Tuesday, May 12, 2009

Kalam berbisa 44

DOA 1:
Ya ALLAH sentuhlah hati sahabatku ini...saat dia jauh dariMU, peluklah hatinya...saat dia mencintai sesiapa lebih dariMU,peliharalah imannya selalu...jadikan dia hamba yang banyak berdoa,beristighfar dan nangis dihadapanMU agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu datang dariMU..yu_safiah

DOA 2:
Ya ALLAH..Permudahkanlah sahabatku ini menduduki imtihan duniaMu, jadikan debaran dijiwanya disebabkan risau jika gagal melamar ridhoMU, dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMU..terimalah airmatanya sebagi penyejuk kemurkaanMu, belailah jiwanya disaat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selainMu..zizoum_naim

DOA 3:
Ya Allah..Kau permudahkanlah pembelajaran temanku ini, agar dia bisa mencelup bjuta ilmuMU. KAU tenangkan mindanya, agar dia bkayuh di atas bumiMU sbaik yg mungkin, KAU sucikan hati dan fikirannya, agar dia bisa menghafaz ayat2 kitabMU, KAU jauhkan zahir dan batinnya dari maksiat, agar dia merasai btapa manisnya hidup bersama ILAHI. Salam imtihan,Bittaufiq wanNajah..kalam_hikmah

DOA 4:
Ya Allah,sahabatku buah hatiku,Mesra kami penawar duka,rindu kami menambah cinta,rajuk kami membuah ceria,Ya Allah,silaturrahim kami,ukhuwah fillah,bermusuh kami,Na'uzubillah,berpisah mati,InsyaAllah,Pengubat hati,doa Rabitah,Ya Allah,rahmati kami meniti usia,terpisah kami di alam nyata,temukan kami semula di taman syurga,insyaAllah..sitizuibadahbteramli

DOA 5:
Bismillahir rahmanir rahim.Alhamdulillahi robbil a'lamin.Ya Allah pemilik segala kekuasaan.Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati2 hambaMu yg kerdil ini berkumpul krn mengasihiMu,bertemu utk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu,hati2 ini telah mengikat janji setia utk mendaulat dan menyokong syari'atMu,maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini.Tunjukkanlah kpd hati2 ini akan jalanNya yang sebenar.Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yg tidak kunjung malap.Lapangkanlah hati2 ini dengan limpahan iman dan keyakinan.Ya Allah yg memiliki segala keagungan,anugerahkanlah kejayaan kpd kami&rakan2 kami di dunia&di akhirat.jangan ada antara kami yg sedihnya sendirian.Berkatilah ilmuMu kpd kami agr dpt dimanfaatkan ke jlnMu yg diredhoi..dhirar Ks

DOA 6:
Doaku untuk semua sahabatku :Ya Allah ya Tuhan kami,kami memohon kepada mu hidayah dan taufik atas usaha yg kami lakukan.Ya Allah ya Tuhan kami ampunilah semua dosa kesalan kami,tanamkanlah sifat iklas,iman,tawaduk,tawakal dan buangkan sifat-sifat yg buruk dlm hati kami.Ya Allah kami mohon pertolonganMu rahamat..fuyudhat..nafahat..futuhat..karomat dan najjahkanlah exam kami thn ini amenn yaaaa Rob..inss

Jalan kebahagiaan 43

Jalan kebahagiaan :
Jalan untuk kebahagiaan adalah bebaskan hatimu dari kebencian, bebaskan pikiranmu dari kekhawatiran. hiduplah dgn sedrhana, berikan yg banyak. isilah hidupmu dgn cinta. kerjakan sesuatu seperti kamu berharap org lain melakukan untukmu. (H.C. Mattern)..mahdee patani

Telah berkata Imam Syafie Rahimahullah: "Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya. Tidak semua orang yang engkau cintai mencintaimu, dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan jika cinta yang dibuat-buat..yasir Arabic

Sesuatu yg anda x perasan @ terfikir... 1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 3 . Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda. 5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 1 0. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.. puteri_ammy

Jika mereka sibuk mencari cinta,biarlah kita sibuk mencari iman.. jika mereka sibuk mencari pasangan,biarlah kita sibuk mencari keredhaan.jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis kerana mengenang dosa semalam.jika mereka cintakan kemanusiaan,biarlah kita cintakan tuhan.jika mereka mendambakan kehidupan duniawi,biarlah kita dambakan ukhrawi
puteri nadha has signed out..puteri nadha:

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : - Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, - Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, - Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, -..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..dhirar Ks

Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya. Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering bertandang..puteri_ammy

Lelaki Soleh 42

Lelaki Soleh :
Lelaki Soleh Bagaikan Mutiara indah berkilau nan mempersona. Keperibadiannya dihiasi dengan ketulusan, keinsafan, dan kesabaran, kedudukannya juga dimuliakan oleh Allah sebagai Khalifah. Lantaran Mereka mempunyai peranan dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Mindanya yg kreatif, hati nuraninya yg suci bersih serta budi pekertinya yg luhur mampu menunduk serta menewaskan hasutan nafsu dan tipu daya syaitan yg sentiasa menghasut kearah kehancuran dan kesesatan. Al-quran dan sunnah Rasul sentiasa tersemat dihatinya sebagai pelita kehidupan dalam mengharapkan keredhaan Allah SWT..Al_qurthubi

penuntut ilmu hidup di tengah-tengah 5 musuh! 1. Orang mukmin yang dengkikannya 2. Orang munafik yang bencikannya 3. Orang kafir yang mahu membunuhnya 4. Syaitan yang akan menyesatkannya 5. Dunia yang melalaikan..Nurul Firdaus

Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara.-U.Idris Ahmad : ..ZaccK_117

seseorang yg mengerti AL-QURAN dikenali waktu malamnya ketika org lain tidur dan waktu siangnya ketika org lain tidak berpuasa, sedihnya waktu orang lain ketawa, diamnya di waktu org lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga..seharusnya orang yg mngerti AL-QURAN itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah..(IBN MAS'UD)..raihan_3321: kalam_hikmah

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda “Hendaklah kamu memperbanyakkan mengingati mati”-Riwayat Tirmizi,An-Nasai dan disahkan oleh Ibn Hibban. -Nabi s.a.w bersabda, “Jika berdiri bulu roma seorang hamba kerana takut kepada Allah maka akan keguguran daripadanya dosa-dosa bagikan gugurnya daun dari pokok yg telah kering”-Riwayat Abu Syaikh dan Baihaqi. Keletihan>Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan system hidrasi semula..kalam_hikmah

Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya. Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering bertandang..dhirar Ks



Wanita Solehah 41

Wanita Solehah :
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..puteri_ammy

Ambillah waktu utk berfkir,itu adalah sumber kekuatan.... Ambillah waktu utk bermain itu adalah rahsia dr mse muda yg abadi... Ambillah wktu utk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.. Ambillah wktu utk bljr,itu adalah sumber kbijaksaan.. Ambillah wktu utk mncintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yg d berikn TUHAN.. Ambillah wktu utk bershbt,itu adalah jln mnuju kbahagiaan.. Ambillah wktu utk tertawa,itu adalah muzik yg mngetarkan hati... Ambillah wktu utk mmbri,itu adalh mmbuat hidup trse bererti... Ambillah wktu utk bkrja,itu adalah nilai keberkesanan.... Ambillah wktu utk beramal,itu adalah knci mnuju syurga... AMIN..puteraku

Waktu Keemasan:
Jangan sebokan diri kita dalam semua perkara ,pilihlah waktu yang selesa bagi kita untuk membaca , menghafal semua takrif dan fakta serta carilah satu masa untuk kita berdoa.Setiap detik yang berlalu dalam kesungguhan kita menuntut ilmu ibarat madu..inss

Dunia Sementara Akhiratlah Tempat Kita :
Kita memikirkan dan menguruskan perkara-perkara keduniaan bukan kerana untuk melekat atau menetap dengannya, tetapi untuk kita mudah meninggalkannya dan akhirnya fana daripadanya..Ramzi : inss

Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhahesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain..putera ku

UNTUK RENUNGAN BERSAMA:
jangan suka mendedah tubuh jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus. jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu. setia terhadap pasangan jadilah seperti pohon pisang. pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya. kecantikan dalaman jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong. durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri. jaga kesucian dalam pergaulan jadilah seperti sengkuang. walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih..puteri_ammy


Diam itu lebih baik Banyak orang berkata 40

Diam itu lebih baik Banyak orang berkata:
"Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi?" Aku katakan mereka, "Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila merupakan kebajikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat, harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menyalak."..elyamin_86

Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara d lautan, sesaat b'sedih kerana redha Allah adalah lbh mulia dr seharian b'sedih krn cinta manusia, sjnh wjh kerana wuduk yg sempurna adlh lbh b'cahaya dr kilauan segunung permata. sesuci hati kerana cinta Ilahi, itulah hakikat cinta abadi…AMIN..putera ku

Jika dirimu bakal seorang isteri… Terimalah bahawa anda bukanlah isteri yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal suamimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana isteri yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari suamimu… Bantulah suamimu atau isterimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia..puteri ammy

Kelebihan Hari Jumaat :
Pada hari jumaat akan dikurniakan seekor unta atau lembu atau kambing atau sebiji telur di masjid masjid.Barang siapa pergi ke masjid berpagi pagi dan beriktikaf akan mendapat unta dan sebagainya mengikut tahap kemampuannya.semua peluang itu akan di tutup apabila azan jumaat berkumandang.semua hadiah ini boleh di tuntut di akhirat nanti..inss

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-m impi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan...... ...." 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPANYA...puteri nadha

Hati hati dalam pertuturan kita 39

Hati hati dalam pertuturan kita :
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." -H.R. Muslim..inss

Take 60 seconds and give this a shot! Let's just see if Syaitan stops this one. All you do is: 1. Say: a- Subhaan-Allah b- Al-hamdu-Lillah c- Allaah-Hu-Akbar d- Laa- iIlaaha -iIlaa Allaah-Hu Muhammadur-Rasoolul lah e- Allaahumma Salli Alaa Sayyidina Muhammad wa Alaa Aalihi wa Sahabihi Wasallim 2. Then: Send it on to five other people or more ( If you want ). Within hours, five people have prayed and you caused a multitude of people to pray to Allah, and 3. Then: Sit back and watch the power of Allah work in your life for doing the thing that you know HE loves.. melie afza

"Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi).Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil Al-Ma'arij: 19-21.. kalam_hikmah

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman" -Ali-Imran, ayat: 139..nur_itqan

Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya. Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang rmaksudnya: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34).. sofila sofila

Firman Allah Taala "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AlQuran) yang diturunkan dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras dan kebanyakannya diantara mereka ialah orang-orang yang fasik" (AlHadid:16)-afifzahrah-

Kembali kepada Allah 38

Kembali kepada Allah :
Jika kalian berselisih tentang segala sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir, yang demikian ini lebih utama dan lebih baik akibatnya.’ (an-Nisa’: 59)..putera ku

Brgsiapa mati padahal dia tidak pernah berjihad @ tidak pun pernah berniat hndak berjihad, maka matilah dia spt jahiliah..Bukhari&muslim..puteri nadha

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka. (Hadith riwayat Muslim – no.6980)..dhirar Ks

Yahya bin Bakir telah menyampaikan kepada kami katanya: Ilias telah menyampaikan telah mnyampaikan kepada kami dpd Akil dpd Ibn Shihab dpd Arwah bin Zaid drpd Aishah UM katanya: Pertama kali diturunkan wahyu kpd Rasulullah dengan mimpi yg benar didlm tidurnya. Ia tidak bermimpi melainkan datang kpdnya spt cahaya subuh. Berikutan dengan itu ia suka membersihkan jiwa dan hati dan ia berasing diri di gua Hira'. maka disitu ia beribadat dgn agama hanifah, ia beribadat beberapa hari dan malam sebelum ia pulang kpd ahlinya. Kemudian ia disediakan makanan untuknya, kemudian kembali lagi kepada Khadijah,lalu disediakan pula makanan seumpamanya hingga datang kpdnya wahyu sedangkan ia dalam gua Hira'. (AlBukhori:sohih)-afifzahrah-

"Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah.Terserahlah kepada kamu samada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya."(HR Ahmad, al-Tarmidzi dan Ibn Majah)..kalam hikmah

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi..fezulf_ameral

"sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh ke dlm syurga yg mengalir dibawahny sungai-sungai. Dan org-org yg kafir itu brsenang-senang(di dunia) dan mereka makan spt makanny binatang-binatang. Dan neraka adalah tmpt tinggal mereka." (Surah Muhammad ayat-12)..nur_itqan

Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)-afif-

Ada seorang buta datang menghadap Rasululullah saw dan bertanya "Ya Rasulullah, saya tidak punya orang untuk membimbing saya untuk datang ke mesjid, apakah saya boleh tidak datang ke mesjid?" Rasulullah saw membolehkannya. Tetapi setelah orang buta itu hendak pulang Rasulullah saw bertanya "Apakah kamu mendengar azan?", "Ya" jawabnya "Kalau begitu datanglah kemesjid untuk solat berjemaah" (Muslim)-afif-




