Tuesday, March 29, 2011

BELAJARLAH REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH SWT 52

BELAJARLAH REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH SWT :

Jodoh itu rahsia Allah. Walaupun mendapat tentangan dari ibu bapa perempuan, tidak bermakna mereka berdua tidak ada jodoh. Segala-galanya adalah dari Allah. Siapa tahu, satu hari nanti Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada ibu bapa si perempuan bahawa Allah tidak memandang pada keturunan, harta, pangkat dan nama..inss

JODOH TELAH DITETAPKAN :

Semua manusia telah di tentukan jodohnya oleh Allah SWT .Kadang –kala jodohnya cepat ,kadang-kadang jodohnya lambat,kadang –kadang jodohnya di akhirat.Maka kita hendaklah berdoa kepadaNYA supaya tepat pada masanya kita di jodohkan..Inss

MENOLAK JODOH SATU KESILAPAN :

Sesungguhnya jodoh itu tetap ada ,akan tetapi kita yang leka dan alpa.Maka ketahuilah wahai saudaraku bila jodoh sudah di depan mata kita,Janganlah kita tolak begitu saja,kerana jodoh yang pergi itu tiada pengganti buat selama-lamanya..inss

TERIMALAH JODOH SEANDAINYA ADA :

Jodoh merupakan rezeki daripada Allah SWT.Barang sesiapa yang menerima jodoh maka itulah rezekinya.Firman Allah SWT barang siapa yang bersyukur maka Allah SWT akan tambah rezekinya.Oleh itu bersyukurlah dengan jodoh yang pertama maka Allah akan tambahkan jodohnya sepanjang masa..inss

HARAPAN AGAMA KEPADA PEMIMPIN NEGARA 51

Setiap pemimpin kita merupakan amanah agama,jika mereka melompat pati maka hilanglah amanahnya,jika pecah amanah hilanglah harapan kita.Hati-hati jangan pangkah mereka,itu pesanan kita ,supaya harapan agama terpelihara..inss

Justify Full

HANCUR AGAMA,HANCUR NEGARA :

Tiada kerosakan agama melainkan ulama yang menghancurkannya,tiada kerosakkan Negara melainkan pemimpin Negara yang melakukannya..inss

ULAMA DAN UMARA YANG TERCELA :

Ulama ibarat imam dan umara ibarat bilal.Ulamak menghancurkan agama dan umara menghancurkan Negara.akan tetapi umara menghancurkan kedua duanya..inss

ISLAM TANPA KUASA :

Islam tanpa kuasa seperti Malaysia, ulama dijijak di humban disimpan didalam penjara.Artis di angkat di julang di letakkan didalam cermin kaca..inss

HADIAH MERUPAKAN KASIH SAYANG 50

HADIAH MERUPAKAN KASIH SAYANG :

Nabi SAW kadang kala menerima hadiah ,kadang-kadang menolak hadiah kerana Nabi SAW boleh mengenali seseorang yang memberi hadiah untuk mendapatkan sesuatu..inss

ORANG SAKIT :

Orang yang sentiasa sakit dalam kehidupannya merupakan orang yang sentiasa di pandang oleh Allah SWT .Sesungguhnya orang yang sentiasa sakit nanti dihari akhirat hisabnya sangat sedikit berbanding dengan orang yang sentiasa sihat.Maka orang sihat akan dihisap oleh Allah SWT pada hari akhirat lebih banyak daripada orang sakit..inss

SIMBOLIK DI SEBALIK HADIAH :

Kadang –kadang ada kepentingan diri pribadi mereka di sebalik hadiah untuk sesuatu hajat.Jadi dengan hadiah, yang susah menjadi mudah ,yang kaya bertambah kaya ibarat udang di sebalik batu bukan saja-saja tapi ada makna..inss

MAKSIAT HATI LEBIH TERUK DARIPADA MAKSIAT ANGGOTA :

Maksiat hati lebih dahsyat daripada maksiat anggota badan seperti sombong ,bongkak,angkuh,riak,hasad dengki.Kesemuanyai sangat merbahaya jika sifat-sifat buruk ini telah bermaharajalela menyebabkan seluruh anggota badan akan di kerah untuk melakukan amalan songsang dan biadab..inss

JANGAN DENGKI KEPADA ORANG KAYA-RAYA:

Janganlah kita dengki kepada orang yang lebih daripada kita atau orang kaya –raya kerana orang yang lebih daripada kita semunya nikmat itu datang daripada Allah SWT ..INSS

MENGUAP DAN MENGANTUK ANGKARA SIAPA ?49


MENGUAP SATU PENYAKIT :

Menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya. jika dia menguap sampai berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya..inss

PERUT BUNCIT :

Kebanyakan daripada golongan yang perutnya buncit mereka merupakan orang yang terlupa untuk menutup mulut mereka ketika menguap dan mereka ini kadang –kala selalu terlupa membaca bismilllah ketika hendak makan..inss

MENGANTUK DALAM PENGAJIAN :

Jika seseorang itu rasa mengantuk dalam majlis ilmu maka hendaklah dia cepat-cepat mengubah tempat kerana tempat yang di dudukinya itu terdapat anak cucu cicit iblis..inss

MATA KUYU ANUGERAH TUHAN :

Jika kita di majlis ilmu hendaklah kita bukakan mata kita seluas-luasnya dan jangan sesekali kita pejamkan mata untuk fokus segala-galanya,kerana rahmat tuhan akan turun maka orang pertama yang matanya kuyu pasti terlena..inss

PERSIAPAN SUPAYA TIDAK MENGANTUK :

Ambillah masa untuk menenangkan jiwa,bagilah masa untuk telinga,mata dan anggota kita.sesungguhnya ibadah merupakan santapan roh manusia.Oleh itu apabila kita telah menunaikan hak pribadi kita maka masa yang kita jadualkan itu akan terlaksana tanpa rasa mengantuk dan terseksa..inss

KALAM SUFI 48


MANUSIA SENTIASA TIDUR :

Nani-nabi ,wali-wali dan alim ulamalah yang sentiasa mengejutkan manusia supaya bangun menuju kepada Allah SWT kerana manusia dalam jaga, masih lagi tidur dan yang tidur lebih-lebih lagi..inss


KEHORMATAN KHUSUS UNTUK ANBIYA’ DAN AULIYA’ ALLAH SWT :

Manusia akan tidur buat selama-lamanya didalam kubur di mata manusia ,akan tetapi mereka akan bangun kembali menanti hidayah dan rahmat Allah SWT.Hanya Anbiya dan Auliaya Allah SWT sahajalah yang akan mendapat khususiat khusus kehormatan hakikat..inss


HAJI MABRUR ATAU HAJI YANG DI TERIMA OLEH ALLAH SWT :

Barang siapa yang mendapat haji mabrur walaupun sekali dalam seumur hidupnya ,insyaAllah pasti akan memiliki husnulkhotimah..inss

ADAB YANG TINGGI DATANGNYA DARIPADA GURU RABBANI :

Ambillah maklumat daripada kitab-kitab agama ,supaya sampai kefahaman yang betul dan ambillah Ilmu yang keluar daripada dada orang alim iaitu guru rabbani dan simpanlah didalam dada kita ,supaya kita menjadi orang yang di berkati dan beradap tinggi..inss

HATI LEBIH MULIA DARIPADA JASAD :

Jagalah hati kita supaya tidak ternoda daripada perkara maksiat.Jika sifat sifat yang buruk telah masuk kedalam hati kita maka sangat susahlah sifat-sifat buruk itu hendak keluar..inss