Friday, November 21, 2008

Sanjungan Dan Kehormatan 16


Sanjungan Dan Kehormatan:
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan..inss

Hidup bagaikan pelayaran yang sukar, bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga2 dari keimanan yang benar, harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya, kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT..m fezulf ameral ammet

Antara Ilmu dan maklumat:
Sesungguhnya jika kita mempelajari sesuati atau menuntut ilmu dalam satu majlis ataupun sebagainya,sekiranya kita tahu apa yang telah disampaikan oleh guru,angaplah itu satu tazkirah peringatan kembali untuk diri kita sendiri,sebaliknya jika apa yang disampaikan itu adalah pertamakali,maka hayatilah kerana itu adalah ilmu yang baru..inss

i'm ur friend... Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk lupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. saya amat menghargai kehadiran anda dlm hidup saya. Thanks 4 being my friends..sitizuibadahbteramli

AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid..terbilang : leiem


Ikhlas Dalam Amalan Itu Paling Berharga:
Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling berharga. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara,emas dan permata. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia..inss

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Senyum seindah suria..Yg mbawa cahya..Senyumlh dr hati..Duniamu bseri..Kau tsenyum ku tersenyum Kemesraan menguntum..Senyum... kpd semua..Senyumanmu amatlh bharga..Senyum...mba hagiakn..Dgn senyuman tjalinlh ikatan..inss

Waktue itu:
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga..pum

Setan yang bernama Musawid:
Iaitu setan yang khusus untuk mengumpat orang,kerna pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.jangan ringan mulut mengata orang nanti takut bebanan menimpa.Antara mulut,mulutnya murai,leser,capoi dll.Kata Malik bin Dinar "Buatlah apa yang Allah suka walaupun orang benci,jangan buat semua orang suka sebab takut takut Allah benci"..inss

No comments: