Saturday, April 25, 2009

Umat Akhir Zaman 35

Umat Akhir Zaman :
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan islam akan di cabut daripada mereka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-makruf dan nahi-’anil-munkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain, mereka akan gugur daripada pandangan Allah s.w.t ( riwayat Tirmizi)..inss

Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur’an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebiak-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnyaadalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.
(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan)..nur itqan

Baginda Rasulullah melarang rakus dan berlebih-lebihan dalam mencari dunia, sambil bersabda:
" Ingatlah wahai manusia, berhati-hatilah dalam mencari dunia, sesungguhnya seseorang tidak akan dapat melainkan apa yang telah dicatat untuknya dan tidak akan mati sebelum mendapatkan bahagian dunia yang telah ditentukan untuknya..putera ku

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya.Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya diterima Allah dan Rasul-Nya dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan duniawi, ia mendapat apa dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang diniatkannya.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..inss

Hatimu akan merasakan manisnya takdir tuhan jika engkau mencintai-Nya..engkau akan mencintai-Nya jika engkau mengenal-Nya..semakin tinggi pengenalanmu terhadap tuhan semakin tinggi pula darjatmu dan semakin terase agung ketentuan-Nya bagimu..DIA sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri, kerana itulah dikatakan orang yang paling mencintai ALLAH adalah orang yang paling mengenali-Nya..~imam al hakim al tarmizi~ ..SsAs88 HaShIm

Firman Allah swt bermaksud:
Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwaraga mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya disisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya.(Surah at-Taubah, ayat 20)..inss

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka..nikman nasir

Nasehat :
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.(Al-‘Imran: 92)..inss

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu. Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1406 "Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir) "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir) ..BP Us Rasul Amat: Uzir 86

Kekuatan Akal Atau Nafsu 34

Kekuatan Akal Atau Nafsu :
Para ahli makrifat berkata : Hawa akan selalu menemani orang yang lemah akalnya.Semakin sempurna akal seseorang,semakin lemah hawanya.Jika hawa seseorang lemah,ia akan membenci kejahatan,perdebatan,perbuatan yang tidak bermanfaat dan usaha menyelidiki aib orang lain.Ia akan menyukai urusan-urusan yang benar,mengerjakan segala sesuatu yang bermanfaat, melakukan ketaatan dengan ikhlas dan menyayangi makhluk,sebab ia mengetahui bahwa tunduk pada qodho dan dikuasai oleh takdir.Sedangkan orang yang lemah akalnya akan senang melakukan perbuatan yang rendah,mencampuri urusan orang dan seringkali melakukan perbuatan yang tidak ada manfaatnya.Kamu akan melihat orang ini suka marah, bertentangan dan bertengkar dengan orang lain..Muhajirih Ahmad : inss

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk: 1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar. 2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus. 3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan. 4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat.. 5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri..puteri nadha:

Jalan untuk dicintai orang yang dicintai: Dari Usman ra yang bermaksud : "Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum muslimin maka dia akan dicintai oleh mereka..puteri ammy

kakImanmansurah: Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhah : Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal..kalam hikmah

Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri... Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayati la pemberian dr ALLAH S,W,T..kakImanmansurah: kalam hikmah.

PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI :Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal. Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka lakukan. Ini semua akan merosakkan agama..puteri nadha

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?" Beliau menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan aku berangkat dari dunia ini..ibnuahmad_smuk88

Suatu ketika Umar al -Khattab ra dn beberapa orng shbt mlihat seorng wanita mndukung seorang lelaki tua.Lalu beliau pun bertanya,"kamu buat apa ni?".Jawab wanita itu,"yang kudukung ini adalah ayahku.Dia sudah nyanyuk dan mahu bermain denganku".Umar al-Khatab ra sangat teruja dn mmberitahu para shbt bhw wanita itu tlh menunaikan hak ayahnya ke atas dirinya.Lalu wanita itu membalas,"Tidak ya Amirul Mukinin!Aku belum lagi menunaikan hak ayahku ke atas diriku.Semasa dia menjagaku ketika kecil,dia mendoakan panjang umurku.Tetapi semasa kumenjaganya ketika dia dah tua, kutertanya-tanya,bilakh ayhku kan mati..."

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."Ibn Mas'ud r.a..wani sazuwani wani:

Masa Dan Kelapangan Waktu 33

Masa Dan Kelapangan Waktu:
Kesihatan dan keharmonian yang Allah berikan kepada kita sementara, bukan untuk kita santai dan leka serta bersuka - suka.Kesemuanya itu sebenarnya isyarat kepada kita supaya kita bermujahadah bersungguh sungguh untuk mencari keredaanNya, mengenalNya dan menghambakan diri sepenuh ikhlas dan takwa..inss

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.... Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...mahdee patani

Wasiat Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna 2) Wahai kawanku, bacalah al-Qur'an dan cuba perhatikan mesejnya.Selalulah berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada kita. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman, di sini ada kedamaian, di sini ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera..exco kebajikan

Janganlah brputus asa dalam mencari ilmu bila ilmu yg dicari tidak mahu masuk ke dalam sanubari, tapi brsabarlah, kerana air yang lembut itu apabila menitis ke atas sebiji batu besar secara brterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk..nur itqan

JiKa KaMu mnCINTAI seseORG,BeBaSKanLaH Dia..JiKa Dia KeMBali kpd KaMu,MaKa DIA adalah MILIK KaMu..JiKa KaMu MaHu BLaJar b'diKaRi,KaMu HaRuS BLaJar mMAAFKAN n MeLuPaKan MaSa LaLu yg BURUK serta keDUKAAN HaTi KaMu..sesungguhnya ALLAH MAHA Mengetahui..exco kebajikan

Ingat Dan Mengingati :
Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan sesama insan dan makhluk duniawiyah ini, hendaklah kita ingat juga akan kehidupan penghuni-penghuni kubur dan penduduk-penduduk barzakh, kerana kita juga akan bersama dan bakal bergabung menduduki alam yang kekal abadi..inss

Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita..pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan..-Saidina Abu Bakar R.A...Mohd Azamuddin

Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan: Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak..ZaccK_117

Perbaikilah Diri Kita Selalu :
Jika seorang hamba tidak suka dengan salah satu perilakunya dan menyadari keburukan dirinya, maka hendaklah dia memohon kepada Allah supaya Allah memperbaiki keburukan dan kejahatannya dengan berkat rahmat-Nya. Sebab pengaruh doa sangatlah nyata dan kuat. Imam Malik bin Anas rhm berkata, "Bukanlah termasuk sunnah jika kamu mendebat sunnah, tapi sampaikanlah sunnah itu. Jika sunnah yang kamu sampaikan tidak diterima, maka diamlah..Muhajirih Ahmad


Ketaquaan Dan Ketelusan 32

Ketaquaan Dan Ketelusan :
KETAQWAAN yang tinggi itu dapat menundukkan KESOMBONGAN dan KEKUFURUN. Kita tidak akan disoal tentang KEKUFURAN yang ada pada orang lain tetapi kita akan disoal tentang KEKUFURAN yang ada pada setiap sel dalam diri kita. KESOMBONGAN adalah sifat syaitan MERASAKAN DIRINYA LEBIH BAIK daripada makhluk Allah yang lain, oleh itu sentiasalah AWASI hatimu supaya kosong daripada BENIH yang bahaya ini supaya kamu tidak dilaknat oleh Allah s.w.t..Hamba66

Sentiasalah Mengingati Allah :
Allah telah memuliakan engkau dengan kehormatan ,kemuliaa dan kebesaran.Hendaklah engkau berzikir padanya. Niscaya dengan zikir itulah menjadikan engkau terkenal disisi Allah, kerana Allah sendiri yang menisbahkan zikir itu kepadamu, Maka dengan demikianlah Allah telah menyempurnakan dan melengkapi nikmatNya kepada mu..along

Kehebatan Ilmu :
Ilmu merupakan pemberian Tuhan yang khusus diberikan kepada manusia selain daripada berbagai sifat yang juga diberi kepada malaikat, jin, syaitan, haiwan, alam dan benda. Dengan ilmu, Allah SWT memberi kemuliaan kepada Nabi Adam AS sehingga Allah SWT memerintahkan kepada semua malaikat agar bersujud kepada Nabi Adam AS..Muhajirih Ahmad

Berlaku JUJURlah, meskipun kejujuran itu membahayakan kamu didunia..kerana sesungguhnya kejujuran itu akan bermanfaat bagimu di akhirat..Dan janganlah engkau BERDUSTA, meskipun dusta itu bermanfaat bagimu di dunia, kerana sesungguhnya dusta itu akan membahayakan kamu di akhirat kelak.." (wasiat Rasulullah S.A.W kepada Saidina Ali)..nur itqan

tiada kerehatan bagi mukmin melainkan dengan bertemu Allah..usah tangguhkan kebaikan kerana Allah..kerana Allah tidak pernah melewatkan kematian..hidup ini perjuangan dan perjuangan memerlukan pengorbanan..nur itqan: ..

Iklas kerana Allah :
IKHLAS itu maknanya BUAT KERANA ALLAH. Ianya adalah RAHSIA DALAM RAHSIA ALLAH dan hanya diberikan pada orang yang DIA cinta. Untuk mendapatkan CINTA ALLAH kita kena ikut SUNNAH RASULULLAH S.A.W dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar2nya sehingga nafsu kita sampai ke MAQAM REDHO yang mana orang itu dapat memahami lakuan Allah dengan SIR. Jangan pedulikan apa ORANG-ORANG nak kata, kita BUAT dulu walaupun pada mulanya kita buat kerana SELAIN ALLAH, PEKAKKAN TELINGA, BUTAKAN MATA, BISUKAN MULUT DAN BATUKAN ANGGOTA teruskan bermujahadah sehingga dapat jemputan dari ALLAH untuk masuk ke dalam JEMAAH PARA AULIYA'NYA yang berjumlah 856 orang pada setiap satu masa..Pakleman

Kaedah dan acuan islam :
Langkah awal untuk penegakkan masyarakat Islam adalah dengan pembentukan rumah tangga yang betul-betul Islamic. Kita berkewajiban menyampaikan Islam kepada
keluarga, istri, anak-anak, dan kemudian kaum kerabat dan handai taulan. Ini-lah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di dalam permulaan dakwah baginda..inss

Apabila kita disakiti, Janganlah kita bersedih, Dalam perasaan bersedih itu, Mesti ada terselitnya hikmah. Hati kita umpama kaca, Rapuh dan keras, Maka semailah hati kita, Dengan iman dan taqwa. Keimanan menguatkan hati kita, Mengatasi segala kesedihan, Apabila nikmat iman dan ketaqwaan, Memberikan kita kemanisan tak terhingga..yamin mohd