Friday, November 21, 2008

Sanjungan Dan Kehormatan 16


Sanjungan Dan Kehormatan:
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan..inss

Hidup bagaikan pelayaran yang sukar, bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga2 dari keimanan yang benar, harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya, kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT..m fezulf ameral ammet

Antara Ilmu dan maklumat:
Sesungguhnya jika kita mempelajari sesuati atau menuntut ilmu dalam satu majlis ataupun sebagainya,sekiranya kita tahu apa yang telah disampaikan oleh guru,angaplah itu satu tazkirah peringatan kembali untuk diri kita sendiri,sebaliknya jika apa yang disampaikan itu adalah pertamakali,maka hayatilah kerana itu adalah ilmu yang baru..inss

i'm ur friend... Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk lupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. saya amat menghargai kehadiran anda dlm hidup saya. Thanks 4 being my friends..sitizuibadahbteramli

AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid..terbilang : leiem


Ikhlas Dalam Amalan Itu Paling Berharga:
Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling berharga. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara,emas dan permata. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia..inss

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Senyum seindah suria..Yg mbawa cahya..Senyumlh dr hati..Duniamu bseri..Kau tsenyum ku tersenyum Kemesraan menguntum..Senyum... kpd semua..Senyumanmu amatlh bharga..Senyum...mba hagiakn..Dgn senyuman tjalinlh ikatan..inss

Waktue itu:
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga..pum

Setan yang bernama Musawid:
Iaitu setan yang khusus untuk mengumpat orang,kerna pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.jangan ringan mulut mengata orang nanti takut bebanan menimpa.Antara mulut,mulutnya murai,leser,capoi dll.Kata Malik bin Dinar "Buatlah apa yang Allah suka walaupun orang benci,jangan buat semua orang suka sebab takut takut Allah benci"..inss

Ilmu Sebagai Cahaya,Ulama'sebagai menara Pertunjuk 15


Ilmu Sebagai Cahaya,Ulama'sebagai menara Pertunjuk:
Kekayaan tampa harta,Ilmu perlu dipelajari,Kemuliaan tanpa kaum keluarga,"Sabda Rasulullah saw yang berbunyi:"Barang siapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan ,maka Allah memahamkan kepadanya agamanya." sama sama menghormati orang..ingatlah bersatu berjuang..inss

Wahai sahabatku..Andai Kau Jatuh Hati pada seseorang,pilihlah Hati Yang Senantiasa Dekat Kepada Allah Agar Hatimu tidak salah Memilih.Andai Kau Jatuh Cinta,Berikanlah Cintamu Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Agar Bertambah Kekuatanmu Untuk Mencintai Allah.Andai Kau Rindu,Rinduilah Seseorang Yang Merindui Syahid Di Jln Allah Agar Kau tidak lalai dari merindui syurga Allah Andai Kau Menyesal Kerana Pernah Jatuh Hati,Jatuh Cinta Dan Rindu Pada Seseorang,Bersyukurlah Kerana Kau Masih Berpeluang Untuk Jatuh Hati,Jatuh Cinta Dan Rindu Kepada Allah..dsg87

Al-quran; Ingat-ingat Lupa? Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sangat jeleklah seseorang yang berkata: “Aku telah lupa ayat begitu begini, bahkan ia dilupakan dan hendaklah kamu mengingati al-Quran (dengan selalu membacanya) kerana sesungguhnya dia sangat mudah terlepas daripada lelaki daripada haiwan ternakan (terlepas tali).” (al-Bukhari dan Muslim)..nur wahida

Hati yg bersih akan peka terhadap ilmu. apapun yg dilihat, didengar, dan dirasa akan menjadi samudera ilmu yg membuatnya kian bijak, arif dan tepat dalam menyikapi hidup ini..nur wahida

Oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau berkata: "Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati..nur wahida

Bila KEKUATAN dipohon, Allah beri RINTANGAN untuk dihadapi. Bila KEBIJAKSANAAN dipohon, Allah beri MASALAH untuk diselesaikan. Bila KASIH ALLAH dipohon, Allah beri DUGAAN untuk dihadapi dan setiap yang dipohon pasti akan DIUJI supaya lebih dekat dengan-Nya..nur wahida

Sabda Nabi SAW: "As-salam sebahagian nama2 Allah SWT, Allah SWT meletakkannya d bumi maka sebarkanlah d antara kamu. Apabila seorg lelaki islam melalui 1 puak lalu dia memberi salam kpd mereka, lantas mereka menjwb salamnya, maka lelaki tersebut mendpt kurnia 1 darjat kerana mengingatkan mereka dengan salam, dan sekiranya mereka tidak menjwb salam itu, maka akan ada org lain yg terlebih baik dan mulia yg akan menjawabnya."-riwayat_baihaqy....konklusinya, memasyarakatkanlah budaya memberi salam..m fezulf ameral amme

Kashful Qulub:
Nabi Muhammad s.a.w mempunyai salah satu kelebihan “Kashful Qulub”. Nabi boleh melihat orang yang sembahyang dibelakangnya (tanpa berpaling) sabda Baginda” Wallah, Aku melihat kamu di belakangku seperti mana aku melihat dari hadapan”. Baginda juga mengatakan “ada orang yang wuduknya tidak betul,tidak sempurna dan sembahyang bersama sama kita”. Batin (hati) Nabi begitu suci sehingga boleh mengesan dan membaca hati makmumnya..inss

Doa' Nabi IBrahim Ketika Mlangkah Pergi Meningkan Anak dan Isteri:
Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati hati manusia cenderung kepada mereka dan berikanlah rezeki kepada mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur-surah ibrahim ayt 37..inss

Kalimah Tauhid:14

Kalimah Tauhid :
Sesungguhnya kalimah tauhid ini telah di utuskan kepada setiap nabi ,setiap rasul .Maka kesimpulannya nabi berdakwah untuk umatnya dan rasul pula berdakwah untuk kaumnya.Akan tetapi penutup bagi nabi nabi dan rasul rasul iaitu Muhammad Rasulallah saw diutuskan sekelian Alam..inss

Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya." (Al-A'raaf: 69).. balqish: kalam hikmah

Pembahagian Akal Manusia :
Allah telah menciptakan akal .Akal dibahagikan kpd 1000 bahagian . 999 kepada rasullullah muhammad s.a.w .Baki 1 tersebut dibahagikan pula kpd 10 bahagian .9 bahagian untuk para rasul dan nabi yang lain ,para sahabat.wali wali dan ulama .Seterusnya baki daripada 1 pula dibahagikan pula kpd 10 bahagian .9 bahagian kpd lelaki dan bakinya barulah kepada perempuan .(riwayat dari ibnu abbas)..usamah talib : inss

Khabar Gembira Nabi Akhir Zaman:
Sebelum di utuskan ,sebelum dilahirkan nabi amuhammad saw sebagai penutup bagi para nabi nabi., telah di ceritakan di dalam Al Quran dng seluas luasnya dan sunnah nabawi serta cerita cerita yang di bawa oleh semua orang mengenai nabi akhir zaman.Telah bersabda rasulullah saw yang bermaksud”telah bertanyalah seorang sahabat yang bernama maisarah Al Fajr,bilakah baginda di utuskan menjadi nabi,maka sabda baginda sejak adam berada di antara roh dan jasat”.di keluarkan oleh ahmad dan tabrani..inss

Seni Mutiara
Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda :)Sesungguhnya mati jasad kerana roh,Mati roh kerana tiada ilmu, Mati ilmu kerana tiada amal dan mati amal kerana tiada istiqomah.Bila mata bertemu mata.Akan mula rasa kasih.Bila hati bertemu hati.. Akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah.. akan terasa kebesaran Ilahi.
Agama menjadi sendi.Pengaruh menjadi penjaga.Kalau tidak bersendi runtuhlah dan kalau tidak berpenjaga maka tidak terserlahlah hayat kita..inss

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain melanggari batas-batas Allah. Perumpaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal. Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini, nescaya mereka akan karam kesemuanya”.(Riwayat Bukhari)..kalam hikmah

Bapa Para Anbia':
Nabi Ibrahim adalah orang yang pertama berhijrah dari kaumnya iaitu keluar dari negeri iIaq ke negeri Syam,setelah menegakkan hujjah di atas kaumnya dan menyampaikan syariat Tuhannya yang di utuskan kepada nabi Ibrahim as.Kemudian berhijrah ke mesir kemudian kembali ke Syam kemudian berulang kali berhijrah ,setelah itu berhijrah sehingga ke satu kawasan iaitu Kota Makkah..inss

MY KALAM HIKMAH 13 :Bersatu Padu

Bersatu Padu :
Dari Abu Musa r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Orang Mukmin sesama orang Mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan." -Hadis Riwayat Muslim..maka itu saling menghormatilah di antara kita yang menjadi ,sebagai model modal insan yang hebat,dalam menguruskan hal duniawi dan akhirati supaya dapat menjalinkan maklumat yang benar untuk membina,pembinaan HATI dan kecerdasan TAUHID..inss

Kejayaan Pasti Milik Kita :
Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya". H.R. Bukhari .Apabila kegagalan sudah tiba,maka kejayaan sudah dekat dengan kita.selangkah kita kehadapan jangan sekali kali berundur kembali,anggaplah seperti di depan musuh di belakang api.kuncinya adalah sikap,kemampuan,modal dan kepercayaang serta keyakinan diri kita sendiri..inss

Mukmin itu jiwanya damai,x mudah tergoncang oleh ujian.baginya ujian sbg TARBIAH dari ALLAH,tanda kasih sayangNya,jua penghapus dosa..& bersabarlah,bukan usahamu sia2.cuma kemenangan yang lewat tiba..Mga ALLAH sudi kekalkan atas jalanNYauntuk slamanya& mngurniakan kejayaan dunia & akhirat...amin Ya RABB..nur itqan

Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang..nur itqan


Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian, ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu kerana pengkhianatan, ku bangga andai dikau syahid dari dikau hidup tanpa Islam, kita mulia hanya kerana Islam..nur itqan

Setiap Sesuatu Ada Maknanya:
Nama juga mempengarui tingkah laku kita dan makanan juga mempengaruhi perangai dan kelakuan manusia.orang lelaki kalah dengan wanita,wanita pula kalah dengan emas dan cermin.emas pula kalah dengan api dan api pula kalah dengan air.itu sam garam kehidupan.Hidup dalam ujian, itulah haluan perjalanan. Semakin sukar semakin lumayan. Tempat tujuan alam penghabisan. Sekelian kenikmatan tiada nilaian. Pemberian Tuhan kepada insan.. berhati teguh dalam beriman..inss

MY KALAM HIKMAH 12 :Kawan Selalu Makan Kawan

Kawan Selalu Makan Kawan :
Janganlah engkau bersahabat dengan yang empat ini. Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang bodoh. Mungkin dia bermaksud untuk memberi manfaat kepadamu, sebaliknya merugikan kamu. Janganlah kamu bersahabat dengan pendusta kerana meraka ini mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. Janganlah kamu bersahabat dengan orang yang bakhil atau kedekut kerana apabila engkau memerlukan bantuannya, dia akan menghinamu. Janganlah kamu bersahabat dengan pedagang (materialistik) kerana suatu hari nanti dia akan menjualmu dengan harga yang murah..inss

Wasiat Imam Waqiq mengenai dengan Ilmu :tinggalkanlah maksiat,kerana sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,dan cahaya itu tidak akan dapat menembusi hati seseorang yang mempunyai maksiat didalamnya...renung2kan wahai sahabat,diri kita yang lemah dan dhoif ini,semoga kita semua dpt berubah sedikit demi sedikit,dan bertepatan dgn sifat seorang mukmin itu adalah hari ini lebih elok dan baik dr semalam..terbilang

Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani) Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: 'Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)..kalam hikmah

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya,kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri..nur_itqan

Dan bahawa sesungguhnya kami, tatkala mendengar petunjuk (al-Quran), kami beriman kepada-nya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan." (Surah al-Jinn: ayat 13)..nur_itqan

Kata-kata As-Syahid Imam Hassan Albana : "Sesungguhnya telah dipertahankan agama ini oleh para mujahidin yang terdahulu darimu, melalui pemerkasaan kekuatan iman terhadap Allah, dan zuhud dari kemewahan dunia yang fana ini, serta melebihkan ke arah tempat tinggal yang kekal abadi, mereka mengorbankan dengan darah, nyawa dan harta benda mereka di jalan yang benar, cinta untuk mati di jalan Allah dan sentiasa menyelusuri landasan pertunjuk Al-Quran"..)..Iskandar Zulkarnain : Farhan Rais Ahmad Fadzil : kalam hikmah

MY KALAM HIKMAH 11 :Kegembiraan


Kegembiraan:
Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan.......... ...dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan..inss

CEMERLANG DENGAN ILMU
Ilmu ialah pintu gerbang kepada sgala kbaikn.B'bekalknny kcemerlangn dcipta.Ilmu dkuasai mlalui akal jstru akal dpndng mulia olh Islam.Dlm srah Ali-Imran ayt 190-191, Allah b'firman,“Sesungghnya dlm pnciptaan langit & bmi & silih b'gantinya mlm & siang t'dapt tanda22 bgi ulul albab (iaitu glongn yg brakal). (Iaitu) org22 yg mngingati Allah sambil b'diri @ duduk @ dlm keadaan b'baring & mreka bnyk b'fikir tentang pnciptaan langit & bumi sraya b'kata, ‘Whai Tuhan kmi Kmu tdk mnciptakan ini dng sia22.Maha Suci Engkau, mka plihralh kami dr seksa neraka’.” Satu di antara ciri yg t'dpt pd glongn ulul albab ialah bnyk b'fikir.Bnyk b'fikir tentang pncptaan Allah akn mlahirkn ilmu srta pnemuan22 bru.Ksemua ini akn mlahirkn kcrm'langn

PERSAHABATAN:
Persahabatan akan terjalin karna rasa saling peduli,saling percaya, saling sayang & saling mEMERLUKAN satu sama lain. Dalam persahabatan tidak mengenal kompromi dan perhitungan.Persahabatan yang sejati tidak akan pernah putus sampai bila2 walau jarak & waktu memisahkan & persahabatan tidak mengenal kata dusta.Sahabat sejati pasti akan selalu setia dalam suka apalagi duka. Ikatan persahabatan akan terjalin degan erat melebihi hubungan saudara. Persahabatan lebih penting dari hubungan kekasih,karana sahabat tiada kata mantan ataupun bekas sahabat..inss

Hawa diciptakan dari rusuk Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alas,tetapi disisinya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi,dekat dihatinya utk dicintai

HARI KELAHIRAN RASULULLAH SAW:
Hari isnis adalah hari kelahiran nabi saw,hari perutusan rasul akir zaman,hari keluarnya kaum muhajirin dari kota makkah berhijrah ke kota madinah ,hari sampainya rasullah saw ke kota madinah,hari kewafatan baginda rasulullah saw dan hari isnin juga adalah hari di angkat kembali batu hajarul aswat ketempat asalnya..inss

Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika engkau mencintai-Nya. Engkau akan mencintai-Nya jika engkau mengenal-Nya. Semakin tinggi pengenalanmu terhadap Tuhan, semakin tinggi pula derajatmu dan semakin terasa agung ketentuan-Nya bagimu. Dia sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri. Karena itulah dikatakan, orang yang paling mencintai Allah adalah orang yang paling mengenal-Nya." Imam al-Hakim al-Tirmidzi..kalam_hikmah