Tuesday, September 16, 2008

MY KALAM HIKMAH KAC 05,KATA KATA ILHAM

Tuntutlah ilmu penyuluh jalan masa depan. Ambilah dunia sekadar keperluan. Sucikanlah hati mu dengan keiklasan. Moga berjaya dalam perjalanan.

Usia bertambah semakin rugi. Cinta dunia terlupa diri. Ingatkan Allah sepanjang hari. Itulah cinta pengubat hati..inss

Sedekah Melalui Amalan:

Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah. (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)..inss

Masa Senang Selalu Terlupa,Bila Susah Baru Teringat:

Bila kau sakit kau bertaubat. Bila kau sihat kau buat maksiat. Bila ditimpa bencana kau menangis pula. Bila sembuh kau buat tak indah saja. Sudah berapa kali kau diselamatkan Tuhan. Berbagai bala bencana sudah diangkatkan. Tidakkah kau bimbang bila maut datang? Dalam dosa maksiat kau bersenang lenang. Kau lupa rahmat Tuhan belas kasihannya. Kau tidak takut siksa balasannya. Berkali kali kau berjanji tapi memungkirinya. Segala kebajikan kau terus lupakanNya..inss

Apa gunanya kekayaan jika ia bukan milik kita. Apa gunanya kemewahan jika tak dapat dirasa. Biarlah ia hilang lenyap kerana tak ada perlun bagi kita. Bukan kerna dengki tetapi tak ada bezanya kepada kita.Tuntutlah ilmu penyuluh jalan masa depan. Ambilah dunia sekadar keperluan. Sucikanlah hati mu dengan keiklasan. Moga berjaya dalam perjalanan.Usia bertambah semakin rugi. Cinta dunia terlupa diri. Ingatkan Allah sepanjang hari. Itulah cinta pengubat hati..inss

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.. terbilang

drmu ibrat bumi yg mnerima hujn dn kmarau, ad klny hujn trn dgn lebt, ad klny renyai2 mlhan ad klny hujn xtrn lngsung. Junjung tinggilh hujn rhmt yg turn kpdmu dgn sbnyk2 sykur dn b'sbrlh dgn kkontngn yg mnimpmu tnp mngurgkn amln dn kprcyaanmu.. nur_itqan

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya bilik bilik yang berasingan. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan oleh manusia di dunia ini..inss

No comments: