Tuesday, September 16, 2008

MY KALAM HIKMAH KAC 03 ULAMA PEWARIS NABI

ULAMA PEWARIS NABI
Ulama adalah pewaris nabi yang lebih mendahulukan kepentingan agama dan keselamatan umat .
Para ulama' adalah pewaris para nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak tetapi mereka meninggalkan pusaka ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup..inss

Tenaga dan semangat yang berterusan. Pemimpin berkarisma juga memiliki tenaga dan semangat yang tinggi. Tenaga pemimpin bukanlah sekadar tenaga fizikal semata-mata, tetapi tenaga yang membakar semangatnya untuk terus bertindak dan memimpin serta melontarkan tenaga tersebut dengan semangat kasih sayang terhadap mereka yang dipimpinnya. Beberapa ciri individu berkarisma yang sempat diperdengarkan pada kami adalah seperti: 1. Yakin diri. Percaya pada kelebihan yang yakin bahawa dia itu penting. 2. Keyakinan yang kuat dalam menyampaikan ide. Perkataan yang digunakan tak terlalu teknikal dan boleh difahami kebanyakan orang. 3. Cergas dan bersemangat. Sentiasa berada dalam keadaan bermotivasi dan cuba memotivasikan orang lain. 4. Mudah dan tulus dalam meluahkan apa yang dirasa. 5. Kemahiran komunikasi dan pemilihan penggunaan perkataan yang baik. 6. Bijak membina dan menilai imej diri -- seperti yang dilihat oleh orang lain..inss

Bagaimana Engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tak mengubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta, banyak berharap kepada Allah. Tapi sibuknya meminta kadang membuat kita tak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta akan berakibat kita merubah diri, dan Allah akan memberi apa yang kita minta. Kerana sebetulnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat mengubah diri. Jika kita tidak pernah mahu berubah diri kita menjadi lebih baik, maka tentu ada yang salah dengan permintaan kita” -Hadis Riwayat Ibnu Ath-Tha’ilah dalam Kittabnya Al-Hikam..terbilang


Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlumat-matlumat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.inss


Balasan Membebaskan Hutang: Dari Abdullah bin Abu Qatadah r.a, katanya: "Abu Qatadah mencari seseorang yang berhutang kepadanya dan menghilangkan diri. Kemudian orang itu ditemuinya. Dia berkata kepada Abu Qatadah,: "Aku sedang dalam kesulitan." Maka berkata Abu Qatadah:“Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,:”Sesiapa yang ingin dibebaskan Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan bagi orang-orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya dari hutang.” (Riwayat Muslim)..kalam_hikmah


janganlah engkau memohon drpd ALLAH SWT supaya engkau tidak berhajat kepada manusia lain kerana manusia saling perlu memerlukan antara satu sama lain seumpama anggota badan yang tidak dikehendaki bilakah seseorang itu tidak memerlukan tangan dan kakinya.Akan tetapi,pohonlah daripadaNYA supaya engkau dijauhkan daripada kejahatan mereka"-saidina Ali KWH..puteraku79


Datang Dan Pergi , Hidup Dan Mati: Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Kedua-duanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya..mesia_inssedunia


Tuan bukan korban:
Marilah kita bertekad menjadi tuan, bukan korban, atas sejarah kita, dengan mengendalikan nasib kita sendiri tanpa menyerah kepada kecurigaan dan emosi buta.
Hati-hatilah DENGAN kata-kata, katanya Saat kamu kurang waspada, kata-kata itu akan menampakkan kewujudan aslinya, kata-kata itu akan memesonakan, memikat, menteror, membuat kamu tersesat dari kenyataan yang mereka miliki, membuat kamu mempercayai bahwa kata-kata itulah adalah kenyata..inss

Kualiti Pembacaan Dan Penampilan Kecemerlangan :
Untuk meningkatkan mutu pembacaan berkesan ,mengenai Teknikel yang mantap dan proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaannya - terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat di dalamnya atau pada apa yang dihayatinya..inss

No comments: