Tuesday, September 16, 2008

MY KALAM HIKMAH KAC 04 SALAM RAMADAN 1429/2008

Siramilah hatimu dengan Taqwa, sinarilah matamu dengan Al-Quran, basahilah lidahmu dengan zikir, indahkan tangan & kakimu dengan menolong orang lain. Moga lebih bermakna hidup ini.Salam merdeka ,salam ramadhan: ♥kollu am w antom bekhair

▒▒♥▒▒♥▒▒رمضــــــــان♥▒▒كـــــــــريــم♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒

Sesungguhnya didalam tubuh itu ada segumpal darah. Jika ia baik, maka seluruh tubuh akan baik pula dan jika ia rusak, rusak pula seluruh tubuh. Segumpal darah itu adalah HATI (Riwayat-Al rais Bukhary Muslim) salam Ramadhan all..suzie_gurl

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.

Beruntunglah muslim yang dijadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsunya sebagai tawanan. Rugilah muslim yang dijadikan nafsu sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan.Barangsiapa yg berpuasa ramadhan dengan keimanan dan keiklasan maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu..inss

Makna Perkataan Islam:

Islam ialah.. Dinul Haq (agama yang benar), Dinul Rahmah (agama rahmat kepada seluruh manusia), Dinul Hanif (agama yang suci), Dinul Tasamuf (agama toleransi) dan lain-lain. Makna yang lebih khusus tentang perkataan Islam adalah, tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan laranganNya . Dinamakan dengan agama Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintah-Nya..inss

AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid..terbilang

Tuntutlah ilmu penyuluh jalan masa depan. Ambilah dunia sekadar keperluan. Sucikanlah hati mu dengan keiklasan. Moga berjaya dalam perjalanan.Usia bertambah semakin rugi. Cinta dunia terlupa diri. Ingatkan Allah sepanjang hari. Itulah cinta pengubat hati..inss

No comments: