang sentiasa sihat.Maka orang sihat akan dihisap oleh Allah SWT pada hari akhirat lebih banyak daripada orang sakit..inss

SIMBOLIK DI SEBALIK HADIAH :

Kadang –kadang ada kepentingan diri pribadi mereka di sebalik hadiah untuk sesuatu hajat.Jadi dengan hadiah, yang susah menjadi mudah ,yang kaya bertambah kaya ibarat udang di sebalik batu bukan saja-saja tapi ada makna..inss

MAKSIAT HATI LEBIH TERUK DARIPADA MAKSIAT ANGGOTA :

Maksiat hati lebih dahsyat daripada maksiat anggota badan seperti sombong ,bongkak,angkuh,riak,hasad dengki.Kesemuanyai sangat merbahaya jika sifat-sifat buruk ini telah bermaharajalela menyebabkan seluruh anggota badan akan di kerah untuk melakukan amalan songsang dan biadab..inss

JANGAN DENGKI KEPADA ORANG KAYA-RAYA:

Janganlah kita dengki kepada orang yang lebih daripada kita atau orang kaya –raya kerana orang yang lebih daripada kita semunya nikmat itu datang daripada Allah SWT ..INSS

No comments: