Monday, April 4, 2011

KATA-KATA MUTIARA MENGENAI KHUSYU’ SEMBAHYANG 53


KHUSYU’ BERMULA DARIPADA HATI :

Sesungguhnya bermula khusyu’ itu didalam sembahyangnya bermula daripada hatinya dan tidaklah khusyu’ sembahyangnya dengan banyak bergerak-gerak dan sebagainya..inss

SEMBAHYANG YANG KHUSYU’ :

Perupamaan orang yang soleh di zaman dahulu,mereka sembahyang didalam kebun mereka seperti tiang yang terpacak dan mereka tidak bergerak-gerak sehingga burung yang berterbangan singgah di atas kepala mereka kerana burung-burung tersebut menyakakan bahawa ini adalah tiang bukan manusia..inss

BERSEDIA UNTUK SEMBAHYANG :

Apabila kita ingin menunaikan sembahyang maka hendaklah kita menetapkan anggota dan kelakuan kita serta mengkhusyukkan untuk menghadirkan hati supaya kita tinggalkan kesemuanya hal dunia dan terus masuk ke alam ibadah semata-mata kerana Allah SWT..inss

ADAB SELEPAS SEMBAHYANG :

JIka kita selesai sembahyang maka hendaklah hati kita mengingati kebesaran Ilahi iaitu kebesaran tuhan yang kita sembah seperti didalam sembahyang juga dan janganlah kita bergerak-gerak dan berpaling melihat keadaan di sekeliling..inss

KETIKA RUKU’ DAN SUJUD :

Apabila kita ruku’ dan sujud maka hendaklah kita tetap dan bertoma’ninah iaitu berhenti sekejap dan janganlah kita lakukan ruku’dan sujud itu seperti ayam memagut padi.Oleh sebab itu akan hilanglah kekusyukan dan boleh membatalkan sembahyang..inss

No comments: