Monday, April 11, 2011

PENGORBANAN NABI IBRAHIM DI WAKTU PAGI 58

PENGORBANAN NABI IBRAHIM DI WAKTU PAGI :

Ketika nabi Ibrahim ingin menyembelih nabi Allah Ismail AS ketika itu waktunya pagi seperti kita menyembelih binatang korban pada hari raya Aidil Adha..inss

Orang yang pertama sembahyang zohor :

Sesungguhnya orang yang pertama yang menunaikan sembahyang zohor ialah nabi Allah Ibrahim AS ,kerana bersyukur kepada Allah SWT..inss

KENAPA DINAMAKAN SOLAT ZOHOR :

Setelah nabi Allah Ibrahim AS telah selesai menunaikan perintah Allah SWT iaitu menyebelih Nabi Allah Ismail AS, ketika itu nabi Allah Ibrahim Ingin sembahyang sebagai tanda kesyukuran maka ketika itu tergelincirlah matahari, maka dinamakan sembahyang itu, sembahyang zohor empat rakaat..inss

SEMBAHYANG ZOHOR EMPAT RAKAAT :

Sesungguhnya sembahyang zohor empat rakaat maka rakaat yang pertama nabi Allah Ibrahim bersyukur di atas atas suruhan penyembelihan kibas sebagai penebus anaknya.Rakaat yang ke dua ialah untuk melepaskan dukacita anak yang sangat dikasihi.Rakaat yang ketiga besyukur kerana mendapat keredhaan daripada Allah SWT dan keempat bersyukur diberi kibas daripada syuga..inss

No comments: