Friday, March 13, 2009

Antara Kebaikan Dan Keburukan 31

Antara Kebaikan Dan Keburukan :
Semua manusia berhajat kepada Allah.Akan tertapi manusia itu tidak mengetahui di manakah baik .jika manusia mengetahui kebaikan dan mengetahui perkara gaib pasti manusia akan memiliki semua kebaikan dan menjahui semua keburukan. Jika manusia telah mengetahuinya pasti mereka tidak akan menuntut sesuatu selain daripada Allah..inss

Rakyat yang berilmu:
Tuntutlah ilmu dari mahdi hingga ke lahdi.Belajarlah! tiada bayi yang baru lahir terus menjadi ilmuan dan tidak sama di antara orang yang berilmu dengan orang jahil. Sebesar apapun sebuah negara, akan lebih kuat bila penduduknya berilmu. Sesungguhnya negara itu menjadi besar dimata dunia ,menjadi agung di antara yang teragung, jika dibandingkan dengan umurnya negara-negara yang lain..inss

Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinknnya. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai, tetapi bila hati itu telah mati, dengan mudahnya dapat dipengaruhi, itulh perumpamaan jiwa-jiwa insan, mudah leka, lupa dan alpa. Sedarlah dan sama-sama kita saling ingat mengingtkan, Semoga hati kita dipelihara dan trpelihara. Amin..ibnuahmad smuk88

Sufi:
selangkah tirai kasihmu ku buka, engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada kasih.. Sufi kau rela pilih derita di dunia, biar rebah di hina kau tak berubah.. Kau menguasai selautan yang tersembunyi di genggaman, nafi dan isbat kau sandingkan sebagai tali pegangan.. Sufi kau hilang di pandangan, ada di dalam kenikmatan, engkau dan dia pasti tidak akan terpisah.. Andai tertutup tirai sufi, yang terang tidak nampak terang, inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan.. Inginku tempuh titianmu, dari kekasih ke kekasih, pengabdianku bersamamu kasih, biar rebah di hina kau tak berubah..fahmi amiey

Pendek kata :
Semua perkataan yang diucapkan menerusi lisan atau perbuatan, pemikiran dan idea yang dihasilkan oleh akal adalah ungkapan yang sumbernya daripada hati. Kerana itu hati yang sihat adalah hati yang boleh dan mampu mengendalikan segala-galanya berdasarkan hukum dan ketetapan Allah dan Rasul-Nya. Hati yang sihat juga tidak akan mengungkapkan sesuatu sehingga datang perintah Allah. Firman Allah: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendahului (untuk menetapkan sesuatu perkataan dan perbuatan) sebelum (datang) keputusan) Allah dan Rasul-Nya mengenai hal-hal berkena-an..inss

Taufik :
Seserang yang memperolehi hidayah dia akan memperolehi taufik, sesuai dengan keinginan yang dirancangkan bertetapan dengan ketentuan Allah SWT dalam kehidupan.Jika seseorang yang tidak mempunyai taufik maka perupamaanya seperti seorang yang menuju ke satu tempat untuk mendapatkan keuntungan,akan tetapi setelah ia sampai ke tempat itu dia hanya mengalami kegagalan..inss


AcuaN emas 30


Pesan pada diri.. jangan tersalah memberi hati.. pada insan yang x sudi.. pada insan yang x mengerti.. kerana..sekali kau memberi selamanya dia dihati kerana..sekali kau dilukai.. sampai mati tetap kau ingati.. pesan lagi pada diri.. hati2lah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tau menghargai.. betapa tingginya nilai sekping HATI... Ya ALLAH, seandainya telah Kau catatkan insan milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku.. Titipkan kebahagiaan agar kemesraan itu abadi.. Seiringkanlah kami melayari hidup ke tepian sejahtera.. Maka, kurniakanlah daku insan yang beriman & bertaqwa agar aku & dirinya sama2 dpt membina keharmonian hidup ke jalan yang Kau redhoi.. Ameen ya Rabb..AcuaN emas

Firman Allah Taala "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AlQuran) yang diturunkan dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras dan kebanyakannya diantara mereka ialah orang-orang yang fasik" (AlHadid:16)..afifzahrah

HATI YANG SELAMAT:
Hati yang selamat daripada segala bentuk nafsu dan syahwat yang sentiasa menentang perintah Allah SWT, ia juga hati yang selamat daripada pelbagai bahaya, selamat daripada penyembahan dan pengabdian kepada, selain Allah, selamat daripada mencipta dan membuat undang-undang yang bukan ditetapkan oleh Rasulullah..inss

Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya, nescaya diperlihatkanNya kekurangan-kekurangan, kecelaan diri hamba itu. Sesiapa yang penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu. Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu, nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya. Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri. (Petikan dari Kitab Ihya Ulumuddin)..ZaccK 117

Ingat Allah,Allah akan ingat kita :
Dengan mengingati Allah hati kita menjadi tenang.kejujuran hati ,ketelusan murni membawa kita menjadi kekasih Ilahi.Seseorang yang menjadi pemandu jalanan tidak akan membohongi rombonganya dan tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih tinggi gajinya selain mengingati Allah maka ganjaranya syurga..inss


Manusia Terdiri Daripada Roh Akal Dan Jasat 29


Manusia Terdiri Daripada Roh Akal Dan Jasat:
Ada tiga unsur dalam diri manusia iaitu: roh, akal, dan jasad. Kemulian manusia dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain.Roh yang dinisbahkan kepada Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Quran yang bermaksud : "Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud" ayat 29 surah al-Hijr..inss

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya 1:wajah yang cantik 2 duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nenyak tanpa ganguan.. senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat..nur izzaty

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI..bie capris

Cinta itu perlu diikuti dengan rasa tanggungjawab...Jika pelajaran pun kamu masih tak mampu nak handle, kamu masih belum layak nak mentadbir cinta...Insan yang sejati akan membuang rasa cinta itu... Sekarang usahalah untuk kekal dan teguhkan cinta padaNYA dulu dan buat persiapan supaya benar2 sedia untuk menanggung tanggungjawab cinta insan yg kamu sayangi..puteri nadha

Imajinasi 28

Imajinasi:
Gelombang fikiran ditamsilkan sebagai gelombang minda. Fikiran adalah minda, manakala buah fikiran adalah idea (ilham) yang terhasil dari minda.Takutlah kamu akan firasat orang mukmin kerana mereka mengetahui apa yang terlintas dalam benak fikiranmu dan kasyaf pula terbahagi kepada dua iaitu pertama para wali wali Allah dan yang kedua ialah kasyaf daripada jin dan syaitan..inss

Cermin Diri
Bersahabat dengan teman yang baik baik kerana teman yang baik akan mencerminkan kehidupan kita.Jika kita tersilap dalam sesuatu,maka hulurkan kemaafan terlebih dahulu.Bersahabatlah dengan penuh keiklasan dan jangan bersahabat kerana kepentingan.sahabat yang baik membawa nilai tanggungjawab yang penuh dengan kemanisan..inssyaAllah

CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN.JIKA KAU TIDAK TEMUI,CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT.JIKA KAU TIDAK TEMUI CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI.JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA,BERDOALAH KEPADA ALLAH,PINTA HATI YANG BARU..imam azharii8203

Kata Ibnu Qayyim - 10 jenis tangis.. 1- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati 2- Menangis kerana takut 3- Menangis kerana cinta 4- Menangis kerana gembira 5- Menangis kerana menghadapi penderitaan 6- Menangis kerana terlalu sedih 7- Menangis kerana hina dan lemah 8- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang 9- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis 10- Menangis orang munafik yakni pura pura menangis..yu safiah96

Sesungguhnya iblis itu b'diri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu....Iblis yg dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama , Nafsu menyuruhmu b'buat maksiat, keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat, Dunia menyerumu b'buat dosa, Allah menyerumu ke arah Syurga dan Keampunan-Nya....Siapa yg menyahut seruan iblis t'keluarlah agamanya, Siapa yg menyahut seruan nafsu t'keluar rohnya (roh kemanusiaan), Siapa yg menyahut seruan syahwat t'keluar akalnya, Siapa yg menyahut seruan anggota (dlm melakukan dosa) t'keluarlah Syurganya, Siapa yg menyahut seruan Allah,t'keluarlah kejahatannya dan m'perolehi segala kebaikan :insyaAllah..Uzir 86

ABU LAITS berkata: "awaslah kamu dr ketawa brlebih-lebihan,krn ketawa mngandungi 8 bahaya 1-tercela oleh ulama & org yg sopan smpurna akal. 2-mmberanikan org bodoh kpdmu. 3-jika engkau bodoh nescaya brtambah kebodohanmu,& bila engkau alim brkurang ilmumu krn ada riwayat: seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya. 4-melupakan dosa2 yg lampau. 5-mmberanikan mmbuat dosa d masa dpan,sbb bila ketawa terbahak2 mmbekukan hati. 6-melupakan mati & akhirat. 7-engkau mnanggung dosa org yg ketawa krn ketawa mu. 8-ketawa terbahak2 mnyebabkan byk mnangis d akhirat.JADI KURANGKAN KETAWA BERLEBIH2HAN IA MENYEBABKAN HITAMNYA HATI KITA..abduh alami

Jodoh Tetap jodoh 27

Jodoh Tetap jodoh :
Manusia mempunyai berbagai watak dan pandangan. Mereka memandang dengan pandangan mata dan perasaan.Walaupun apa yg kita buat tidak menyalahi hukum Tuhan tetapi mereka tetap memberi comen.Tinggalkan comen mereka dan laksanakan urusan kita.Yang penting ilmu penuh didada,beriman,beramal dengan penuh keikhlas.Kata orang muda tanggungjawab mematangkan usia..inss

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 5:29 PM 2/18 Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak..imam azharii

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau TERtidur lain cerita. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia, kalau memang kita bersalah. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula..mahdee barber

Cahaya Hati :
Sesungguhnya iman itu mula muncul di dalam hati sebagai sinar putih, lalu membesar, hingga seluruh hati menjadi putih. Sedangkan nifaq itu mula muncul di dalam hati seperti noda-noda hitam, lalu menyebar, hingga seluruh hati menjadi hitam..inss

Perumpamaan Hati yang disaluti Iman Atau Nifaq:
Perumpamaan iman yang meliputinya seperti batang tumbuhan yang disirami air . Sedangkan perumpamaan nifaq seperti setumpuk kudis yang diselaputi nanah dan darah busuk. Maka yang mana di antara keduanya berkuasa, kesitulah hati akan tertarik..inss