Sabda Rasulullah saw 37

Sabda Rasulullah saw "Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu" (Muslim)-afif-

Panduan Bagi Orang Yang Diuji Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.” Riwayat Ibn Abi Dunya :: menahan amarah, memaafkn org lain, dan berlaku ihsan.. moga2 menambahkn keimanan.. renung2kan..syahid_almisr

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 ....Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kepunyaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang bersih suci, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Riwayat Muslim & Tabrani)..zue_dsg87

Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)--afifzahrah--

Al-faruq Muhammad: Firman Allah Taala "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)-afifzahrah-

(luqman brkta): "Hai anakku, ssungghnya jika ada (ssuatu prbuatn) sberat biji sawi dan berada dlm batu atau di langit atau di dlm bumi, niscaya Allah akan mndatangknya (mmbalasinya). Ssungguhny Allah Maha Halus lg Maha Mengetahui. Surah Luqman ayat: 16..nur_itqan

Harith bin Hashim telah menanya Rasulullah saw, katanya: Hai Rasulullah, bagaimana datangnya wahyu kepada engkau? Maka Rasulullah menjawab: kadangkala datang kpdku seperti bunyi loceng, dan itulah yang sangat memeranjatkan aku, kemudian menjauhi ia dpd ku, hingga aku benar-benar sedar dan faham sesuatu yg disampaikan, dan kadangkala datang kepadaku seorg malaikat berupa lelaki lalu menyampaikan kepadaku, maka aku telitikan sesuatu yg disampaikan. Berkata Aisyah r.a.: demi Allah, sesungguhnya aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu pada hari yg bersangatan sejuk setelah ia lenyap dpd nya, maka mukanya berpancaran peluh. (AlBukhori:sohih)-..imam_azharii

Sabdakan oleh Rasulullah SAW 36

Sabdakan oleh Rasulullah SAW :
Barangsiapa melakukan dosa, maka akan tumbuh dalam hatinya setitik hitam. Jika ia bertobat, maka terkikislah titik hitam itu dari hatinya. Jika ia tidak bertobat, maka menyebarlah titik hitam itu sehingga seluruh hatinya menjadi hitam..inss

Daripada Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki." (Riwayat Bukhari) Para ulama hadith memberi dua pendapat kepada maksud "maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki" 1. Jika tidak malu, maka maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki, maka Allah akan memberi balasan ke atas setiap perbuatan, seperti di dalam Surah Fussilat ayat 40. 2. Jika perbuatan tersebut tidak memalukan sesiapa, tidak mendatangkan malu kepada diri sendiri, Allah atau Rasul atau orang lain, kerana perkara itu perkara baik, maka lakukan. Wallahu'alam.. puteri_ammy

Sabda Rasulullah saw "Saya sungguh telah meninggalkan sesuatu kepadamu yang apabila hal itu kau pegang teguh kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya" (AlHakim)..imam_azharii

Admin- Naib: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi Huraian : i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah. ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati.Walaupun seseorang itu melakukan dosa besar, kita mesti menyembunyikannnya kerana dia mungkin bertaubat dan taubatnya diterima Allah..mr_azurm

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila anak Adam - yakni manusia - meninggal dunia, maka putuslah amalannya - yakni tidak dapat menambah pahalanya lagi, melainkan dari tiga macam perkara, yaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang shalih yang suka mendoakan untuknya." (Riwayat Muslim)..imam_azharii82

Perupamaan Orang Baik Baik :
Sabda Nabi SAW : Sesiapa menziarahi orang berilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang berilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat..inss

Rasulullah bersabda yg brmaksud, "Sesiapa yg berdoa bg saudara Islamny tanpa pngetahuan saudarany itu, maka malaikat yg dtugaskn utk itu akan brkata: "Amin", dan engkau pula akn beroleh seperti itu juga." (Riwayat Abu ad-Darda Radhiallahu Anhu)..nur_itqan:

Tiada kerehatan bagi Mukmin melainkan dengan bertemu Allah..Usah tangguhkan kebaikkan kerana Allah tidak pernah melewatkan kematian...Hidup ini Perjuangan dan Perjuangan memerlukan Pengorbanan...nur_itqan