Friday, November 21, 2008

MY KALAM HIKMAH 13 :Bersatu Padu

Bersatu Padu :
Dari Abu Musa r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Orang Mukmin sesama orang Mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan." -Hadis Riwayat Muslim..maka itu saling menghormatilah di antara kita yang menjadi ,sebagai model modal insan yang hebat,dalam menguruskan hal duniawi dan akhirati supaya dapat menjalinkan maklumat yang benar untuk membina,pembinaan HATI dan kecerdasan TAUHID..inss

Kejayaan Pasti Milik Kita :
Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya". H.R. Bukhari .Apabila kegagalan sudah tiba,maka kejayaan sudah dekat dengan kita.selangkah kita kehadapan jangan sekali kali berundur kembali,anggaplah seperti di depan musuh di belakang api.kuncinya adalah sikap,kemampuan,modal dan kepercayaang serta keyakinan diri kita sendiri..inss

Mukmin itu jiwanya damai,x mudah tergoncang oleh ujian.baginya ujian sbg TARBIAH dari ALLAH,tanda kasih sayangNya,jua penghapus dosa..& bersabarlah,bukan usahamu sia2.cuma kemenangan yang lewat tiba..Mga ALLAH sudi kekalkan atas jalanNYauntuk slamanya& mngurniakan kejayaan dunia & akhirat...amin Ya RABB..nur itqan

Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang..nur itqan


Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian, ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu kerana pengkhianatan, ku bangga andai dikau syahid dari dikau hidup tanpa Islam, kita mulia hanya kerana Islam..nur itqan

Setiap Sesuatu Ada Maknanya:
Nama juga mempengarui tingkah laku kita dan makanan juga mempengaruhi perangai dan kelakuan manusia.orang lelaki kalah dengan wanita,wanita pula kalah dengan emas dan cermin.emas pula kalah dengan api dan api pula kalah dengan air.itu sam garam kehidupan.Hidup dalam ujian, itulah haluan perjalanan. Semakin sukar semakin lumayan. Tempat tujuan alam penghabisan. Sekelian kenikmatan tiada nilaian. Pemberian Tuhan kepada insan.. berhati teguh dalam beriman..inss

No comments: