Saturday, May 21, 2011

SEBAGAI GURU YANG IKHLAS DALAM AGAMA**73

SEBAGAI GURU YANG IKHLAS DALAM AGAMA :

Jika seseorang yang kurang atau lemah atau miskin daripada kita lalu dia memberikan sesuatu kepada kita, maka kita hendaklah mengambilnya sebagai meraikannya.Jika kita melihatnya bahawa dia lebih memerlukan daripada kita maka hendaklah kita kembalikan kepadanya dengan sifat lemah lembut..inss

PEMBERIAN YANG SAMPAI KE TANGAN KITA :

Secara zahirnya apabila ada seseorang yang memberi barang atau hadiah atau sedekah kepada kita , ketika kita menyampaikan dakwah islamiah .Kesemuanya itu merupakan sebahagian rezeki daripada Allah SWT..inss

NAFSU :

Orang yang sentiasa membuat maksiat merupakan orang yang tidak yakin dengan Allah SWT..inss

MENGHARAP JANJI ALLAH :

Orang yang sentiasa mengharap janji Allah mereka merupakan orang yang yakin dan penyabar dalam perjalanan hidup . Merekalah orang yang akan mendapat kelebihan semasa hidup di dunia lagi..inss

JANGAN BUANG MASA :

Semua masa ,saat apa yang kita kerjakan di dunia pasti Allah SWT akan tanya kembali pada hari kiamat..inss

ILMU AKAN BERKEMBANG :

Sesungguhnya apabila kita mengajar maka semakin berkembanglah ilmu kita dan semakin kuatlah ingatan kita .Semakin banyak kita berdoa semakin kuat senjata kita..inss

HATI DIIBARATKAN SEPERTI BINATANG BUAS**72

HATI DIIBARATKAN SEPERTI BINATANG BUAS :

Hati manusia diibaratkan seperti binatang buas jika kita tidak membendung , merawat dan membimbing kepada nilai-nilai murni.Jika hati kita sentiasa disirami dengan sifat-sifat mahmudah maka hati kita akan menuju kepada Allah SWT..inss

RIAK MERUPAKAN RACUN DAN ISTIGHFAR MERUPAKAN PENAWAR :

Senjata yang akan membunuh segala amalan perbuatan kita ialah riak dan takabur.Sekiranya senjata itu telah tersusuk di sebahagian amalan pekerjaan kita maka pengubatnya ialah istighfar iaitu cepat-cepat memohon keampunan daripada Allah SWT..inss

NATIJAH BUKAN NILAI KITA :

Natijah atau keputusan peperiksaan bukan nilai bagi seseorang , akan tetapi yang menjadi nilai bagi seseorang ialah ilmu yang berkat..inss

SESUAIKAN DIRI KITA DENGAN KEADAAN :

Sesungguhnya kita perlu menyesuaikan diri kita dengan keadaan .Jika kita mengambil keadaan untuk menyesuaikan diri kita maka pasti kita akan kecewa..inss

Friday, May 20, 2011

MOTIVASI KADANG-KADANG TIDAK BERTAHAN LAMA**71

MOTIVASI KADANG-KADANG TIDAK BERTAHAN LAMA :

Untuk mencapai apa yang anda inginkan, motivasi ini harus dipupuk dari dalam diri kita sendiri. Kita boleh sahaja membaca ratusan buku atau pergi ke seminar-seminar untuk memperoleh suntikan motivasi, namun hal yang sering terjadi adalah kenaikan emosi sesaat untuk berubah. Barangkali ini bertahan satu atau dua minggu dan setelah itu kita merasa semuanya kembali menjadi biasa-biasa saja seperti kondisi yang lama..inss

PERBEZAAN ANTARA MOTIVASI DAN EMOSI:

Contohnya begini, jika anda merasa bersalah maka emosi yang muncul biasanya ketakutan . Jika anda merasa bahagia, emosi kita selalunya menjadi keceriaan, kegembiraan, keinginan dan sebagainya. Emosi timbul akibat dari perasaan yang terjadi didalam hati..inss

SELALU KONSISTEN :

Kemudahan akan timbul dari kebiasaan yang kita selalu lakukan . Motivasi pun sama. Ia memerlukan disiplin sehingga kita terbiasa hidup dengan motivasi. Ada ungkapan bagus yang mengatakan, “Sesuatu yang anda ulangi setiap hari selama 40 hari akan menjadi kebiasaan”. Saya anjurkan anda untuk mempraktikkannya. Mulai dengan hal yang sederhana seperti tersenyum dihadapan cermin, mengatakan “Yes” sebelum membuat kerja atau membaca dan lain lain lagi..Hajman

FOKUS PADA PROSES BUKAN TUJUAN :

Setiap proses memerlukan waktu. Entah cepat, entah lambat. Tujuan Anda sudah jelas, namun perjalanan menuju kesana berliku-liku,bercabang-cabang dan naik turun. Dengan fokus pada proses Anda terhindar daripada beban mental kerana sekarang kita mengendali proses itu sendiri, bukan dikendalikan oleh target untuk mencapai tujuan..inss

MOTIVASI DENGAN CITA-CITA UNTUK MENJADI JUARA :

Motivasi itu akan bermula dengan keyakinan kental di dalam diri kita sendiri untuk menang. Ini dibentuk oleh cita-cita dan impian yang besar yang akan memotivasi untuk meraihkannya. Kisah orang-orang sukses bermula daripada sebuah impian atau cita-cita..inss

KEYAKINAN BOLEH MENGHASILKAN CITA-CITA KITA:

Keyakinan untuk berjaya harus selalu ditanam didalam benak hati kita. Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Kita harus meyakini bahawa selain diciptakan untuk beribadah kepada Alah SWT, kita juga telah diciptakan oleh Allah untuk memberikan kemakmuran, kesejahteraan dan kemaslahatan. Oleh karena itu, kita manusia yang diciptakan oleh Allah SWT pasti tidak sia-sia maka kita harus berusaha supaya kita mendapat tempat disisi Allah SWT .maka hendaklah kita besiap sedia supaya cita-cita kita berhasil..inss

KEYAKINAN KITA KEPADA ALLAH :

Kita harus mempunyai cita-cita besar yang disertai dengan keyakinan kepada Allah SWT bahawa Allah dekat dengan kita. Dorongan hati nurani ini akan mudah diketahui bila kita mempunyai hati yang bersih. Keyakinan bahawa Allah dekat dan sayang kepada kita amat penting kerana hati merupakan pembimbing terhadap apa yang harus dituju dan apa yang harus diperbuat..inss

SELAMAT HARI IBU SEPANJANG MASA**70

BERDOALAH UNTUK KEDUA IBU BAPA :

Sesungguhnya hendaklah kita berdoa kepada kedua ibu bapa kita ,kerana mereka merupakan rezeki bagi kita. Jika kita sentiasa berdoa untuk mereka ,Allah SWT akan menempatkan kita sebagai anak yang mulia,maka sesungguhnya mereka yang tidak lupa berdoa kepada ibu bapanya ,Allah akan kabulkan permintaannya..inss

DOA UNTUK IBU :

Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibuku dan rahmatilah dia dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana ibu menyayangiku ketika diriku masih kecil..Inss

INGATLAH IBU BAPA KITA SELALU :

Ingatlah betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa.Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.

INGATLAH JASA KE DUA IBU BAPA KITA :

Sesungguhnya apabila kita sentiasa mengingati jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita dan kita jika kita mempunyai anak ,semua rahsia itu pasti terakam didalam benak hati kita.Maka Allah SWT telah memerintahkan kita agar kita berbakti kepada ibu bapa kita..inss

ANJURAN BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA KITA :

Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)..inss

BERTAKWALAH KEPADA ALLAH SWT :

Rasulullah s.a.w bersabda: Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya ia akan menghapuskan. Dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang baik.(Hadith Riwayat Athtirmidzi dan Ahmad)..Inss

Tuesday, May 17, 2011

CEMBURU KERANA ILMU**69

CEMBURU KERANA ILMU :

Lihat mereka yang lebih berjaya daripada kita. Kalau orang lain boleh ,kita juga pasti boleh. Untuk maju kita mesti melihat kepada mereka yang bejaya .Oleh iti kita cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya..inss


SENTIASA SOAL DIRI KITA DENGAN PERSOALAN POSITIF :
Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti Kenapalah aku gagal? Mengapa nasib aku sentiasa malang? Kenapalah orang semua tak suka aku? Apalah nak jadi dengan aku ni? Apa yang belum aku lakukan lagi? Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi? Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini? Siapa yang boleh bantu aku? Dan lain lain lagi..inss

TUJUAN :

Tujuan kita lakukan semuanya itu bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur akan tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi untuk memenuhi tuntutan hidup kita supaya kita berjaya dunia akhirat..inss

HATI WAJIB DIJAGA :

Sesungguhnya Hati wajib dijaga kerana permulaan manusia didalam alam rahim ibu kita iatu bermula daripada hati, kemudian barulah berkembang organ kita kepada anggota yang lain seperti perut ,tangan ,kaki ,kepala ,mata telinga hidung,mulut ,semuanya akan bersatu dengan hati..inss

MOTIVASI YANG DATANG DARIPADA HATI KECIL :

Motivasi yang datang daripada dorongan suara hati nurani iaitu hati kecil boleh membangkitkan semangat yang tengah ketiduran ,Kerana dorongan hati kecil merupakan ilham yang dicampak oleh Allah SWT kerana hati adalah milik Allah SWT