Friday, June 13, 2008

MY KALAM HIKMAH 05

“Makhluk yang paling utama sekali dari segi keimanan ialah kaum yang ada dalam sulbi para lelaki yang beriman denganku walhal mereka tidak melihatku, mereka mendapati helai-helai kitab kemudian mereka beramal dengan apa yang ada di dalamnya, mereka itulah makhluk yang paling utama dari segi keimanannya” aku dapat,aku ingin setia padanya.."(IMAM SHAFIE)



KATA-KATA NASIHAT DARI IBNU QAYYIM

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima

kehendak Allah s.w.t.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak

dengan Allah s.w.t.

3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok

mengenali Allah s.w.t.

4. Di dalam hati manusia ada kegellisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung,

bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan

suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya.

6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali dengan

menanamkan kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya


Ibnu Abbas :
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”Ciksu


jika pena hilang bisa..kata bidalan lama mngungkapkan."bahawa mata pena itu lebih tajam dari pedang"maka larikkan mata pena mu,buat penyebar ilmu dan amal..jgn dilarik amal yg mungkar,khuatir kelak pena hilang bisa,terlalu lancar mmbuat onar.kuasa sirna di tarik yg Esa.ingtlah yang baik itu ganjarannya pahala,yg onar pula balasannya neraka..ciksu


Didalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT..Di dalam hati manusia ada keganasan yang tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT..Diadalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT..Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya...Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akn padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha&qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuaiNya...Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya kesentiasaan berzikir kepadanya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.... Nur ILahi


jika pena hilang bisa..kata bidalan lama mngungkapkan."bhwa mata pena itu lbh tajam dr pedang"maka larikkan mata pena mu,buat penyebar ilmu dn amal..jgn dilarik amal yg mungkar,khuatir kelak pena hilang bisa,trlalu lancar mmbuat onar.kuasa sirna di tarik yg Esa.ingtlah yg baik itu ganjarannya pahala,yg onar pula balasannya neraka..ciksu


Didalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT..Di dalam hati manusia ada keganasan yang tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT..Diadalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT..Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya...Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akn padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha&qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuaiNya...Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya kesentiasaan berzikir kepadanya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya..Nur ILahi


Tiga yang menyelamatkan, tiga yang membinasakan, tiga yang boleh mengangkat darjat dan tiga pula yang boleh menghapuskan dosa


Dari Abu Hurairah ra:
Bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud "Ada tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal yang boleh membinasakan, serta ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada tiga perkara pula yang menghapuskan dosa. Ada pun yang boleh menyelamatkan itu ialah : Takut kepada Allah SWT pada masa bersembunyi dan berterang-terangan. Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya. Tetap adil ketika senang dan marah. Ada pun hal-hal yang boleh membinasakan ialah : Amat bakhil. Memperturutkan nafsu. Merasa hairan melihat kehebatan dirinya. Dan ada pun perkara-perkara yang meninggikan darjat : Menyebarkan ucapan salam. Suka memberi makan. Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur. Sedangkan hal-hal yang mampu menghapuskan dosa ialah : Tetap menyempurnakan solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk. Melangkah kaki ke tempat di adakan solat jemaah. Suka menunggu kedatangan solat."


Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan


Rasulullah saw telah berpesan, yang bermaksud : " Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan".


Detik jam maju x mungkin mundur, sedangkan ibadah x pernah teratur, selalu datang peringatan dari Al-Ghafur, tetapi nafsu ajak kita kufur, padahal kita akan mati dan pasti akan dikubur, tertutup tanah bersama lumpur, hati dan nafsu x pernah akur, kadang2 tenang, kadang2 bertempur, maka kembalilah kepadaNya sebelum kita ke kubur....renungan bersama umat manusia..P.D


Bila Takdirnya Tiba...
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan sememangnya dah ditentukan sejak azali lagi..kite di dunia ni hanya sementara..persinggahan semata-mata..dan bile takdirnya tiba kita akan pergi meninggalkan semua yang ada di dunia ini untuk mengadap Ilahi..saat tu banyak hati yg akan meruntun kesedihan..mengharap yang pergi itu kembali..tp yang pasti yang pergi tetap pergi dan yang hidup mesti teruskan kehidupan..


Assalamualaikum...Sahabat2...Untuk dapat Allah setiap org akan berhadapan dgn 7 musuh tradisi.1 iblis,2 syaitan,3 nafsu,4 fikir sendiri,5 jin,6 dunia,7 makhluk.Makhluk akan sentiasa menentang tak suka org buat baik.Dunia ajakan dan godaan.Jin menguasai diri dan fikiran.Fikir sendiri sentiasa rasa diri betul.Nafsu mudah terjebak bila ada kepentingan diri,sanggup berkompromi dan gadai diri.Syaitan sediakan tempat utk berbuat dosa.Iblis menggunakan 6 kelemahan tadi untuk pesong jauhkan diri daripada Allah s.w.t.. manmasrie


Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.

No comments: