Monday, April 11, 2011

WUDHUK MEMBASUH SEMUA SIFAT MAZMUMAH 59

WUDHUK MEMBASUH SEMUA SIFAT MAZMUMAH :

Sesungguhnya ketika kita hendak mengambil wudhuk maka hendaklah kita niat untuk menyuci hati kita daripada sifat mazmumah sepeti sombong,bongkak,takabur ,khianat, marah dan sebagainya serta menyuci anggota badan daripada dosa..inss

CARA MENGETAHUI WAKTU SEMBAHYANG :

Sesungguhnya cara mengetahui waktu sembahyang itu ada beberapa perkara iaitu kita boleh menggunakan mata untuk melihat jam ,bayang-bayang matahari dan sebagainya atau kita menggunakan telinga untuk mendengar pukulan gendang raya ,azan dan iqamah,ayam berkokok dan sebagainya..inss

KESEMPURNAAN NIAT KETIKA HENDAK SEMBAHYANG :

Sebelum kita melangkah untuk menuju kepada Allah SWT maka kita hendaklah kosongkan hati kita daripada hal duniawi dan kita perlu hadirkan perasaan gerun takutkan Allah SWT serta mengetahui sembahyang yang akan dilaksanakan baik yang fardhu atau pun sunat..inss

KELAZATAN SEMBAHYANG UPAMA MAKANAN DAN MINUMAN YANG LAZAT :

Sesungguhnya kelazatan sembahyang diupamakan seperti makanan dan zikir ,tasbih, doa seperti minuman yang lazat disisi arifbillah .Maka, makanan dan minuman inilah yang terkandung didalam sembahyang yang paling sedap dan lazat sehingga mereka tidak sedar akan diri mereka sendiri apabila mereka menunaikan sembahyang..inss

DUDUK YANG BERADAB :

Duduk yang beradab ialah duduk seperti seorang yang belajar bukan duduk seperti orang yang mengajar maka duduklah seperti malaikat jibril ketika mendatangi nabi SWA ,baik juga seperti orang dalam solat ..inss

PENGORBANAN NABI IBRAHIM DI WAKTU PAGI 58

PENGORBANAN NABI IBRAHIM DI WAKTU PAGI :

Ketika nabi Ibrahim ingin menyembelih nabi Allah Ismail AS ketika itu waktunya pagi seperti kita menyembelih binatang korban pada hari raya Aidil Adha..inss

Orang yang pertama sembahyang zohor :

Sesungguhnya orang yang pertama yang menunaikan sembahyang zohor ialah nabi Allah Ibrahim AS ,kerana bersyukur kepada Allah SWT..inss

KENAPA DINAMAKAN SOLAT ZOHOR :

Setelah nabi Allah Ibrahim AS telah selesai menunaikan perintah Allah SWT iaitu menyebelih Nabi Allah Ismail AS, ketika itu nabi Allah Ibrahim Ingin sembahyang sebagai tanda kesyukuran maka ketika itu tergelincirlah matahari, maka dinamakan sembahyang itu, sembahyang zohor empat rakaat..inss

SEMBAHYANG ZOHOR EMPAT RAKAAT :

Sesungguhnya sembahyang zohor empat rakaat maka rakaat yang pertama nabi Allah Ibrahim bersyukur di atas atas suruhan penyembelihan kibas sebagai penebus anaknya.Rakaat yang ke dua ialah untuk melepaskan dukacita anak yang sangat dikasihi.Rakaat yang ketiga besyukur kerana mendapat keredhaan daripada Allah SWT dan keempat bersyukur diberi kibas daripada syuga..inss

SYAITAN YANG BERKHUTBAH 57

SYAITAN YANG BERKHUTBAH :
Sabda Rasulullah SAW: Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya..inss



PEDANG MUNAFIK :

Telah berkata Saidina Omar R.A :Sesungguhnya sesuatu yang aku takuti pada umat akhir-akhir ini iaitu munafik yang alim lidahnya dan jahat hatinya serta perbuatannya..inss

MAKHLUK SUJUD SESAMA MAKHLUK :

Dalam kesemua ciptaan Allah SWT terdapat beberapa makhluk ciptaanNya yang sangat mulia yang Allah SWT perintahkan untuk sujud kepadanya iaitu yang pertama nabi Allah Adam Alaihissalam dan yang kedua ialah Nabi Muhammad SAW..inss

KHILAF ADALAH RAHMAT UMMAH :

Umar bin Abdul-‘Aziz : “Aku tidak gembira jika sahabat-sahabat Nabi tidak berbeza pandangan, kerana jika mereka semua sepakat atas satu pandangan, sesiapa menyalahinya, ia akan sesat. Namun jika mereka berbeza pandangan, lalu seorang memakai satu pandangan dan seorang yang lain memakai satu pandangan lain, maka terdapat keluasan/kelonggaran bagi urusan tersebut”..inss


Monday, April 4, 2011

REZEKI ALLAH SWT SATU TAKDIR DAN KETENTUAN 56

REZEKI ALLAH SWT SATU TAKDIR DAN KETENTUAN :

Kalau ayam rezeki musang ,helang tidak akan makan ,jebon tidak berani kacau dan manusia tengok sahaja.Sesungguhnya itulah yang telah di takdirkan oleh Allah SWT..inss

KAHWIN :

Kita tidak boleh mempelajari sesuatu sebelum waktunya.Jika sudah tiba masanya,silakanlah berkahwin kerana janji Allah .Sesungguhnya Allah akan tolong hambanya kerana Allah sangat suka kepada orang yang telah berkahwin..inss

KEKAL KETURUNAN SAMPAI KIAMAT:

Sabda Nabi SAW mafhumnya ,setiap keturunan akan terputus kecuali keturunanku,kerana keturunan nabi di sebabkan kenubuahan..inss

IKUTLAH ORANG-ORANG YANG BERAMAL SOLEH :

Barangsiapa yang inginkan kehidupannya selamat dunia akhirat maka hendaklah ia melihat kepada seseorang yang lebih baik dari segi keikhlasannya,amalannya,kewarakannya dan agamanya .Maka hendaklah kita mengikutinya..inss

ALHAMDULILLAH 55

ALHAMDULILLAH :

Sentiasa bersyukur ketika selepas kita selesai membuat setiap perkara walaupun senang atau kecil maka ucapkanlah Alhamdulillah .Untuk apa?Untuk mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata..inss

KALIMAH PERTAMA DI HADAPAN HIDANGAN :

Sebelum kita sebut nama Allah SWT “Basmalah “jangan sesekali kita menyentuh atau memegang makanan ,kerana syatan dan iblis akan menyertai ketika itu..inss

JANGAN BEKERJA DI PENJARA :

Jangan kerja di penjara atau kerja berdekatan dengan penjara takut-takut terkena murka Allah SWT di sebabkan orang yang terkena zalim..inss

KEHORMATAN DAN SANJUNGAN :

Kehormatan dan sanjungan ini tertakluk kepada seseorang yang mulia disisi Allah SWT dan manusia .Kehormatan dan sanjungan ini juga telah dimiliki oleh orang –orang yang bertakwa dan ahli adab.Mereka ini sangat pemurah ,jujur , amanah,alim dan adil ..inss