Tuesday, October 14, 2008

MY KALAM HIKMAH 10 :Berkat Ilmu




Berkat Ilmu
Berkat ilmu orang yang rendah menjadi tinggi, orang yang hina menjadi mulia, orang yang lemah menjadi kuat, orang papa menjadi kaya. Berkat ilmu kerendahan berganti ketinggian, kehinaan berganti kemuliaan, kelemahan berganti kekuatan dan kepapaan berganti kekayaan.Fakta kehidupan adalah saksi terbaik, tidak terhitung berapa banyak orang yang berubah nasibnya dan berganti kehidupannya, dari yang melarat menjadi nikmat, dari yang sengsara menjadi bahagia, dari yang tidak dipandang walaupun hanya dengan sebelah mata menjadi yang dihargai dan dihormati..inss

Islam Sentiasa Membawa Kemenangan :
OrAnG BeRiLmU iTu SeLaLu MeNanG DaLam peRgaUlaN... KrN DiA mEmbIasAkaN SENYUM Bila DiCaCi, LEMAH LEMBUT biLa DiHina, DIAM biLA DiMaraHi, & BALAS KEBAIKAN biLa OranG MeMbUaT KejAhaTaN..inss


Cara Melayani Tetamu :
Apabila ada sahabat atau tetamu datang menziarahi kita maka janganlah kita bertanya kepadanya : Adakah engaku sudah makan? Tetapi hendaklah kita menghidangkan makanan tersebut dan terserahlah kepadanya sama ada dia ingin makan atau pun tidak. jika tidak maka katakanlah kepadanya,kalau tak mahu sikit makanlah banyak..inss


Berhati Hati Dalam Amalan :
Bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada, dan ikutilah perbuatan kejahatan itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan, dan bergaullah dengan sesama manusia dengan budi yang baik..inss


Pepatah Arab ada menyebut :
Cabaran dan kehidupan tidak boleh dipisahkan melainkan kematian Mati itu lebih mulia dari hidup yang hina Kedekut, gelisah dan takut sama ertinya dengan kehidupan yang mati..Inss


erjlnlh dgn pnuh harapan walau hidup ini x slalu bahagia, sedekahknlh satu snyumn walau d hatimu x lg mmpu b'tahan.... blajalh m'maafkn walau dirimu t'luka, b'hntilh mmbri alasan walau ingin m'nyatakan kbenaran... hiduplh dlm iman walau hari d pnuhi godaan & b'pganglah kpd Allah walau DIA x klihatan.Bukti kasihNYA...kita wujud d dunia pnjaman ini... Ada sbab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yg mengaku keimanan padaNYA .Jangan terlalu b'khayal utk jd yg t'baik kerana hidup x smudah itu, Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai s'buah p'abdian yg hakiki lg abadi..moga lelahmu d hargai ilahi walau d cemuh insani..Dato'_PaDuKa MåT®î×_ߺýzu


"Life can seem ungrateful and not always kind. Life can be blissful and happy and free. But no matter how it was,Take the Life that you have and give it your best..."


bAnGuNLaH kErAnA cInTa KePaDa ALLAH.. BuKAn KeRaNA CiNTa KePAdA LeLAkI.. rEBaHLah KeRANa dOSa.. jANGaN rEbAh kERaNa kEcEwA.. baNGunkAN sEMAnGaT diRi aTaS iMAn dAn bErBekaLkAN sIFaT mALu YanG ALLAH tIUpkAn kE dALAm hATi SetIAp pEReMpUAn.."

"Jgn tgalkn Org yg kte SYG utk Org yg kte SUKA,cOz Org yg kte SUKA akn tgalkn kte utk Org yg mereka SYG,jgn cuba dptkn pe yg kte SYG,tp SYG lah dgn pe yg kte ada..."


biar RINDU,asal x JEMU....biar KASIH asal x SEDIH.....biar CINTA asal x TERPAKSA.....biar SAYANG asal x HILANG.....biar BERJAUHAN namun tetap dlm INGATAN


MY KALAM HIKMAH KAC 09 :kata kata yang baik

Bila hati diserah kepada Allah, Tiada resah tiada gelisah, Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, Hilang rasa gundah hidup rasa indah... Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa, Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba... Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba, Di dunia ini dan di akhirat sana, Dengan syarat Iman dan Taqwa, Kukuh disemai dan tersemat di jiwa, Amal soleh bukti setia, Seorang hamba kepada..Rabbnya.. kakImanmansurah :kalamhikmah

Kelemahan adalah penyakit
Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, Zuhud adalah Kekayaan, Wara` adalah Perisai dan sebaik-baik Teman ialah orang yang mempunyai sifat Redha

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu. - Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Shahih -..mg baki ramadhan yg tinggal menmbhkan keimann..nur itqan

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”. Riwayat Muslim..nur itqan


Ukhuwah itu dHATI ,apabila bersendirian pasti ia menemani,setiap yang manis mampu dikenangi,walau tiada dmata kini,ia hadir bila diingati,kerana selamanya ia kekal didasar HATI.

Hanya perlu 1 minit untuk menghancurkan seseorang, 1 jam untuk menyukai seseorang, 1 hari untuk mencintai seseorang tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan.

"Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau) Riwayat Abu Dawud, Ahmad.".

Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end..."

MY KALAM HIKMAH KAC 08 : mutiara hikmah


Al-Quran Kesembuhan Bagi Hati
Sesungguhnya membacaan al-Quran menjernihkan hati, menenangkan jiwa, menghilangkan dukacita, melapangkan masalah, menurunkan sakinah’(ketenteraman), menyebabkan engkau diliputi rahmat, serta dinaungi oleh malaikat. Allah pun menyebutmu di hadapan malaikatNya. Allah berfirman: “Hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenang(Syeikh Mutawally Sya’rawi)..inss

Kesenangan Bila Berteman:
Perkataan itu umpama ubat. Jika sedikit memberi manfaat. Jika terlalu banyak mungkin mudhorat. Teman yang baik sukar dicari, lebih sukar untuk ditinggalkan dan mungkin mustahil untuk dilupakan. Dalam kerendahan diri, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu..inss

Makan Dan Minumlah Dengan Tanyan Kananmu:
Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya, syaitan itu makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim)..inss

mesia_inssedunia: Dua Pemberian Yang Baik :
Dari Abdullah bin Amr ra , ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik". Seraya Rasulullah saw bersabda: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal" (HR Bukhari)..inss


Kehidupn kita ddunia ini xmnjanjikn satu jminan yg brkekalan. Apa yg ad hanyalh prcubaan, cbaran & plbgai peluang. Janji yg kekal abadi hny dpt dtemui apabila kita kembali smula kpd Ilahi..nur itqan


Perjalanan Dalam Kehidupan :
Hidup dalam ujian, itulah haluan perjalanan. Semakin sukar semakin lumayan. Tempat tujuan alam penghabisan. Sekelian kenikmatan tiada nilaian. Pemberian Tuhan kepada insan.. berhati teguh dalam beriman..inss


Tuanku Sultan Bukit Tembaga: Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..inss


Perbanyakan Selawat ke Atas Junjungan Kita :
Rasullulah s.a.w bersabda : “Barangsiapa dari umatku membaca selawat ke atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat”. ( Sahih. R.Ahmad )..inss

MY KALAM HIKMAH KAC 07 :Kata kata mutiara

Tebusan bagi semua dosa kesalahan :
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: 'Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)..inss

Kenape kita tido di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga? Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..tapi terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)?? Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??.. Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya?? Fikirkanlah ttg nya.. Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada semua yg berada dlm senarai anda..cucu_tok


PUASA menyebabkan kita sentiasa prihatin dengan waktu terutamanya ketika berbuka dan bersahur. Antara hikmah yang tersembunyi di sebalik bersahur ialah untuk bangun berqiamullail dan membaca al-Quran sebagaimana yang dilakukan salaf al-Salih..terbilang

Sikap lelaki malas yg diminati permpuan=) 1.suami balik ke rumah dgn muka yg masam lalu berkate "abang MALAS nak cari perempuan lain,awak sorg dah cukup saye sayang" 2.suami balik dari bank lalu berkate "abang MALAS nak pegang duit gaji,sayang pegang la duit ni" 3.lepas makan malam suami berkate "abang MALAS la nak keluar rumah malam2 ni,baik abang duk rumah dengan sayang" so...cari lah suami yg pemalas seperti diatas..kerana inilah suami yg mithali..fahmi_amiey

Ibn Hajar al-Haithamiy berpendapat: Setiap dari kedua perbuatan mengumpat dan mengata haram dengan kesepakatan ulama..terbilang

Sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi bkarat apabila terkena air. bila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda saw bersabda banyak kan ingat kepada maut dan baca al Quran'' - hadis riwayat Baihaqi..kalam_hikmah

Syaikh Abu Al-Hasan Al-Syâdzili r.a. berkata: “Orang kecintaanku berpesan kepadaku: “Janganlah melangkahkan kedua kakimu kecuali ke tempat di mana kau harapkan dapat menjumpai pahala Allah di sana. Janganlah duduk di mana pun kecuali di suatu tempat di mana engkau akan merasa aman dari pengaruh maksiat kepada Allah. Dan janganlah bersahabat kecuali dengan seseorang yang bisa membimbingmu kepada Allah, atau kepada perintah Allah. Namun sungguh sedikit sekali orang semacam itu..putramanz_misr


Ibrahim Bin Ad-Ham (rahimahullah) berkata: “Para wali Allah selalu berpesan kepadaku apabila aku sedang bersama ahli dunia, hendaklah aku menasihati mereka dengan empat hal: 1.“Barang siapa banyak berbicara, tidak akan merasakan kelazatan beribadah. 2.Barangsiapa banyak tidurnya, takkan menemukan keberkatan dalam usianya. 3.Barang siapa mengharapkan keredhaan dari manusia, jangan berharap akan memperoleh keredhaan Allah s.w.t .4.Barang siapa banyak bicara tentang apa yang bukan urusannya sendiri atau memburukkan orang lain, takkan keluar dari dunia ini dalam keadaan menyandang keislaman..putramanz_misr

Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan..jangan berdukacita kerana hidup ini meletikan,sebab demikianlah hidup itu diciptakan"..(imam asy-syafie)..kalam_hikmah



MY KALAM HIKMAH KAC 06 Selamat hari raya Maaf Zahir dan Batin 2008

Pasang Pelita di Aidilfitri , nampak halaman berseri - seri , sms diberi peganti diri , segala silap mohon dimaafi . Selamat hari raya Maaf Zahir dan Batin..inss

Beberapa detik lagi Ramadhan akan meninggalkan kita , tahniah kepada yang berjaya , mudahan - mudahan Allah beri kita peluang lagi untuk bertemu bulan Ramadhan . Salam Aidil Fitri ..inss

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin . Mari kita jadi RABBANIYYIN bukan RAMADHANIYYIN ..inss


Setitik embun di pohon rimbun , di atap nipah air tergenang , dosa tertimbun mohon diampun , silap dan salah jangan dikenang . Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin , semoga Syawal yang bakal tiba memberi kemenangan kepada kita dalam mengutip CINTA Ilahi di bulan tarbiyah ..inss


Budak - budak memasang pelita , pelita panas haba terasa , jari disusun maaf dipinta , bersama kita melerai dosa . Baju baru penuh bergaya , belum raya sudah ditayang , Salam aidil fitri salam raya , semoga bahagia bersama yang tersayang . Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ..inss


Salam lebaran dari saya buat semua sahabat, salah silap minta ampun.. terkata dgn niat atau tidak (hikhiik..)... terambik,terpinjam ape2 tp terlupa ckp.. terjanji tapi tak sempat nk ditunaikan.. termasam muka tanpa sengaja.. tercuit usik tapi menyakitkan... tergurau yang mengguris perasaan.. terhutang tp terlupa bayar (yg ni klau igt leh tuntut cepat2!) minta di halalkan aper adanya.. saya manusia yg sentiasa tidak dpt lari dr kesalahan... ampun maaf seikhlas hati...salam aidilfitri...puterialex

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan. hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini. Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu taubat tertutup, Mohon maaf zahir dan batin.... Mata kadang salah melihat.... Mulut kadang salah berucap.... Hati kadang salah menduga..... Maafkan segala kesilapan yang pasti ada.... Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..terbilang

Tangan ku hulur tidak kesampaian,senyum ku ukir tidak kelihatan,mesej ku kirim tanda ingatan,ikhlas dari ku yang jauh di perantauan...SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..janptdi83