Al-Quran Kesembuhan Bagi Hati
Sesungguhnya membacaan al-Quran menjernihkan hati, menenangkan jiwa, menghilangkan dukacita, melapangkan masalah, menurunkan sakinah’(ketenteraman), menyebabkan engkau diliputi rahmat, serta dinaungi oleh malaikat. Allah pun menyebutmu di hadapan malaikatNya. Allah berfirman: “Hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenang(Syeikh Mutawally Sya’rawi)..inss
Kesenangan Bila Berteman:
Perkataan itu umpama ubat. Jika sedikit memberi manfaat. Jika terlalu banyak mungkin mudhorat. Teman yang baik sukar dicari, lebih sukar untuk ditinggalkan dan mungkin mustahil untuk dilupakan. Dalam kerendahan diri, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu..inss
Makan Dan Minumlah Dengan Tanyan Kananmu:
Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya, syaitan itu makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim)..inss
mesia_inssedunia: Dua Pemberian Yang Baik :
Dari Abdullah bin Amr ra , ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik". Seraya Rasulullah saw bersabda: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal" (HR Bukhari)..inss
Kehidupn kita ddunia ini xmnjanjikn satu jminan yg brkekalan. Apa yg ad hanyalh prcubaan, cbaran & plbgai peluang. Janji yg kekal abadi hny dpt dtemui apabila kita kembali smula kpd Ilahi..nur itqan
Perjalanan Dalam Kehidupan :
Hidup dalam ujian, itulah haluan perjalanan. Semakin sukar semakin lumayan. Tempat tujuan alam penghabisan. Sekelian kenikmatan tiada nilaian. Pemberian Tuhan kepada insan.. berhati teguh dalam beriman..inss
Tuanku Sultan Bukit Tembaga: Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..inss
Perbanyakan Selawat ke Atas Junjungan Kita :
Rasullulah s.a.w bersabda : “Barangsiapa dari umatku membaca selawat ke atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat”. ( Sahih. R.Ahmad )..inss
No comments:
Post a Comment