Tuesday, October 14, 2008

MY KALAM HIKMAH KAC 07 :Kata kata mutiara

Tebusan bagi semua dosa kesalahan :
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: 'Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)..inss

Kenape kita tido di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga? Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..tapi terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)?? Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??.. Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya?? Fikirkanlah ttg nya.. Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada semua yg berada dlm senarai anda..cucu_tok


PUASA menyebabkan kita sentiasa prihatin dengan waktu terutamanya ketika berbuka dan bersahur. Antara hikmah yang tersembunyi di sebalik bersahur ialah untuk bangun berqiamullail dan membaca al-Quran sebagaimana yang dilakukan salaf al-Salih..terbilang

Sikap lelaki malas yg diminati permpuan=) 1.suami balik ke rumah dgn muka yg masam lalu berkate "abang MALAS nak cari perempuan lain,awak sorg dah cukup saye sayang" 2.suami balik dari bank lalu berkate "abang MALAS nak pegang duit gaji,sayang pegang la duit ni" 3.lepas makan malam suami berkate "abang MALAS la nak keluar rumah malam2 ni,baik abang duk rumah dengan sayang" so...cari lah suami yg pemalas seperti diatas..kerana inilah suami yg mithali..fahmi_amiey

Ibn Hajar al-Haithamiy berpendapat: Setiap dari kedua perbuatan mengumpat dan mengata haram dengan kesepakatan ulama..terbilang

Sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi bkarat apabila terkena air. bila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda saw bersabda banyak kan ingat kepada maut dan baca al Quran'' - hadis riwayat Baihaqi..kalam_hikmah

Syaikh Abu Al-Hasan Al-Syâdzili r.a. berkata: “Orang kecintaanku berpesan kepadaku: “Janganlah melangkahkan kedua kakimu kecuali ke tempat di mana kau harapkan dapat menjumpai pahala Allah di sana. Janganlah duduk di mana pun kecuali di suatu tempat di mana engkau akan merasa aman dari pengaruh maksiat kepada Allah. Dan janganlah bersahabat kecuali dengan seseorang yang bisa membimbingmu kepada Allah, atau kepada perintah Allah. Namun sungguh sedikit sekali orang semacam itu..putramanz_misr


Ibrahim Bin Ad-Ham (rahimahullah) berkata: “Para wali Allah selalu berpesan kepadaku apabila aku sedang bersama ahli dunia, hendaklah aku menasihati mereka dengan empat hal: 1.“Barang siapa banyak berbicara, tidak akan merasakan kelazatan beribadah. 2.Barangsiapa banyak tidurnya, takkan menemukan keberkatan dalam usianya. 3.Barang siapa mengharapkan keredhaan dari manusia, jangan berharap akan memperoleh keredhaan Allah s.w.t .4.Barang siapa banyak bicara tentang apa yang bukan urusannya sendiri atau memburukkan orang lain, takkan keluar dari dunia ini dalam keadaan menyandang keislaman..putramanz_misr

Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan..jangan berdukacita kerana hidup ini meletikan,sebab demikianlah hidup itu diciptakan"..(imam asy-syafie)..kalam_hikmah



No comments: