Saturday, June 28, 2008
MY KALAM HIKMAH KAA01
MY KALAM HIKMAH
Ujian seperti angin.. iman seperti layang-layang.. makin kuat angin makin tinggi layang-layang terbang..makin bayak ujian menimpa kita..makin tinggi kedudukan disisi Allah swt.. so, bersyukurlah dengan ujian yg mendatang..siti aishah
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur..kalam hikmah
Bergunung mana pun harta, bukanlah kaya namanya, jika miskin budi bahasa..Segagah mana pun diri, bukanlah namanya pahlawan, jika nafsu tidak dapat di lawan..Secantik mana pun rupa nan ayu, bukanlah namanya ratu, jika buruk tingkahlaku..Setinggi mana pun darjatnya, bukanlah namanya mulia, jika tiada iman di dada..Melangit mana pun ilmu, bukanlah namanya bijaksana, jika tidak diamal dan diguna..Sealim mana pun warak, bukanlah namanya ulama, jika takbur dan riak..dikna
gaji=sewa rumah+hutang+tiket star+minyak kete dan moto+tol+bil elektrik+bil air+sabun mandi+ubat gigi+berus gigi+beras+bawang+sa rdin+gula+milo+teh+k opi+DATING+simpan nak kawen...
SiApA PeMbElA IsLaM ?
Umat Islam ramai pada hari ini tapi upama buih di lautan ,Dunia islam semakin tercabar;ia dicabar dan dihina oleh musuh-musuh islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas.(hadis) keadaan yg berlaku sekarang telah di sabdakan oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi,Hal ini sudah dapat di ramalkan oleh baginda sendiri.oleh sebab itu nabi kita sentiasa bimbang mengenai umatnye..inss
Dari Abu Darda r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda : "Tidak seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama Muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat mendoakannya pula : Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula..dikna
ketakwaan merupakan benteng teguh kekuatan hati dan kehidupan seseorang , jika kita kurang beramal kita pasti jatuh, Akhirnya kita terpaksa hadapi dugaan seperti sekarang. keagungan di anggap sampah masyarakat walau pun kita telah d timpa bala kekawan semua telah gunakan kita dan cuba cari kesempatan yg ada untuk kepentigna diri .Oleh itu lebih baik beringat..kasih ilmu
Sahabat itu ibarat mentari:
Sahabat itu ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat yang sejati menjadi pendorong impian, sahabat yang mulia membawa ke jalan benar.Ya benar, carilah ramai sahabat yang seperti ini, dia sanggup menasihati bila kita berlaku salah, dia tidak serik menasihatkan sedang kita melupakan, dia tidak jemu membantu bila kita kesempitan, dan carilah sahabat sehati sejiwa.Sebagimana Rasulallah swa bersabda bahwa kata-kata baik itu adalah sedekah:)..inss
Minda kita diibaratkan seperti lampu yang mempunyai arus elektrik,“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….”(Al-Baqarah : 286)
Nabi Muhammad SAW bersabda: 'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.' Untuk renungan semua,siapakah orang yang sibuk?Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.Siapakah orang yang manis senyumannya?Orang yang manis senyumannya adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata"Innalillahhi wa inna ilaihi rajiuun",lalu sambil berkata,"Ya Rabbi,aku redha dengan ketentuanMU ini",sambil mengukir senyuman..suzie gurl
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment