Wednesday, November 7, 2012
PENDIDIKAN ANAK-ANAK**78
Tuesday, May 24, 2011
RINDU JUGA**77
RINDU JUGA TERMASUK AMALAN HATI :
Rindu termasuk amalan hati, yang orang tidak mampu menguasainya.Maka rindu yang termasuk daripada golongan syuhada iaitu rindu akhirat merupakan orang-orang yang merindu mati syahid .Ini adalah kerinduan yang hakiki..inss
RINDULAH KEBAIKAN :
Rindulah dan cintalah perkara yang baik-baik. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat’ maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, “berhati-hatilah menjaga hati.” Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah..inss
FITRAH KEINGINAN KITA :
Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kesihatan ,kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusia pun yang tidak menginginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan.Sesungguhnya apabila ketika manusia dilanda kemiskinan,maka manusia akan inginkan kekayaan...inss
RINDU ALLAH DAN RASULNYA :
Semua keinginan itu hanya akan dapat dipenuhi apabila manusia mendekatkan dirinya kepada Allah dan rasulnya. Allah yang punya segala-galanya . Allah sentiasa mampu memberikan apa yang diinginkan oleh setiap hambanya. Firman Allah SWT:” Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan”..inss
RINDU**76
IKATAN PERNIKAHAN BILA BERJAUHAN :
Kata hati nurani yang memberontak, bertanya, mungkin berkeluh kesah, mungkin mengadu pada Ilahi dan tulisan ini menjadi lemparan kegelisahan , ketakutan lebih tepatnya, “perasaan “ kerana kehidupan setelah berkahwin lebih sempurna ia membawa penuh makna dan senyuman yang berharga..inss
ANDAIKU TAHU RINDU ITU BILA BERJAUHAN :
Andai ku tahu ,pasti aku tidak membuangkan masa yang lalu terbiar kosong.Andai ku tahu ,rindu itu datang tanpa ku jemput atau ku seru namamu.Andai ku tahu ,bila ku rindu ku sentiasa zikir namamu tanpa pengetahuanku..inss
RINDU BOLEH TERSEBAK :
Perasaan rindu mungkin akan sesak di dada .Sesunguhnya tiadalah kemampuan untuk membendung ,menyimpan rahsia rindu itu.Kesempatan itu telah diberi akan tetapi sementara sahaja.Bila rindu sesak di dada ia akan melagukan bunyi sendu..inss
RINDU ITU CINTA ,KASIH DAN SAYANG :
Rindu itu ialah cinta yang berlebihan.Rindu juga yang diikuti dengan keredaan . Maka rindu tersebut bukanlah hal yang dikeji. Akan tetapi rindu itu boleh menjadikan wasilah doa yang berpanjangan dan berterusan..inss
JANGAN MERINDUI SESUATU YANG MUSTAHIL :
Makna rindu yang sebenarnya ialah perasaan kita terhadap si dia dan si dia juga pun seperti kita .Sesungguhnya kedua-dua insan itu seperti roh dan jasad . Jangan merindui seperti pungguk rindukan bulan..inss
Sunday, May 22, 2011
MEMOHON MAAF**75
MEMOHON MAAF :
Memohon kemaafan merupakan sesuatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, namun ia akan menjadi lebih mudah dengan rela hati dan disertai dengan pemberian hadiah..inss
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMOHON MAAF :
Fikirkanlah apa yang telah berlaku dan kita perlu mengatur idea dan merendahkan diri kita serta kita perlu berada dalam keadaan yang tenang..inss
JELASKAN PENGAKUAN UNTUK MEMOHON KEMAAFAN :
Sesungguhnya kita perlu menjelaskan perbuatan yang kita mahukan kemaafan dan mengakui bahawa perbuatan kita itu tidak sengaja serta tanpa mengemukakan sebarang alasan..inss
BERKONGSI PERASAAN DAN MINTALAH PENDAPATNYA :
Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi dan elakkan daripada menyalahkan orang lain dan rahsiakan perkara-perkara yang boleh mengundangkan kemarahan..inss
BERIKAN KOMITMEN YANG TERBAIK :
Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri..inss
IKHLASLAH BILA KITA MEMINTA MAAF :
Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya, jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana..inss
PILIHLAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK MEMOHON MAAF :
Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya dan jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf..inss
PENJAGAAN PERUT**74
KEMBUNG PERUT :
Kembung disebabkan oleh penghasilan gas berlebihan di dalam perut dan usus. Kembung juga terjadi kesan dari tindakan bakteria dalam usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen..inss
PERUT MEMULAS :
sebahagian kecilnya mengeluarkan bau busuk yang dipanggil kentut. Biasanya angin ini dikeluarkan semula melalui mulut dengan bersendawa. Tetapi sebahagian darinya akan masuk semula ke dalam usus semasa berlakunya kembung..inss
SEBAB-SEBAB KEMBUNG :
Kembung lazimnya disebabkan oleh makan tergesa-gesa .Gangguan system penghadaman. Makan terlalu banyak dan terlalu banyak minum air..INSS
CARA MINUM DENGAN BETUL :
Sesungguhnya cara minum air yang betul ialah minum sambil mendongakkan kepala dan menegakkan dada. Jangan bernafas di dalam cawan atau gelas. Seelok-eloknya tarik nafas sekali selepas habis minum kemudian barulah kita hembuskan nafas dan jangan minum terlalu gopoh-gapah sehingga air memasuki perut secara mendadak..inss
JARANG BUANG AIR BESAR :
Ramai di antara mereka mempunyai masalah ini. Ini disebabkan usus mereka tidak sihat menyebabkan mereka sukar untuk membuang air besar. Secara normal, manusia akan membuang air besar sekali sehari. Jadi, najis yang terkumpul di dalam usus akan menyebabkan toksin berkumpul di dalam badan dan secara tidak langsung mengakibatkan perut anda buncit dan mulut berbau..inss