Tuesday, September 16, 2008

MY KALAM HIKMAH KAC 05,KATA KATA ILHAM

Tuntutlah ilmu penyuluh jalan masa depan. Ambilah dunia sekadar keperluan. Sucikanlah hati mu dengan keiklasan. Moga berjaya dalam perjalanan.

Usia bertambah semakin rugi. Cinta dunia terlupa diri. Ingatkan Allah sepanjang hari. Itulah cinta pengubat hati..inss

Sedekah Melalui Amalan:

Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah. (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)..inss

Masa Senang Selalu Terlupa,Bila Susah Baru Teringat:

Bila kau sakit kau bertaubat. Bila kau sihat kau buat maksiat. Bila ditimpa bencana kau menangis pula. Bila sembuh kau buat tak indah saja. Sudah berapa kali kau diselamatkan Tuhan. Berbagai bala bencana sudah diangkatkan. Tidakkah kau bimbang bila maut datang? Dalam dosa maksiat kau bersenang lenang. Kau lupa rahmat Tuhan belas kasihannya. Kau tidak takut siksa balasannya. Berkali kali kau berjanji tapi memungkirinya. Segala kebajikan kau terus lupakanNya..inss

Apa gunanya kekayaan jika ia bukan milik kita. Apa gunanya kemewahan jika tak dapat dirasa. Biarlah ia hilang lenyap kerana tak ada perlun bagi kita. Bukan kerna dengki tetapi tak ada bezanya kepada kita.Tuntutlah ilmu penyuluh jalan masa depan. Ambilah dunia sekadar keperluan. Sucikanlah hati mu dengan keiklasan. Moga berjaya dalam perjalanan.Usia bertambah semakin rugi. Cinta dunia terlupa diri. Ingatkan Allah sepanjang hari. Itulah cinta pengubat hati..inss

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.. terbilang

drmu ibrat bumi yg mnerima hujn dn kmarau, ad klny hujn trn dgn lebt, ad klny renyai2 mlhan ad klny hujn xtrn lngsung. Junjung tinggilh hujn rhmt yg turn kpdmu dgn sbnyk2 sykur dn b'sbrlh dgn kkontngn yg mnimpmu tnp mngurgkn amln dn kprcyaanmu.. nur_itqan

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya bilik bilik yang berasingan. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan oleh manusia di dunia ini..inss

MY KALAM HIKMAH KAC 04 SALAM RAMADAN 1429/2008

Siramilah hatimu dengan Taqwa, sinarilah matamu dengan Al-Quran, basahilah lidahmu dengan zikir, indahkan tangan & kakimu dengan menolong orang lain. Moga lebih bermakna hidup ini.Salam merdeka ,salam ramadhan: ♥kollu am w antom bekhair

▒▒♥▒▒♥▒▒رمضــــــــان♥▒▒كـــــــــريــم♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒ ▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒

Sesungguhnya didalam tubuh itu ada segumpal darah. Jika ia baik, maka seluruh tubuh akan baik pula dan jika ia rusak, rusak pula seluruh tubuh. Segumpal darah itu adalah HATI (Riwayat-Al rais Bukhary Muslim) salam Ramadhan all..suzie_gurl

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.

Beruntunglah muslim yang dijadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsunya sebagai tawanan. Rugilah muslim yang dijadikan nafsu sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan.Barangsiapa yg berpuasa ramadhan dengan keimanan dan keiklasan maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu..inss

Makna Perkataan Islam:

Islam ialah.. Dinul Haq (agama yang benar), Dinul Rahmah (agama rahmat kepada seluruh manusia), Dinul Hanif (agama yang suci), Dinul Tasamuf (agama toleransi) dan lain-lain. Makna yang lebih khusus tentang perkataan Islam adalah, tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan laranganNya . Dinamakan dengan agama Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintah-Nya..inss

AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid..terbilang

Tuntutlah ilmu penyuluh jalan masa depan. Ambilah dunia sekadar keperluan. Sucikanlah hati mu dengan keiklasan. Moga berjaya dalam perjalanan.Usia bertambah semakin rugi. Cinta dunia terlupa diri. Ingatkan Allah sepanjang hari. Itulah cinta pengubat hati..inss

MY KALAM HIKMAH KAC 03 ULAMA PEWARIS NABI

ULAMA PEWARIS NABI
Ulama adalah pewaris nabi yang lebih mendahulukan kepentingan agama dan keselamatan umat .
Para ulama' adalah pewaris para nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak tetapi mereka meninggalkan pusaka ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup..inss

Tenaga dan semangat yang berterusan. Pemimpin berkarisma juga memiliki tenaga dan semangat yang tinggi. Tenaga pemimpin bukanlah sekadar tenaga fizikal semata-mata, tetapi tenaga yang membakar semangatnya untuk terus bertindak dan memimpin serta melontarkan tenaga tersebut dengan semangat kasih sayang terhadap mereka yang dipimpinnya. Beberapa ciri individu berkarisma yang sempat diperdengarkan pada kami adalah seperti: 1. Yakin diri. Percaya pada kelebihan yang yakin bahawa dia itu penting. 2. Keyakinan yang kuat dalam menyampaikan ide. Perkataan yang digunakan tak terlalu teknikal dan boleh difahami kebanyakan orang. 3. Cergas dan bersemangat. Sentiasa berada dalam keadaan bermotivasi dan cuba memotivasikan orang lain. 4. Mudah dan tulus dalam meluahkan apa yang dirasa. 5. Kemahiran komunikasi dan pemilihan penggunaan perkataan yang baik. 6. Bijak membina dan menilai imej diri -- seperti yang dilihat oleh orang lain..inss

Bagaimana Engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tak mengubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta, banyak berharap kepada Allah. Tapi sibuknya meminta kadang membuat kita tak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta akan berakibat kita merubah diri, dan Allah akan memberi apa yang kita minta. Kerana sebetulnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat mengubah diri. Jika kita tidak pernah mahu berubah diri kita menjadi lebih baik, maka tentu ada yang salah dengan permintaan kita” -Hadis Riwayat Ibnu Ath-Tha’ilah dalam Kittabnya Al-Hikam..terbilang


Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlumat-matlumat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.inss


Balasan Membebaskan Hutang: Dari Abdullah bin Abu Qatadah r.a, katanya: "Abu Qatadah mencari seseorang yang berhutang kepadanya dan menghilangkan diri. Kemudian orang itu ditemuinya. Dia berkata kepada Abu Qatadah,: "Aku sedang dalam kesulitan." Maka berkata Abu Qatadah:“Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,:”Sesiapa yang ingin dibebaskan Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan bagi orang-orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya dari hutang.” (Riwayat Muslim)..kalam_hikmah


janganlah engkau memohon drpd ALLAH SWT supaya engkau tidak berhajat kepada manusia lain kerana manusia saling perlu memerlukan antara satu sama lain seumpama anggota badan yang tidak dikehendaki bilakah seseorang itu tidak memerlukan tangan dan kakinya.Akan tetapi,pohonlah daripadaNYA supaya engkau dijauhkan daripada kejahatan mereka"-saidina Ali KWH..puteraku79


Datang Dan Pergi , Hidup Dan Mati: Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Kedua-duanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya..mesia_inssedunia


Tuan bukan korban:
Marilah kita bertekad menjadi tuan, bukan korban, atas sejarah kita, dengan mengendalikan nasib kita sendiri tanpa menyerah kepada kecurigaan dan emosi buta.
Hati-hatilah DENGAN kata-kata, katanya Saat kamu kurang waspada, kata-kata itu akan menampakkan kewujudan aslinya, kata-kata itu akan memesonakan, memikat, menteror, membuat kamu tersesat dari kenyataan yang mereka miliki, membuat kamu mempercayai bahwa kata-kata itulah adalah kenyata..inss

Kualiti Pembacaan Dan Penampilan Kecemerlangan :
Untuk meningkatkan mutu pembacaan berkesan ,mengenai Teknikel yang mantap dan proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaannya - terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat di dalamnya atau pada apa yang dihayatinya..inss

Tuesday, September 9, 2008

MY KALAM HIKMAH KAC 02 THN 2008

DIRI ANDA DI BATASI OELH SEMPADAN YANG ANDA UJUDKAN SENDIRI. UNTUK MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI: 1-Fikir kejayaan .Jangan fikir kegagalan. 2-Peringatkan diri anda selalu ,bahawa anda adalah lebih baik daripada apa yang anda fikirkan. 3-Fikirkan perkara yang besar besar. ANDA DENGAR , MAKA ANDA LUPA.. ANDA LIHAT , MAKA ANDA INGAT . ANDA BUAT ,MAKA ANDA FAHAM. SEKABUR-KABUR TULISAN,ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA SEKUAT-KUAT INGATAN..inss

Sesuatu yang baik,belum tentu benar.Sesuatu yang benar, belum tentu baik.Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus..balqis602

Sesungguhnya umur adalah sesuatu yang terbatas,Kematian pula sesuatu yang tidak diketahui.Manusia tidak mengetahui bila dia bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia untuk bertemu Tuhan.Sesungguhnya perkara silam telah berlalu pergi dan tak akan kembali. Perkara yang akan datang masih terhijab.Maka yang tinggal hanya hari ini yang kita lalui..Sama2 kita doa agar Allah permudahkan urusan kita demi mengembalikan kegemilangan Islam..balqis602

Peribadi Seorang Ketua Negara:
Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan Panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji.Seluruh rakyat telah memberikan kepujian yang melangit mengenai sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan..inss

Seorang penulis sejarah mengatakan:Pada hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana, kerajaan dan dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan kesedihan..inss

Pesan pada hati, sekiranya kau peroleh kejayaan, janganlah kau berbangga diri kerana kejayaan itu pinjaman Allah dan bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik.... Pesan juga pada hati, sekiranya kau menghadapi kegagalan, usah bersedih hati kerana kegagalan ini merupakan satu bentuk ujian Allah untuk menguji sejauh mana kau tabah menghadapinya dan kemudian bangkit darinya..ahamad fitri:kalam hikmah

AMANAH
Amanah adalah salah satu sifat mulia yang harus dimiliki oleh setiap Muslim, terlebih lagi bila ia menjadi pemimpin, ulama atau orang kaya. Lawan amanah adalah khianat. Sebab itu, tidak heran jika salah satu sifat yang wajib bagi Nabi Muhammada Saw adalah amanah. Sedangkan khianat merupakan salah satu sifat yang mustahil dimiliki Baginda..Inss

Kehormatan Diri :
Orang yang bercakap bohong sentiasa ingin melarikan diri,orang yang suka berdalih sentiasa untuk mengelak diri dari keadaan,orang yang suka bergurau dia adalah orang yang suka mesra.orang yang sentiasa bercakap benar dia adalah orang yang amanah dan orang yang amanah dia adalah orang yang sentiasa di hormati..inss

sesiapa yang bekerja untuk agamanya maka sesungguhnya Allah akan menyempurnakan kehidupan dunianya. sesiapa yang sentiasa mentaati dan mencitai Allah dan Rasulnya maka Allah akan menjernihkan hubungnya sesama manusia.Sesiapa yg mengasihi kerana sesuatu maka ia akan bosan terhadapnya dan sesiapa yang mencari sesuatu dengan ketelusan hatinya maka Allah akan kurniakan rezeki yang tidak didugainya..Saidina Ali k.w.h..inss

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya..terbilang

Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi)..terbilang

Ketika kematian dialami oleh seseorang manusia, maka semua “kenyataan” dalam kehidupanya tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semuanya ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda ,setelah berpisahnya roh dari badan anda saaaaaat kematian menjelma..inss

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja..inss