Abu Thalib Al-Makki berkata: "Perut itu adalah rebab. Iaitu kayu yang berlubang, mempunyai tali-tali. Sesungguhnya bagus bunyinya, kerana ringan dan tipisnya. Dan kerana ia berlubang, tiada berisi penuh. Begitu pula rongga perut! Apabila ia kosong, nescaya adalah lebih manis untuk membaca Al-Quran, lebih lama untuk berdiri solat dan lebih mengurangkan tidur." Petikan dari kitab Ihya' Ulumiddin Ghazali) manmasrie
Rasulullah s.a.w. bersabda.. "Tiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali tiga mata.. -Mata yang pernah MENANGIS kerana takutkan Allah s.w.t.. -Mata yang telah MEMEJAMKAN DIRI dari melihat benda yang diharamkan oleh Allah s.w.t.... -Mata yang pernah BERJAGA dalam jihad fisabilillah." manmasrie
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.. nikman nasir
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama..nikman nasir
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.. Putra dato
"Kegagahan wanita adalah kekuatan perasaan,terima kehilangan,xtakut miskin,tabah tanggung kerinduan stelah ditinggalkan,xmeminta-minta.SELURUH KEGAGAHN KHADIJAH ADALAH KEGAGAHAN SEMPURNA WANITA."
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong -Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. -Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
""Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi..manmasrie
"kata-kata yg diucapkan sembarangan dpt mewujudkan perselisihan,kata-ka ta yg kejam dpt mghancurkan satu kehidupan,kata-kata yg diucapkan pd tempatnya dapat meredakan ketegangan..dan kata-kata yg penuh rs kasih syg dpt menyembuhkan dan memberkati"
Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan. Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun 'make up'. Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian modern(?) memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakaipun nampak pusat. Berseluar ketat bajupun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat..torfatulain
Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih saying..e-one iwan
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka). Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya
Seorang sufi bermadah : Adakalanya kesalahan membuatkan seseorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu...boleh mendatangkan sombong diri. Oleh itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu.. kalamhikmah
"Sesungguhnya sahabat yang ada disekitar kita masih menjadi sahabat bukan kerana kehebatan yang ada pada kita, tetapi kerana mereka menerima kelemahan kita dengan hati terbuka dan mereka adalah insan yang sanggup bersabar,memaafkan dan membetulkan kelemahan dan keburukan yang ada pada kita.Tetapi fikirkanlah adakah kita mampu bersabar,memaafkan dan membantu sahabt kita yang lain?.. kalamhikmah
Seorang sufi bermadah : Adakalanya kesalahan membuatkan seseorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu...boleh mendatangkan sombong diri. Oleh itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu.. zack zack
No comments:
Post a Comment